36 - scrabble

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku tersenyum keseorangan sejak aku balik dari kerja tadi. Sempat aku singgah di mall sekejap untuk beli barang. Sampai ke rumah senyuman aku masih kekal.

"Dah gila ke?" Fahri tanya aku apabila nampak aku senyum je dari tadi.

"Heheheh." Aku tergelak jahat.

"Jap, bagi saya search hospital mental terdekat." Fahri 'bergurau' dengan muka expressionless dia sambil dia menaip sesuatu di phone.

"Fahri, saya ada beli game baru heheheh." Aku beritahu dia kenapa aku tersenyum dari tadi.

"Daun terup ke?"

"Salah."

"Uno?"

"Uh uh." Aku menggeleng.

"Happy family?"

"Nope. Kenapa semua game card?"

"Entah. Mungkin sebab awak reti main card je."

Aku membalikkan mata lalu menunjukkan dia game baru yang aku beli. "Tada!!!"

Fahri masih dengan muka blur dia. Dia tengok je aku duk excited sorang-sorang.

"Scrabble!" Aku menjerit.

"Ya, saya tahu." Dia berkata dalam nada tak berminat.

"Heheheh." Aku tergelak jahat lagi.

"Kenapa suka sangat?"

"Heheheh, saya tahu awak terer main semua game. Tapi saya tahu awak tak terer English. Heheheh." Aku tersenyum jahat.

"Oh, jadi awak confident awak boleh kalahkan saya?"

"Of course!"

"Awak kena tahu, dalam game strategi lagi penting dari kebijaksanaan."

"OK, kalau camtu, jom main. Kita tengok siapa menang, strategi atau kebijaksanaan."

🦊

Kebijaksanaan menang.

Semua berikan tepukan gemuruh kepada aku sebab ini first time aku kalahkan Fahri main game. Oh my God, ini patut masuk dalam senarai achievement aku.

"Siapa menang kena kemas." Fahri berkata sambil terbaring.

"Buu kalah." Aku mengejek dia sambil mengemas set Scrabble tu.

Dia diam.

"Buu."

Diam lagi.

"Buu kalah! Fahri kalah."

"Nak kena cubit ke?" Fahri mengugut.

"Awak takde hak nak cubit saya. Disebabkan awak dah kalah, awak yang patut terima punishment."

"Tiba-tiba je. Kita tak bersetuju pun pasal benda ni."

"Eh? Saya pernah ke tak bersetuju bila awak bagi punishment setiap kali saya kalah game?"

"Bila masa saya denda awak?"

"Em, hello. Cuba teka siapa yang kena conteng muka dengan laki dia sebab kalah main game bulan lepas?"

Lantas itu Fahri tergelak, "Saya ada lagi gambar tu."

Aku membalikkan mata, "Dah bersedia nak dengar punishment saya?"

Fahri tersenyum lalu mengangguk.

"Teng teng teng, swap role!"

Fahri mengerutkan muka.

"Kita kena jadi masing-masing. Disebabkan awak selalu buli saya, saya nak ajuk awak so saya pulak yang akan buli awak. Awak pulak kena ajuk saya. In short, saya husband awak wife." Aku menerangkan kepada dia.

Fahri mengangkat kening, "Senangnya denda awak ni."

"Hahaha, yeke Fahri? Yeke? Awak sedar kan awak kena sentiasa jadi cute sebab saya ni cute?"

"Awak cute ke?"

"Diam. Game bermula sekarang."

"Nama kita masih sama?"

Aku mengangguk.

Dan selepas itu kami merenung mata masing-masing buat beberapa saat.

"Amirah, meh sini cium." Fahri memecahkan kesunyian sambil dia mendekatkan mulutnya ke pipi aku.

"Eh?!" Aku terkejut selepas dia cium aku.

"Kalau awak tak perasan, setiap hari awak serang saya dengan ciuman awak tu." Fahri memberitahu.

Hah, yeke?!

Fahri tersenyum jahat. Oh, sempat dia mengejek aku.

Back to you, Ri.

"Jangan kacau saya boleh?" Aku berkata dengan mendatar sambil main phone.

Fahri menahan senyuman sambil mengangkat kening.

"Mir Mir, hari ni saya makan asam pedas ikan pari!" Fahri meneruskan lakonannya sebagai aku. Kali ini dia tiru cara aku bagitahu dia tentang menu lunch aku setiap hari.

"Hm."

"Tapi murah gila! Saya try restoran baru." Susah nak jumpa dia banyak bercakap macam ni.

"Hm." Bosan betul jadi Fahri. Jawapan sama je aku bagi.

"Amirah! I need attention."

Oh Tuhan, segedik camtu ke aku dengan Fahri?

"Hm." Aku masih dengan jawapan yang sama.

"Amirah, awak terlupa sesuatu ke?" Fahri tanya lagi.

Aku memandang dia tatkala mendengar soalan dia tadi. Soalan yang aku tanya hampir setiap hari.

Aku mendaratkan bibir aku di dahi dia, satu perbuatan yang wajib Fahri buat kepada aku setiap kali aku balik dari kerja, "Selamat pulang, Fahri."

Dia tersenyum kemudian memeluk tangan aku.

Apahal 'Fahri versi aku' buatkan aku lebih berdebar dari Fahri yang biasa?

"Fahri, serabutlah." Aku berdiri dan secara itu tangan Fahri terpisah dari tangan aku.

Fahri mencebik, "Awak nak pergi mana?"

"Rehat kat bilik."

"Nak ikut." Fahri berkata dengan manja.

Aku mengetap gigi. OMG cringe betul aku tengok perangai aku, walaupun orang lain yang sedang mengajuk.

"Jomlah." Aku menjawab.

"Angkatlah saya."

Hahahaha, dia memang go all out ya.

Aku kemudian duduk di hadapan dia yang terbaring tu. Tangan sebelah aku letakkan di bawah lutut dia, lagi sebelah aku letak di belakang dia. Aku cuba mengangkat dia cara bridal carry. Tapi, hampa. Bapok berat dia ni.

"OMG, Amirah. Mana ada suami yang tak boleh angkat isteri dia sendiri." Fahri berkata dengan tangannya yang sudah dilingkarkan di bahu aku.

"Shh." Aku mendiamkan dia sambil cuba mengangkat lagi tapi dia tak terangkat langsung. Ergh, macam nak cuba angkat anak gajah. Badan dia tak adalah sado sangat pun.

Aku mengeluh dan melepaskan tangan aku dari dia. Aku give up lalu memalingkan badan dari dia.

"Apa ni?" Fahri tanya.

"Piggyback."

"Pft, tak romantik langsung piggyback."

"Ah, kalau camtu. Awak jalan je." Aku mula berjalan tetapi tangan aku ditarik Fahri.

Aku menoleh ke arah dia dan ternampak dia tersenyum, "Amirah, jangan merajuk hihihi. Sinilah awak angkat saya." Kemudian dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu aku.

Dia melompat dan aku menyambut peha dia. Oof, berat gila, tapi aku boleh bertahan.

Aku mula berjalan sambil mengangkat anak gajah di belakang aku ni sebelum dia berbunyi, "Amirah, awak elok-elok sikit. Jangan sampai terbunuh saya."

"Diam. Eh, jap. Kenapa awak macam dah jadi diri awak yang sebenar?"

"Mana ada."

"Ye. Saya yang sebenar mana ada sarkastik camtu."

"Yeke? OK jap saya lakonkan cara awak. Ehem." Fahri melegakan tekak sebelum menyambung, "OMG, kuatnya awak Amirah!"

Aku tergelak. Ha, yang tu baru aku approve.

Walaupun perjalananku amat sukar, tapi akhirnya aku berjaya juga tiba di destinasi sambil memastikan special package yang aku bawak ni selamat.

Aku melemparkan dia ke atas katil lalu mengeluarkan keluhan, "Awak makan batu setiap hari ke, Fahri?"

"Saya makan cinta awak je setiap hari."

"Nak kena lempang?"

Dia mencebik, "Awak ni selalu kasar dengan saya. Macam tak sayang saya je." Dia memuncungkan bibir.

"Time out! Mana ada saya gedik camtu!" Aku membantah cara dia mengajuk aku.

"Awak kena terima hakikat yang itu perangai awak. Sekarang, sambung game." Dia tidak mengendahkan.

Aku mengecilkan mata melihat dia. Aku ke dia yang kena denda sekarang ni?

"Memang saya tak sayang awak pun." Aku meneruskan watak aku sebagai Fahri.

"Kalau awak cakap awak tak sayang saya, saya tak nak tidur dengan awak malam ni."

"Nasib awaklah. Awak yang sunyi."

"Amiraaaaaaaahh~!!!" Dia merengek macam budak kecik.

Geram betul aku dengan dia ni. Rasa nak terkam je dia.

Aku rasa aku nak tamatkan game ni sekarang.

"Yelah yelah. I love you, Riri." Aku terus memeluk dia sebab tak tahan nak teruskan cringe.

"Huh? Jap, time out. Mana ada saya senang-senang je cakap benda tu." Fahri keliru dengan tindakan aku tu.

"Dah tu? Awak nak saya confess waktu awak tidur?"

"Huh?" Muka Fahri mula terasa bahang.

Aku tergelak jahat, "Fahri sayang, awak ingat saya tak tahu ke yang awak confess kat saya setiap kali saya tidur?"

"Itu mimpi awak je, Amirah."

"Yeke?" Aku memandang mata dia tepat. Wajah kami sangat rapat dan aku dapat rasa nafas dan debaran jantung dia yang laju tu.

Disebabkan tiada personal space antara kami, Fahri memegang kedua-dua bahu aku lalu menolak aku dari dia, tak kasar dan tak lembut. Wajah dia yang cerah tu kelihatan merah.

Aku tergelak melihat reaksi dia, "OMG, Ri. You're so cute!"

"Diam. Puas hati dapat denda saya?"

Aku mengangguk laju.

Fahri tergelak, "Siaplah awak. Saya baca buku English banyak-banyak nanti, pastu tambah vocabulary saya, pastu kalahkan awak main game tah pape tu."

"Game tah pape? Maksud awak game orang bijak?"

"Kalau awak nak tahu, awaklah yang selalu buli saya."

"Hahaha! Yeke?"

Dia mengangguk kemudian berdiri dari katil, "Dahlah, saya nak mandi sorang-sorang. Tak nak tengok muka awak."

"Eleh, malu lah tu. Awak jangan kunci pintu, Ri. Saya nak intai." Aku bergurau.

"Perempuan gatal." Dia berkata lalu masuk ke dalam bilik air.

Aku dah tergelak macam orang gila. Kekeke, bestnya dapat kenakan laki kau sendiri. Hm, tak menyesal aku beli Scrabble tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro