41 - berita gembira

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Amirah dan Fahri melangkah masuk ke dalam rumah itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka melawat rumah mertua sekurang-kurangnya sebulan sekali.

"Mirah dan Aidan OK kerja?" Mama Fahri bertanya.

"OK je! Mama, Mirah dan Aidan ada hadiah." Amirah tersenyum lebar sehingga nampak gigi. Eh, bakpe suka sangat?

"Hadiah apa? Birthday mama lambat lagi?"

"Heheheh." Amirah menyeluk sesuatu di dalam handbag lalu mengeluarkan sekeping gambar. Dia menghulurkan gambar itu kepada mama dan abah.

"Ya Allah, Mirah dah pregnant?!" Mama terkejut melihat gambar ultrasound bakal cucu itu.

Amirah mengangguk-angguk. Fahri pula tak dapat nak sorok senyuman dia.

"Mirah dah pregnant? Nak tengok!" Akmal dan Amalia, duo yang tak pernah berpisah berebut untuk melihat gambar dari tangan mama.

"Mana anak kau weh? Aku tak nampak apa pun." Berkerut kening Akmal meneliti gambar tersebut.

"Adaaa kat situ. Memanglah tak ada rupa lagi sebab baru dua bulan." Amirah menunjuk pada gambar.

"Alhamdulillah, dua tahun ya korang tunggu. Sebenarnya mama dan abah pun tertunggu jugak nak dapat cucu." Mama berkata.

"Huhu, sorry for the wait. Ini semua berkat doa korang semua. Congrats future grandma and grandpa!" Amirah berkata dengan ceria. Dari tadi, Fahri hanya tersenyum memerhatikan Amirah yang terang-terang mengeluarkan sinar kegembiraan itu.

"Saya bakal jadi auntie Amal yang sporting dan cute!" Amalia menjerit.

"Kau, Akmal?" Amirah bertanya.

"Nanti aku suruh anak korang panggil aku 'bro' je." Akmal berkata dengan lagak.

Mereka semua tergelak.

🌻

"Kau ni apahal? Dari tadi tersenyum. Kau nak cakap apa sebenarnya?" Irsyad dah tak boleh nak tahan sifat ingin tahu dia. Apalah yang kawan baik dia ni nak luahkan sebenarnya?

"Aku... Aku ada berita baik weh." Fahri memulakan cerita.

"Apa berita baik kau? Amirah dah ngandung ke?"

Fahri mengangguk perlahan.

"Alahai, cakaplah awal-awal. Ni duk tersengih-sengih dari tadi."

"Mestilah aku kena tersengih."

"Haah, betul jugak en. Kau ni nak jadi bapak dah, mestilah akan tersengih." Irsyad bersetuju.

Kemudian, a moment of silence sekejap antara dua orang sahabat itu.

"Sekejap, AMIRAH DAH NGANDUNG?" Kali ini barulah Irsyad sedar betapa gempaknya berita yang diberitahu Fahri tadi.

Fahri mengerutkan kening lalu mengangguk lagi. Bukan dah bagitahu ke tadi?

"Weh. Jap. Sekejap. Aku kena process." Irsyad memegang kepalanya. Wow wow wow! Tak percaya sahabat dia sejak tadika tu sekarang bakal jadi bapak orang!

"Boek lah kau, Dan! Tahniah, weh! Dua tahun ork korang tunggu?" Irsyad bertanya.

Fahri mengangguk lagi. Dua tahun. Sesetengah orang cakap itu masih awal, sesetengah akan cakap belum terlambat lagi. Tapi alhamdulillah bagi Fahri, dua tahun tu macam cun cun je. Hidup berdua dengan Amirah dalam pada itu sangat manis tetapi kalau bertambah orang dalam keluarga kecil mereka, confirm jadi lori gula tumpah!

"Nicelah, weh. Sinilah aku belanja kau hari ni. Nak sambut satu lagi pencapaian hidup kau. Ya Allah, apahal aku yang terharu?" Irsyad menyeka air mata yang mula bergenang.

Fahri tergelak, "Kau menangis ke?"

"Diamlah, bodoh. Aku tak percaya orang hipokrit macam kau ni dah nak jadi bapak dah."

"Hipokrit mende?"

"Kau jangan ingat aku dah lupa kata-kata kau waktu sekolah dulu. Kononnya nak single sampai mampus. Tengok sekarang? Umur belum 30 tapi dah nak ada anak sorang dah." Irsyad pula yang terlebih emosi.

Fahri hanya tergelak. Adoi, kelakar. Bukan ke dia yang patut menangis?

"Asyik kau je yang celebrate aku. Kau cepat sikit kahwin. Aku pulak nak celebrate kau." Fahri berkata.

"Kalau aku bagitahu siapa bakal isteri aku, confirm kau yang belasah aku dulu..." Irsyad menggumam.

"Hah?"

"Takde apalah. Balik rumah nanti kau sampaikan salam dan tahniah aku kat Mirah tau?"

Fahri mengangguk.

"Buat masa sekarang, kita enjoy zaman takde anak lagi. Manalah tahu lepas ada anak nanti kau tak ada masa dah nak lepak dengan aku."

"Nice." Fahri mengangkat ibu jari.

🌻

"Ibuuu~, bergenang air mataku." Amirah menyanyi sambil dia sedang video call dengan ibu sendiri.

Ibu tergelak. Dah biasa dengan perangai pelik anak perempuannya yang seorang ni.

"Mana ayah? Adib dan Aniq? Cepat-cepat kumpulkan semua orang." Amirah menyuruh.

"Kenapa?"

"Mirah ada important announcement."

Selepas semua dah berkumpul dalam satu frame telefon, Adib menjerit melalui alam maya, "Apa announcement kau?"

"Ehem ehem!" Amirah melegakan tekak. Fahri ada je di sebelah dia, menunggu dia merasmikan berita itu kepada keluarga mertua.

"Saya nak cakap, selamat datang bakal atuk, nenek dan pakcik-pakcik sekalian!" Amirah berkata.

Suasana di hujung talian kelihatan blur je semua. Kemudian Adib menepuk tangan, "Kau dah mengandung ke?"

Nasib baik ada yang boleh tangkap. Amirah mengangguk laju dengan senyuman bangga melekat di wajah.

"Subhanallah walhamdulillah walaailaahailallah wallahuakbar. Berapa bulan dah?" Ayah berzikir panjang memuji nama Tuhan.

Amirah tergelak kemudian mengangkat dua jari.

"Tak menyempat Kak Lipa kau nak beranak, tiba-tiba tambah lagi sorang cucu, ya? Alhamdulillah." Wajah berkedut ibu nampak berseri-seri.

"Alhamdulillah." Amirah bersetuju. Fahri mengangguk.

"Kak Mirah nanti namakan anak Kak Mirah 'Pogba'. Tu nama pemain bola favorite Aniq dan abang Fahri." Adik aku mencadang.

"Hei, kita mana tahu jantina dia lagi!"

"Apa salahnya nama perempuan 'Pogba'..."

"Pale hotak engko."

"Mirah jaga makan tau. Jangan kerja lebih-lebih. Kurang-kurangkanlah overtime kau tu. Kerja tak lari ke mana. Jaga kandungan elok-elok." Ibu memberi nasihat.

"Baik, ibu. Insha Allah hujung minggu nanti kitorang datang rumah."

Selepas berbual-bual lagi sehingga hampir sejam, call pun tamat dan kini Amirah dan Fahri ditinggalkan berdua lagi. Eh, bukan. Bertiga.

"Riri~, I love you!" Amirah tiba-tiba memeluk Fahri di sebelahnya sehingga terbaring kedua-dua manusia itu.

"Awak ni hati-hati la. Jangan kasar sangat. Takut dalam ni pening kepala." Fahri mengusap perut Amirah yang belum kembang lagi tapi akan kembang dalam beberapa bulan lagi.

"Hehe, sorry."

"Lepas ni saya belikan awak anggur hitam banyak-banyak. Orang cakap bagus untuk ibu mengandung."

"Orang mana cakap?"

"Saya search Google la..." Fahri menggumam.

Amirah tertawa, "Cis, awak dah search? Tak menyempat saya nak buat kajian dulu."

Fahri tersenyum kepada isterinya yang ceria itu, "Awak nak dipanggil apa?"

"Emm, mama kot? Ataupun umi! Dengar macam solehah gitu."

"Hahaha."

"Awak pulak, Ri?"

"Kalau awak mama, saya papa. Kalau awak umi... Saya... abi?" Fahri mengerutkan wajah.

"OMG hahaha tak sesuai langsung abi dengan awak!"

"Kalau macam tu saya nak dipanggil Darth Vader."

Amirah mencebik, "Awak ni pelik la."

"Nasib awaklah anak saya nanti ada bapak pelik camni."

"Ri, sebenarnya ni bukan anak awak."

"Huh?" Riak wajah Fahri mula berubah.

"Ni anak 'kita'!" Amirah membetulkan.

Fahri mengeluh lega. Ingat apa bendalah tadi. Dia memeluk Amirah erat seerat-eratnya sambil mencium kepalanya.

Inilah suami isteri bila dapat berita tentang kewujudan anak pertama. Excited dia kalah budak-budak ribena.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro