33 - cosplay

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku sedang baring terlentang di atas katil sambil melayan kebosanan hujung minggu dengan merenung siling.

Tiba-tiba Fahri masuk ke dalam bilik dengan phone dalam tangan kanannya. Dia datang mendekati aku dan menyelak skirt yang aku pakai dengan tangan kirinya. Lalu dia menjenguk apa yang ada dalam skirt aku.

"Woi." Aku menegur tindakan dia tu sambil menepis tangan dia dengan kaki. Masuk-masuk bilik pastu terus nak sexual harass orang.

"Saya nak tengok awak pakai warna apa." Fahri menerangkan niat dia.

Aku mengerutkan muka. For what?

"Awak nak jual info tu kat siapa?" Aku tanya dia.

Fahri tersenyum sinis. Apa benda pulak lahai yang dia cuba buat ni.

Dia duduk di penjuru katil. Heh, pelik. Selalunya dia akan terus baring setiap kali landing atas katil. Bila dia duduk, aku tahu mesti dia nak tanya aku sesuatu.

"Awak ada nak cakap apa-apa ke?" Aku cuba mengorek maklumat dari dia.

Fahri mengangguk perlahan. Takut sangat ke dia dengan aku?

"Awak nak cakap mende?" Aku tanya lagi.

Kelihatan Fahri menarik nafas perlahan lalu menghembusnya, "Amirah, awak... Awak teman saya pergi keluar esok boleh?"

Aku membesarkan mata. Wow. Bukan biasa-biasa! Rasanya ini first time Fahri ajak aku keluar. Kalau tak, aku je yang sokmo ajak date setiap kali cuti. Dia pun ikut jelah apa yang aku cakap.

"OMG of course saya boleh teman awak, Ri! Pergi mana?"

"Surprise."

Aku mengerutkan kening. Eh? Birthday aku lambat lagi. Birthday dia lambat lagi. Anniversary kami dah lepas. Dia nak buat surprise apa?

"Selalunya... Saya pergi dengan Irsyad. Tapi kali ni saya nak pergi dengan awak." Fahri berkata lagi.

Aku tersenyum. Omo, rasa special pulak. "Tempat apa-apa pun awak nak bawak saya, saya happy gila sebab ni first time awak ajak saya keluar!"

"Yeke?"

Aku mengangguk.

Dia tergelak kecil, "Awak bersiaplah esok. Kita gerak lepas zohor."

"Oke."

Aku dah mula excited. Fahri nak bawak aku ke mana? Tempat apa yang dia selalu pergi dengan Irsyad? Hmm. Tempat yang popular di kalangan lelaki ke? Apa dia?

👘

Aku ternganga. Rasa kagum yang amat menguasai minda aku.

Oh my God. Semua orang kat sini berpakaian extraordinary. Ada yang berambut kuning, pink, putih, oren dan macam-macam lagi. Baju mereka memang jarang kau nak nampak in real life.

Fahri tergelak, "Amirah, tutup mulut tu."

Aku menutup mulut tapi mata aku maintain dibulatkan. Aku masih rasa amazed.

"OMG, Riri. Event apakah?"

"Inilah namanya, cosplay event." Fahri memberitahu.

Aku mengangguk. Aku pernah dengar perkataan ni. Cosplay ni bila orang dress up macam character anime atau komik atau game atau cartoon, kan?

"Amazing." Aku menggumam sambil mata aku melilau di dalam dewan event tu. Kelihatan cosplayer menangkap gambar dengan orang berpakaian biasa. Walaupun aku tak layan anime dan seangkatan dengannya, tapi aku rasa dorang cool gila!

"OMG Fahri! Bukan ke tu character yang awak set dalam wallpaper PC awak?" Aku menunjuk ke arah seorang cosplayer lelaki yang memakai rambut palsu berwarna hijau dan costumenya juga berwarna hijau berkombinasikan putih.

Fahri mengangguk.

"Awak tak nak tangkap gambar dengan dia ke?" Aku tanya.

Dia menggeleng.

Aku mengecilkan mata memandangnya. Hm, Fahri ni. Mesti dia malu.

"Awak shy shy eh?" Aku tanya dia lagi.

Dia tersenyum malu. Halamak, ini pun nak malu ke? Bukannya dorang kenal kau pun.

"Riri! Jom! Saya tangkapkan gambar awak." Aku memujuk dia sambil menarik tangannya.

Dia menggeleng, "Takpelah, Amirah..."

"Kalau awak tak ikut saya, saya tak akan rasa happy dengan date kali ni!" At this point, aku dah memaksa dia.

Dia masih nampak teragak-agak tapi akhirnya dia ikut juga aku.

Aku berjalan ke arah cosplay tadi dan menegur, "Hello! Can my husband take a photo with you?"

Cosplayer tu tersenyum sambil bersetuju. Wah, friendly gila!

Maka Fahri pun dengan malu-malu kucing berdiri di sisi cosplayer tu dan mengangkat peace. Aku selaku photographer menangkap gambar mereka berdua dengan phone aku.

"Thanks!" Aku berterima kasih kepada cosplayer tu. Fahri turut berterima kasih. Dan kami ditinggalkan berdua.

"OMG Ri, apa kata awak tangkap gambar dengan semua orang kat sini? Saya boleh mintakkan." Aku memberi cadangan kepada Fahri.

Fahri tergelak, "Bukan semua anime saya tengok."

"OK kalau camtu, awak tunjuk je mana-mana cosplayer yang awak berkenan, and then saya mintakkan."

Fahri tersenyum kemudian dia menudingkan jari ke arah seorang cosplayer perempuan berambut blonde.

"OK let's go!" Aku menarik tangan Fahri dan pergi ke arah cosplayer tu.

Selepas itu banyak jugakla gambar aku tangkap. Fahri nampak happy gila woi! Aku pun mestilah terikut happy tengok dia happy uhuk.

Kitorang kat situ bukan tangkap gambar je. Kitorang tengok persembahan lagu anime, pastu makan makanan Jepun, pastu Fahri beli merchandise anime.

Pada hari ini juga, aku belajar beberapa perkataan Jepun baharu.

Kyou wa hontoni tanoshi desu ne! (Hari ini seronok gila!)

👘

Bila semuanya habis, kitorang akhirnya tiba di rumah dan sedang terbaring di atas katil sambil melihat semula semua gambar yang aku tangkap tadi.

"Rir, awak paling suka gambar yang mana? Saya nak post IGS."

"IGS tu mende?"

"Duh, Instagram Story." Aku menjawab. Haih, inilah nasib ada laki yang tak layan social media langsung. Kau nak buat appreciation post pun, dia mana nak tengok.

Fahri meng-oh-kan saja walaupun aku tahu dia masih tak tahu IGS tu apa. Kemudian dia menunjukkan aku satu gambar.

Gambar aku dan Fahri selfie dengan seorang cosplayer yang lawa gila baju and rambut dia!

"Tu favorite character awak ke?" Aku tanya dia.

Dia mengangguk, "Haah, yang pegang phone."

Aku mengerutkan muka, "Tapi saya yang pegang phone?"

Dia mengangguk lagi, "Itulah favorite character saya."

Hah, datang dah skill ngorat dia.

"Favorite character dalam cerita apa?" Aku tanya dia.

"Dalam cerita hidup saya."

Heheheheheh, eheheheh, heheh, heh.

Aku tersenyum lalu kepala aku direhatkan atas dada dia, "Daisuki, Fahri."

"Mana awak belajar tu?"

"Tadi waktu awak shopping saya ada pergi satu booth ni di ajar sikit-sikit bahasa Jepun. Daisuki, Fahri!"

"Apa maksudnya?"

"Cuba teka."

"Tak nak. Sebab saya dah tahu apa maksud dia."

"Dah tu cakaplah."

"Tak nak."

"Lebih baik awak cakap, kalau tak..."

"Kalau tak?"

"Kalau tak cakap, saya tak nak lagi teman awak pergi event camni."

Fahri terdiam. Hahaha dia ni senang sangat termakan ugutan aku.

"Maksudnya, I love you, Amirah."

Aku tersenyum sehingga telinga. Kekeke, jarang-jarang Fahri nak sebut tiga ketul perkataan tu dan yang seangkatan dengannya. Bila dia sebut, aku rasa macam aku dah kalahkan dia.

"Love you too, Riri!" Aku mencium pipi dia.

"Hmmmmm."

"Hmmmmmmmmm." Aku mengusik dia.

"Hmmmmmmmmmmmmirah, terima kasih sebab temankan saya hari ni."

"Apa dia?"

"Takde apa. Bye." Fahri mengiring badannya membelakangi aku.

"Alaa, cakap balik!"

"Tak nak. Tiada siaran ulangan."

"Eleh. Sama-sama, Fahri."

"Hm."

Aku tersenyum. Halah, mengada. Nak sweet-sweet dengan aku pun malu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro