twenty five 🍯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

enjoy !

.
.

Semua pelajar kian sibuk terutamanya atlet sekolah termasuk Yoongi . Taehyung dan Jungkook juga makin sibuk berlatih di padang memandangkan mereka ahli harapan pasukan bola sepak sekolah .

Hwamin yang kerap tak hadir pun terlibat dalam acara sukan . Daeryu pula sebagai ketua team cheerleader , sudah tentunya dia juga sibuk . Junghae je yang tak terlibat dalam mana - mana acara . Maka dia mereput seorang diri di tepi padang , tengok yang lain berlatih .

Masuk kelas pun , cikgu tak ada . Nak berbual dengan rakan kelasnya yang lain ? Buang jelah angan - angan tu jauh - jauh . Dia mengeluh perlahan . Bosan .

"Sorang je?" soal Yoongi barusan habis berlatih di gelanggang bola keranjang . Tuala kecil yang disangkut pada bahu digunakan untuk mengelap peluh yang tak henti mengalir .

Junghae cuma angguk tanpa menjawab . Entah kenapa sejak dua minggu lepas , Yoongi kerap rapatkan diri dengan dia . Sebelum ni tak pernah pun nak duduk sebelah . Jarak dia dengan Yoongi dulu bukan main jauh . Kalau dia duduk dekat bangku panjang , Yoongi selang lima buah bangku darinya .

Sekarang ni , jarak sejengkal pun tak sampai .

"Taehyung ada bagitahu kau apa - apa?" soal Yoongi mengundang kerutan seribu di dahi Junghae . Ha tu lagi sorang . Dah makin jauh dengan dia . Ajak lepak pun asyik cakap sibuk padahal dia selalu nampak Taehyung melepak dengan Jungkook dekat kedai serbaneka .

"Tak ada . Bagitahu apa?" soalan diajukan sebaliknya gelengan dibalas bersama senyuman nipis . Ini pelik . Sejak bila Yoongi pandai senyum ? Dahlah manis em . Macam mana dia nak lupakan Yoongi kalau budak lelaki tu tak habis nak buat hati dia cair macam ais .

"Erm aku tak pandai nak luah macam orang lain tapi aku sukakan kau." ujar Yoongi tenang dan bersahaja . Langsung tiada rasa gemuruh namun telinganya sudah memerah menandakan dia malu teramat .

"I want you to be mine . Starting now."

♡♡♡

Junghae resah sendirian dalam tandas . Lepas je Yoongi cakap macam tu , dia terus lari tak ingat dunia . Tak tahu sama ada dia suka atau tidak dengan pengakuan Yoongi yang satu itu .

Budak perempuan itu melangkah masuk ke dalam tandas bila terdengar ada beberapa orang pelajar masuk sambil gelak macam hantu . Bila dicam semula , suara Goori .

"Aku tak sangkalah Yoongi tu boleh ikut cakap kau . Kau guna apa eh sampai si beku tu ikut semua kehendak kau?" soal Goori diselangi tawa dengan cerita Daeryu . Tak sangka Yoongi semudah tu diperbodohkan . Nampak je macam pandai tapi heh .

"So bila majlis tu?" soal Goori seraya menilik mukanya di cermin tandas . Daeryu juga melakukan perkara yang sama . Eyelashes yang disimpan dalam poket bajunya dikeluarkan lantas membetulkan make up nya yang kelihatan comot .

"Em entahlah . Eomma Yoongi cakap lepas habis sukan sekolah kita , dia nak bagitahu Yoongi pasal pertunangan ni . Babe , aku tak sabarlah nak show off dekat semua orang . Lelagi si Junghae tu . Biar dia sedar sikit diri tu . Aku ni lagi layak." ujar Daeryu dengan lagaknya . Rambutnya yang berparas bahu disebak ke belakang dengan lagak diva .

"Aku dengar Junghae bercinta dengan Taehyung . Aku peliklah kenapa semua orang nakkan budak sial tu . Kau lagi elok kot . Dia tu apa je yang ada ? Nak harapkan otak , otak bodoh." cemuh Goori lalu ketawa bersama Daeryu .

"Dia tu elok bercinta dengan pakcik kebun je." tambah Daeryu .

BAM !

Terpampang muka merah Junghae sedang menahan marah . Lengan bajunya sudah disinsing ke paras siku . Dah tak tahan dengar Goori asyik cemuhnya . Semua pesanan Taehyung dan Puan Kim dia abaikan .

Lantas rambut ban milik Daeryu yang terikat elok ditarik sekuat hati . Memang geram habis . Bingit suasana tandas dengan jeritan nyaring Daeryu dan Goori yang bersungguh leraikan pergaduhan itu .

"KAU TARIK BALIK APA YANG KAU CAKAP TADI ! AKU BERSUMPAH AKU BUNUH KAU!"

"Yah Kim Junghae ! Kau dah gila ke ?! Lepaskan Daeryu lah ! Jangan dekatkan tangan sial kau tu dengan kitoranglah ! Perempuan murah!" dalam kesempatan Goori mencemuh budak perempuan itu habis - habisan .

"Kau--"

BUK !

Pipi Goori ditumbuk buatkan budak perempuan itu melayang jatuh rebah ke tanah . Menjerit Daeryu bila nampak kawan baiknya itu jatuh ke lantai tandas . Keadaan di luar kecoh menyuruh mereka membuka pintu namun belum sempat Junghae mahu buka pintu , Daeryu ambil batang mop yang berada di belakang pintu lalu pukul dirinya sendiri hingga berdarah dan pengsan di sebelah Goori .

Serentak itu pintu terbuka dan muka Yoongi jelas memenuhi ruang mata .

- tbc

borahaesaranghae

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro