43 - hobi orang lelaki

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku termenung sambil memandang air keruh tasik itu.

Alahai, bosannya.

"Siapa suruh ikut? Ni hobi orang lelaki, memanglah kau akan bosan." Abang aku Adib membebel kat aku. Eee, umur dah 30 lebih tapi masih nak membebel kat adik sendiri.

Aku memuncungkan bibir.

"Hobi korang memang duduk takde buat apa untuk beberapa jam ke?" Aku tanya abang aku.

"Nak dapatkan sesuatu kena ada kesabaran. Kau ingat tak dulu kau sabar tunggu si Fahri ni lamar kau? Ha, macam tulah kitorang tunggu untuk dapatkan ikan."

Main cakap je. Mana ada aku tunggu Fahri lamar aku. Fahri ni ha yang tiba-tiba ajak kahwin padahal waktu tu aku tengah lepak dengan dia je. Tapi lepas tu dia cakap dia bergurau and then dia jauhkan diri dari aku. Pastu... Em, jap. Panjang pulak cerita dia. Tak cukup page.

"Apahal tetiba nak samakan memancing dengan kisah cinta aku?" Aku tanya Adib.

"Sebab ada persamaannya."

"OMG dengar tak tu, Fahri? Adib cakap awak ni ikan." Aku sengaja menyalah tafsirkan apa yang Adib cakap tadi.

Fahri hanya tersenyum. "Awak nak try baling joran ni tak?" Fahri tanya aku sambil memegang joran di tangan.

"Nak." Aku menjawab sambil mendekati dia. Dia menghulurkan joran ke tangan aku dan menunjukkan spot pada permukaan air yang patut aku aim ketika baling joran. Dia berada betul-betul di belakang aku tapi tangan dia berada di atas tangan aku sambil memandu tangan aku untuk baling joran.

"Benda tu pun nak kena ajar ke?" Adik aku Aniq pula cari pasal dengan aku.

"Benda basic macam ni aku pun tahu. Tapi ini namanya bonding bersama suami. Single people can't relate." Aku berkata sambil mencubit pipi Fahri.

Adib dan Aniq membalikkan mata. Ayah aku yang dari tadi senyap tergelak sedikit.

Tiba-tiba tali joran Fahri yang aku baling tadi bergerak seperti ditarik sesuatu.

"OMG, guys! Ada ikan!" Aku menjerit excited.

Aku pun pusingkan reel tu macam nak mati.

Bila dah berjaya tarik, aku menghalakan joran ke lantai dan kami semua memandang hasil yang aku dapat.

Seekor ikan kecik yang mampu dijadikan umpan bagi ikan lain.

Kau tak payah cakaplah. Abang dengan adik aku dah tergelak macam apa.

"Hahaha! Itu je kau dapat?" Adib berkata sambil tergelak.

"Kau diam. Jangan sampai aku jolok mulut kau dengan joran ni." Aku mengugut dia.

Aku memandang Fahri dan ternampak dia sedang tersenyum macam nak tahan gelak. Oh, kau.

Aku memuncungkan bibir, "Hmph, bukan ke memancing ni bergantung pada luck je?" Kata aku sambil membaling ikan hasil tangkapan aku tadi ke dalam tasik tu semula.

"Mana ada. Ikan besar nak makan umpan orang professional je." Adib berkata dengan lagak.

Ah, menyampahlah aku dengan dorang ni.

Beberapa jam selepas tu, ayah aku berjaya dapat 3 ekor ikan, Fahri dapat 2, Adib dapat 1 dan Aniq pun dapat 1.

"Orang pro memang selalu dapat sekor je ke ikan?" Aku mengusik Adib.

"Aku bagi tuah aku kat Fahri sikit." Dia berkata.

"Eleh. Kau dengki je. Dah tu kau nak cakap ayah pun dapat tuah dari kau ke?"

"Tak, ayah tu pro yang berpengalaman. Aku pro saja. Fahri tu hanya bertuah."

"Sudahlah kau. Dah noob tu noob jelah. Kan, Ri?" Aku memeluk tangan Fahri yang berada di sebelah aku.

"Hm." Fahri mengangguk sambil tersenyum.

"Tak ada konsep bertuah dalam Islam. Semuanya berlaku dengan ketentuan Tuhan." Aniq tiba-tiba berceramah.

Boh, sejak bila adik aku jadi ustaz?

🎣

Aku rasa macam déjà vu sekarang ni.

Minggu lepas aku termenung pandang tasik, tapi hari ini aku termenung pandang rumput hijau.

"Siapa suruh ikut? Ni hobi orang lelaki, memanglah kau akan bosan." Kata-kata Adib minggu lepas kini diulang oleh Akmal, adik ipar aku.

Kenapalah adik beradik lelaki aku semua perangai sebijik? Annoying. Nasib baik ada 3 ketul je. Kalau ada lebih, memang habis suara aku sebab bertekak dengan dorang je.

"Hmm." Aku malas nak melayan dia. Aku melihat ayah mertua sedang memegang kayu golf ready untuk memukul bola putih kecik.

Pap! Dan bola tu melayang jauh. Ooh, wow. Nice.

Aku menepuk tangan, "That's my father-in-law!" Aku menjerit. Ayah mertua tergelak.

Family Fahri ni elite sikit. Sikitlah. Jadi hobi dorang semua pun nampak high class.

Kali ini giliran Fahri pulak. Dia pukul dan bola tu melayang lagi jauh dari abah punya.

Aku menepuk tangan, "That's my—"

Fahri memandang aku sambil tersenyum. Aku tak sempat habiskan ayat aku sebab dia cute sangat.

"My man." Aku berkata dengan bangga.

"Amirah pergilah try." Abah mencadang.

Aku mengangguk lalu mengambil kayu golf dari tangan Fahri.

"Awak reti tak?" Fahri bertanya.

"Reti. Pukul bola ni je, kan?"

"Cara pegang kayu pun penting." Lalu dia ajar aku step-by-step camne nak pegang kayu golf dengan betul.

Selepas beberapa minit dia explain, aku tanya, "Dah boleh pukul?"

Dia mengangguk.

Aku menghayunkan kayu golf dan terus memandang padang luas tu. Tapi aku tak nampak pun bola aku pergi mana.

"Woi, kau tak sentuh pun bola kau." Akmal menegur.

Aku memandang bawah dan ternampak bola golf aku masih terletak cantik di atas lantai.

Aku cuba lagi dan masih miss.

"Hahaha! Ni macam kau try mengorat Aidan waktu sekolah dulu tapi selalu tak berkesan." Akmal tergelak.

Kenapa semua orang nak samakan kisah cinta aku dengan hobi orang lelaki?

Kalau ayah mertua aku tak ada, rasanya dah lama aku ketuk kepala Akmal ni dengan kayu golf.

Fahri tersenyum seperti menahan gelak. Grr.

Kemudian aku try lagi dan barulah kena.

Bola aku tak melayang jauh tapi aku bangga dengan first try aku main golf.

"Wuhuu!" Aku menjerit gembira lalu memandang Fahri. Dia menepuk lembut kepala aku beberapa kali. Tangan sebelahnya menunjukkan thumbs up.

Detik itu juga, perut aku berbunyi. Meminta untuk diisi. Aku rasa semua lelaki kat situ boleh dengar.

"Kau tak makan lunch lagi ke?" Akmal bertanya sambil tergelak.

Aku memuncungkan bibir, "Dah. Tapi, dah lapar balik. Mungkin sebab kayu golf berat sangat."

"Eee, mengada." Akmal mencebik.

"Mirah pergilah makan kat cafe." Abah mencadang dalam tawa.

"Huhu, OK." Aku menghulurkan kayu golf kepada Fahri, tetapi Fahri mengambil lalu menghulurkan kepada Akmal.

Eh?

"Awak tak nak sambung main ke?" Aku bertanya dia.

"Nak teman awak." Ringkas dia menjawab.

"Saya OK je makan sorang-sorang, awak pergilah main, Ri."

"Siapa nak bayar makanan Midoriya nanti?" Fahri masih insist.

"Pft, who? Nama dia Irene, OK?" Aku tergelak sambil mengusap perut aku yang berkandung itu.

"Kalau korang susah sangat nak pergi kafe, apa kata makan bola golf ni je? Nanti manalah tahu Mail boleh jadi Tiger Woods Jr." Akmal sudah meluat tengok scene mengada aku dengan Fahri.

"Siapa Mail?" Aku bertanya dia.

"Nama anak kau. Hahaha."

"OMG kau ni lagi selamba. Hmph, dahlah. Kita dating!" Aku menarik tangan Fahri lalu memeluknya, dengan tujuan untuk meluatkan lagi si Akmal.

"Cringe!" Akmal menjerit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro