29 - stargazing

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1 pagi. 1 pagi tapi aku masih terperap dalam ofis, di hadapan komputer menyiapkan kerja yang berlambak.

Mata aku dah berat sangat dah ni. Aku perlukan refreshment.

Phone aku berbunyi menandakan mesej masuk.

emergency exit, sekarang

Bagus. Ini memang apa yang aku perlukan. Aku bangun dari tempat duduk lalu menyarung hoodie pada badan. Hoodie Fahri yang 34 kali ganda lagi besar dari saiz aku.

Aku keluar dari ofis lalu menuju ke emergency exit yang terletak di hujung bangunan. Apabila aku membuka pintu keluar tu, angin malam menampar muka aku. Sejuk!

Dan aku ternampak satu entiti membelakangi aku sedang duduk di tangga kecemasan sambil melihat langit malam. Usha apa tu?

"Ri." Tercungap-cungap aku panggil nama dia sebab aku baru je lepas naik tangga.

Fahri menoleh belakang lalu menepuk tempat kosong di sebelahnya, menyuruh aku duduk.

Aku serta-merta duduk di sebelah dia dan memeluk tangan dia.

"Ri, saya ngantuk." Aku berkata sambil menguap.

"Tutup mulut bila menguap."

"Hmmm." Aku menutup mulut. Mata aku dipejam selepas aku merehatkan kepala aku pada bahu Fahri. Bila-bila je aku boleh lelap kat situ. Angin malam tu rasa sangat nyaman bila aku ada kat sebelah Fahri. Sebab dia buat aku hangat. So warm. Tambahan hoodie extra large dia yang menambah lagi keselesaan aku.

"Nak roti coklat?" Fahri offer aku benda random.

Aku mengangguk lalu membuka mulut dan Fahri menyuapkan secubit roti ke dalam mulut aku.

"Mana awak beli?" Aku tanya sambil mengunyah roti. Mata aku masih terpejam.

"7E kat bawah." Kemudian dia offer aku banyak lagi benda macam susu strawberry, mentos, oreo, pocky, keropok, sandwich. Dia ni borong satu kedai ke apa?

"Amirah, tengoklah langit tu. Cantik." Ujar Fahri.

"Ri, saya penat. Tak larat nak dongak kepala."

"Hm."

"Cuba awak cerita apa yang ada kat langit tu."

"Ada bulan separuh. Clear sangat-sangat." Fahri mula bercerita.

"Hm, pastu?"

"Pastu ada banyak gila bintang."

"OK. And then, ada apa-apa lagi ke? Yang interesting sikit."

"Interesting?"

"Ya."

"Hm." Fahri berfikir sejenak sebelum menyambung, "Benda yang paling interesting ialah, ada bintang tertinggal kat bawah ni."

"Huh?"

"Bintang tu tengah peluk saya."

Aku tersenyum lebar. Adoi nak je aku cubit dia tapi aku penat sangat.

"Awak tak penat ke?" Aku tanya dia. Pelik aku kenapa pukul 1 pagi camni dia masih ada tenaga untuk buat pickup line.

"Penat. Tapi depan Amirah saya kenalah tunjuk kuat."

"Kekeke."

"Amirah, awak jangan tidur kat bahu saya tau."

"Alaa, kenapa?"

"Nanti saya yang lenguh. Bukan awak."

"Haih, yalah." Aku mengangkat kepala aku dari bahu dia. Aku membuka mata dan melihat langit. Wah, memang cantiklah. Banyak gila bintang.

Aku menghirup jus epal yang Fahri borong kat 7E untuk menyegarkan sikit diri aku.

"Fahri, cuba teka bulan lagi separuh tu ada kat mana?" Aku memberi teka teki kepada Fahri.

Lama dia fikir. Pastu dia jawab, "Other side of the world."

"Salah."

"Dah tu?"

"Dia ada kat sebelah saya. Hihihi."

Fahri mengerutkan muka dia. Aku mencebik.

"OK, lupakan jelah apa yang saya cakap tadi." Aku berkata.

Fahri tergelak lalu berkata, "Dahlah Amirah. Awak dah tak betul dah ni. Jom masuk dalam dan tidur."

Aku memuncungkan bibir. Alahai, sedihnya. Sekejapnya date aku dengan dia. Kalau boleh aku nak spend time lagi dengan dia, tapi pada masa yang sama aku nak sangat baring dan tidur sekarang.

Aku menolong Fahri mengemas segala makanan ringan yang kitorang makan tadi. Lalu kami meninggalkan tangga kecemasan tu.

Sesampainya kami di ofis, kami tercegat di hadapan pintu ofis selama beberapa saat.

Aku pandang dia, dia pandang aku.

"Em, bye." Dia melambaikan tangan dengan awkward.

"Awak terlupa sesuatu."

Fahri tergelak lalu dia mencium dahi aku, "Saya tak lupalah."

Aku tersenyum. "Bye, Rir. Goodnight."

"Goodnight, Mir."

Dan kami berpisah. Tempat tidur perempuan dikhaskan dalam bilik meeting manakala tempat tidur lelaki di meja masing-masing.

Inilah rutin bila kau terkejar-kejar deadline project. Tidur kat ofis. Tapi dalam kesibukan hari, jangan lupa rehat secukupnya dan spend time dengan orang tersayang.

K bye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro