31 - jauh

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Fahri baru sahaja habis main game kat phone, dan sekarang dia dah get ready untuk tidur.

Tiba-tiba phone dia berbunyi dengan ringtone yang specific.

waifu 🐱 is calling you

Kenapa waifu call dia walaupun dorang tinggal serumah? Oh, sebab dorang berdua terpisah kerana Fahri ada emergency leave ke kampung. Amirah takleh ikut sebab dia ada meeting.

Fahri menjawab call dari waifu tu.

"Fahri!" Amirah menjerit di hujung talian.

"Waalaikummusalam."

"Assalamualaikum, Fahri!"

"Hm?"

"OMG, saya tak boleh tidur, Ri."

Fahri mengerutkan kening. "Bakpe?"

"Saya baru lepas tengok cerita hantu uhuhu."

"Astaghfirullahalazim."

"Kenapa?"

"Awak ni bodoh tahap apa pergi tengok cerita hantu sorang-sorang?"

"Hei! Awak baru je istighfar tadi kan? Pastu terus panggil bini awak camtu?"

"Sorry sayang. Saya terpaksa."

"Saya tengok cerita hantu sebab saya bosan duduk sorang kat rumah. Awaklah ni."

"Salah saya?"

"Mungkin."

"Punyalah banyak cerita, kenapa cerita hantu jugak?"

"Saya pun tak tahu."

Fahri mengeluh, "Macam mana meeting awak pagi tadi?" Fahri menukar topik.

"OK je. Awak OK tak?"

"OK."

"Dah main game?"

"Dah."

Kemudian diam. Satu saat. Dua saat. Tiga. Empat. Lima. Enam.

"Fahri, jangan tidur lagi!"

"Tak, tak. Saya tengah fikir camne nak reverse kebodohan awak ni."

"OK."

"Alright first, jangan pandang atas."

"Huh? Sebab apa?"

"Sebab hantu selalunya melekat kat siling."

"Ha ha ha, kelakar."

"Saya cakap betul."

"Fahri, jangan sampai saya drive ke kampung semata-mata untuk terajang awak."

"Berani ke?"

"Asal tak berani pulak?"

"Yelah, drive sorang-sorang waktu malam. Tak ada sesiapa yang ada kat highway kecuali perempuan baju putih–"

"TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR
HOW I WONDER WHAT YOU ARE"

"Kenapa awak menyanyi?"

"Sebab awak jahat."

"Awak tak tahu ke hantu suka lagu budak-budak?"

"Kalau macam tu saya nyanyi lagu Highway to Heaven."

"Lagu apa tu?"

"We'll take the highway to heaven,
And I can't wait to love you all alone" Amirah mula menyanyi.

"Awak nak cakap perjalanan menuju ke saya macam perjalanan menuju ke syurga ke?"

"Awak nak saya tukar perkataan 'heaven' jadi 'hell' ke?"

"Tak nak. Tu lagu K-Pop ke?"

"Haah."

"Tapi Bahasa Inggeris?"

"Apa? Awak ingat K-Pop tak tahu English?"

Fahri tergelak. "Baguslah awak nyanyi lagu K-Pop. Nanti hantu dengar awak nyanyi dia pun rasa nak menari."

Amirah tergelak sekali walaupun lawak Fahri tadi macam lawak bapak orang.

"Riri, apa kata awak nyanyi untuk saya?"

"Awak nak lagu apa?"

"Apa-apa je."

"Twinkle twinkle little–"

"Ergh!" Amirah merengek.

Fahri tergelak kecil. Dia melegakan tekak dia kemudian mula menyanyi satu rangkap lagu.

Suara Fahri yang dalam tu tak adalah sedap mana. Tapi dia tak adalah sengau atau off pitch. Nyanyian dia sekadar boleh didengar.

Walaupun suara dia beshe-beshe, still Amirah suka sangat dengan suara Fahri.

"Chorus je ke awak nyanyi?" Amirah bertanya selepas Fahri berhenti menyanyi.

"Kalau nak full song, kena bayar."

"Eee tak kuasa. Nyanyi la lagi. Saya suka suara awak, Fahri."

"Penatlah."

"Yelah yelah. Kesian awak. Sekarang teman saya tidur tau."

"Teman?"

"Haah. Awak stay je on call. Jangan end sampai saya betul-betul tidur."

"Habislah kredit awak nanti."

"Tak apa. Sekali sekala awak berjauhan dengan saya."

Suasana sunyi buat beberapa waktu. Fahri dan Amirah memandang siling bilik yang berlainan.

Amirah memejam mata. Dengan perlahan dia mula nak tidur. Fahri pula merenung phone di sisi.

"Amirah?" Fahri memanggil setelah beberapa minit berada dalam kesepian.

Tapi sunyi je di hujung talian. Hm, mesti dah tidur dah minah ni.

Fahri mengeluh lalu tersenyum.

"Goodnight, sayangku Amirah. I love you." Fahri mencium skrin telefon lalu end call.

Dan mereka berdua tidur nyenyak malam tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro