27 - kepala dan ekor

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Fahri menguap sambil menutup komputernya selepas beberapa jam berperang dalam alam maya.

Dia kemudian masuk ke dalam bilik tidur yang gelap dan ternampak Amirah sedang tidur terbongkang. Dia dah takluk hampir satu katil tu.

Fahri mengeluh melihat isterinya yang tak sedar tu. Kalau katil king bolehlah dia buat camtu, tapi dorang hanya mampu katil queen.

Dengan perlahan Fahri mula menggerakkan badan Amirah, memastikan dia dalam posisi teratur. Selepas tu barulah Fahri dapat baring di sebelah Amirah.

Dia baru je nak pejam mata. Tiba-tiba keluar lagu,

LEFT AND RIGHT
LEFT AND RIGHT
LEFT AND RIGHT

"Rip it rip it." Amirah mengigau dalam tidurnya, menyambung lagu yang dia pasang sebagai alarm tu.

Mata Fahri celik. Dia mencapai phone Amirah di sisi katil dan melihat jam sudah pukul 5:15 pagi. Amirah memang selalu camtu. Kunci jam pukul 5 pagi. Nanti dalam beberapa minit dia akan bangun dan memulakan hari dia. Bukan macam Fahri. Kalau boleh pukul 7 pagi baru Fahri nak bangun.

Fahri menutup alarm tu dan meletakkan semula phone atas meja. Dia kemudian mencucuk-cucuk pipi Amirah guna jari telunjuknya dengan niat nak bangunkan dia.

"Perut kucing." Amirah mengigau lagi. Apa benda dia ni?

Fahri tersenyum. Dia give up nak gerak Amirah bangun, jadi dia meneruskan hajat untuk tidur. 5:30 nanti mesti ada bunyi alarm lagi jadi lebih baik dia lena sebelum tu.

Sebelum dia betul-betul tidur, dia pandang Amirah buat kali terakhir dan berkata, "Sorry saya biar awak tidur sorang-sorang."

Dia mengucup pipi Amirah lalu tidur.

"OMG, Riri. You tidur pukul berapa semalam? Sampai ada dark circle bawah mata." Aku menegur Fahri selepas tengok muka dia yang nampak tak cukup tidur tu.

"Secret."

Aku pandang dia lama lalu menepuk tangan satu kali. Aku ada idea bernas.

"Awak nak saya pakaikan makeup tak untuk awak?"

"Tak nak."

"Alaa! Pakai concealer je bawah mata tu supaya tak nampak sangat dark circle awak tu!"

Fahri menggeleng kepala. Dia kemudian melihat pantulan diri di dalam cermin, "Tak teruk pun."

"Memanglah tak teruk sangat tapi awak nak bawak muka macam tu pergi kerja ke?"

Fahri mencebik.

"Saya bagi awak kopi." Aku beritahu dia.

Fahri menggeleng-geleng lagi. Dia benci kopi.

"Dah tu? Kalau awak mengantuk macam mana?"

Fahri mencebik macam budak tengah memberontak.

Aku mengecilkan mata memandang dia.

Kemudian aku berjalan mendekati dia dan peluk dia sekuat mungkin.

"Buat apa ni?" Fahri tanya aku.

"Saya tengah bagi awak wife energy recharge!"

Selepas beberapa saat, aku melepaskan pelukan dan tanya dia, "Amacam? Ada rasa recharge tak?"

Fahri mengangkat thumbs up.

"Ready nak pergi kerja?"

Dia mengangguk.

Sebelum kami keluar pintu, Fahri tiba-tiba backhug aku erat.

"Eh? Awak buat mende ni?" Aku terkejut dengan tindakan dia tu.

"Husband energy recharge." Kata dia sambil melepaskan pelukan.

"Kalau husband version lain sikit, Ri."

"Lain macam mana?"

Aku memuncungkan bibir nak mintak kiss. Fahri pandang aku lama kemudian berkata, "No."

Aku mencebik. Kemudian kami ke ofis seperti biasa, memastikan jarak 'rakan sekerja' tu dijaga.

11:24a.m.

Semasa aku tekun menaip nombor dalam Microsoft Excel, aku menerima mesej dari Fahri.

send help

Sudah kenapa, ya?

Aku dengan perlahan berdiri dan mengusha kubikel Fahri yang terletak jauh dari aku punya. Ternampak dia sedang merehatkan kepala atas meja.

Aku mengeluh. Ini mesti sebab tak cukup tidur.

Terpaksa aku curi tulang sekejap singgah 7E kat bawah untuk beli susu strawberi dan manisan lain buat suami tercinta.

Aku membalas mesej kecemasan dia tadi

awak tidur je waktu lunch nanti saya belikan mknn utk awak

3:06p.m.

amirah, saya rasa mcm bertenaga gila skrg

Aku membaca mesej daripada Fahri tu sambil berkerut muka.

saya rasa saya boleh siapkan kerja saya sebelum kul 5

oleh sebab itu

jom lumba siapa habis kerja dulu

siapa kalah kena lanje dinner

Fahri ni hyperactive sebab makan terlalu banyak gula yang aku bagi tadi ke?

sis r u ok

im ok

lanje eh amirah

eh eh

tak confirm lg siapa menang

heh heh

we'll see

Aku tersenyum. Nak main lumba-lumba pulak.

Sebenarnya aku risau kat Fahri. Adakah ini effect dari kurang tidur?

Kitorang tercegat di hadapan restoran makanan Korea dengan restoran makanan Jepun yang terletak bersebelahan tu.

Aku dengan Fahri pandang antara satu sama lain.

"Siapa nak belanja?" Aku tanya dia.

Fahri keluarkan duit syiling 50 sen dari poket seluar. Lalu dia mengangkat syiling 50 sen tu dan memandang aku.

Aku membuat sign 'OK' dengan tangan aku, memberi kelulusan untuk menjadikan 50 sen tu sebagai penentu dinner kami.

"OK. Kepala saya menang, ekor awak kalah." Fahri berkata.

Aku mengangguk.

Selepas dia melambung duit syiling dan menangkapnya semula, dia mendapati jawapan yang dia dapat ialah ekor.

Ekor aku kalah.

Aku mengeluh, "Fine. Tonight we eat Japanese food."

Fahri tersenyum riang. Sukanya dia dengan sushi.

Eh, jap. Untuk menjawab pertanyaan siapa menang lumba tadi, jawapannya ialah seri. Kitorang dua habis kerja pada waktu yang sama. Sebab tulah kena guna duit syiling huhu.

"Saya dah agak saya akan menang. Dari ofis tadi saya dah boleh confirmkan." Fahri berkata dengan bangga semasa kami membaca menu restoran.

"Eleh, padahal awak lucky je." Balas aku.

Selepas hampir sejam aku dengan Fahri makan, aku pergi ke cashier untuk bayar makanan tadi.

Waktu cashier tu tengah handle receipt aku, aku tiba-tiba teringat pasal kata-kata Fahri tadi.

Kepala saya menang, ekor awak kalah.

Kalau dapat kepala, dia menang dan aku kalah.

Kalau dapat ekor, aku kalah... Jadi dia menang...?

Dua-dua dia menang?

"Oh my God!" Aku berkata dengan kuat selepas aku tersedar yang aku telah ditipu dan dimainkan oleh Fahri.

Cashier depan aku nampak terkejut.

"Oh, sorry sorry." Aku senyum pada dia.

Kemudian aku dengan Fahri masuk ke dalam kereta.

"Hey, excuse me. Kepala awak menang, ekor saya kalah? Oh, sebab tu ke awak confident sangat?!" Aku bising kat dia.

Dia tergelak, "Bukan salah saya awak slow sangat."

"Eee, dari mana awak belajar taktik tu? Main tipu!"

"Saya tengok dari movie hihi. Bestnya kenakan orang."

Aku mengangkat kening pandang dia. Dia masih tersengih.

"Sayangnya awak perasan lepas dah habis makan."

"Tulah tu! Kalaulah saya tak slow sangat, dah lama saya makan kimchi stew tadi." Aku mencebik.

"Kalaulah awak tak slow sangat..." Fahri menggumam.

Aku menjeling dia.

"Sorrylah." Dia meminta maaf sambil drive.

"Hm, no worries. Tapi next time Korean food, OK?"

"Baik, tuan puteri."

Aku tersenyum puas.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, aku perasan yang Fahri drive macam tak betul sikit.

"Er, Fahri. Awak ni OK tak?"

"Hm? OK... OK..."

"Sure? Awak mengantuk ke?"

"Haah. Sebab baru lepas makan."

"OK. Change seats."

"Huh?"

"Tukar dengan saya. Biar saya drive."

"Takpelah. Nak dekat dah ni."

"Bahayalah. Kalau awak nak bunuh diri, jangan ajak saya. Saya banyak lagi dosa."

"Takpe, Amirah. Awak dah belanja tadi, biarlah saya yang drive. Kalau awak risau pasal hidup awak, awak tampar saya."

Selepas dia cakap camtu, tanpa ragu-ragu aku terus tampar pipi dia. Tak apa, tak kuat pun. Cukup sekadar bunyi PAP!

Mata Fahri celik. Hahaha mesti dia tak sangka aku nak tampar dia betul-betul.

"Hehe, mesti awak tak expect, kan?"

"Sangat."

"Dalam tamparan tadi tu termasuk pakej balas dendam sebab tipu saya tadi."

Fahri tergelak, "Yalah. Terima kasih sebab tampar saya. Sekarang saya dah tak mengantuk dah."

Kemudian kami sampai rumah dengan selamat.

Selepas habis solat maghrib bersama, aku terus pergi mandi.

Keluar dari bilik air setelah 15 minit mandi, aku ternampak Fahri sedang terbaring di atas katil masih berbaju kerja. Ternampak tuala mandi digenggam dalam tangannya. Mukanya berkerut ketika tidur. Terdengar dengkuran halus dari nafas dia.

Hoh, kesian aku tengok. Penat sangat dia ni. Tapi salah dia jugak. Siapa suruh main game malam orang bekerja.

Aku mengusap kepala dia lembut lalu mencium dahi dia. Biarlah dia tidur sekejap mengubati kepenatan bekerja dan kepenatan melayan aku.

🌹

ok explanation time

ayat sebetulnya:
kepala saya menang, ekor awak menang

tapi fahri cakap "kepala saya menang, ekor awak kalah" dedua statement ni buat fahri menang sebab;

kepala - fahri menang, amirah kalah
ekor - amirah kalah, fahri menang

faham ke? hshshs sorry buat ramai tak tenang baca bab ni 🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro