3 - kucing

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku memandang makhluk yang berada di kaki aku tu.

"Meow." Dia berbunyi. Mata besarnya memandang aku.

"Baby!!!" Aku memanggil Fahri.

Fahri keluar dari dapur, di tangannya terdapat sepinggan isi ikan rebus yang telah lunyai.

"Apa benda ni??" Aku tanya dia sambil menuding makhluk itu.

"Kucing."

"Siapa diaa??"

"Kawan suruh jaga." Fahri berjalan ke arah kucing tu lalu duduk dan menghidangkan pinggan tadi. Kucing itu menikmati hidangan ikan rebus boneless special handmade by suami aku. Cis. Lalu Fahri mengusap kucing itu.

Aku turut terduduk melihat kucing tu, "saya pun lapar jugak."

"Makan sendiri."

"Alaa, awak tahu tak saya penat baru balik kerja? Awak tu dahlah belum kiss saya lagi." Aku merungut.

Fahri mengeluh lalu mencium kepala aku, "welcome back." Dia terus ke dapur untuk menghidangkan makanan untuk aku. Aku ni memang mengada.

💌

Sambil aku makan, aku hanya memerhatikan gerak geri Fahri bersama kucing itu. Mesra betul Fahri dengan kucing. Tersenyum-senyum dia tengok kucing tu sampai sanggup cium makhluk berbulu tu. Cute memang cute, tapi jealous pun ada hnm.

"Sampai bila awak nak jaga dia?" Aku bertanya.

"Malam ni."

"Apa nama kawan awak?"

"Maisarah."

"Haaaaaaaaaa?"

Fahri tergelak.

"Apahal gelak?"

"Macam mak orang."

"Siapa?"

"Awak."

Aku mencebik lagi apabila mendengar kata-kata dia. Mak orang dia panggil aku? Kurang asam.

"Kenapa Maisarah tu mintak tolong awak? Orang lain takleh tolong ke?"

"Saya baik."

Aku memuncungkan bibir.

Selepas beberapa ketika dalam kesunyian, dia bertanya, "jeles?"

"Eh? Jeles dengan siapa? Takde kerja nak jealous dengan perempuan lain. Awak tu bukannya ada apa sangat."

"Hahahaha, saya tanya, awak jeles ke dengan kucing ni?" Fahri tergelak. Aduh, dia dah dapat tangkap aku jeles dengan perempuan entah sape-sape tu.

Muka aku terasa bahang, "yaa saya jeles dengan kucing tu dan dengan kawan awak tu jugak." Aku meneruskan misi untuk menghabiskan makanan. Fahri terus tersengih. Senyuman tayang gigi tulah apa yang aku harap aku dapat tengok setiap hari.

"Buat apa nak jeles? Awak kan isteri saya?"

"Susah la nak cakap. Walaupun awak ada isteri tak semestinya awak tak boleh tersuka kat orang lain, kan?

Dia diam sebentar kemudian menjawab, "tapi saya tak camtu."

"Kenapa? Saya ni segala-galanya bagi awak ke? Camtu?"

Dia hanya tersenyum sambil memandangku lalu bermain semula dengan kucing. Aku mengeluh. Haih, kenapalah dia susah sangat nak cakap yang dia suka aku?

Hampir pukul 9 malam, makanya tuan kucing itu pun datang mengambil haiwan peliharaannya. Aku dapat bersapa sekejap dengan Maisarah tu. Terkejut beruk dia bila tahu yang aku ni isteri Fahri.

"Dia takde bf ke? Tunang ke? Suami?" Aku bertanya Fahri selepas Maisarah berlalu pergi.

Fahri menggeleng lalu berkata, "jangan risau. Saya anti-perempuan."

"Anti-perempuan lah sangat. Sampai nak jagakan kucing bagai. Sepak kang."

Fahri tergelak lalu memandang aku, "comelnya awak ni."

"Heh biasalah. Dulu masa sekolah orang panggil saya Amirah Cute je tau."

"Yeke?"

"Yeeee. Cuba awak jujur, saya lagi cute dari kucing tadi, kan?"

Dia berfikir sejenak lalu mengangguk.

"Saya lagi cute dari Maisarah, kan?" Aku bertanya dia lagi.

Kali ini dia diam sambil tersenyum nakal. Lesung pipit sebelah kanannya jelas terpampang.

Aku mencubit lengan dia, "jawablah."

Dia tergelak lalu menggeleng. "Kalau tak nak?"

"Nasib awaklah. Saya takkan cakap dengan awak selama sebulan."

"Bukan ke tu dosa?"

Aku menunduk bawah lalu berkata, "Fahri jahat."

Dia ketawa riang, wajahnya didekatkan ke telinga aku dan aku boleh dengar dia membisik, "dalam dunia ni tak ada benda yang lagi comel dari awak, Amirah."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro