6 - outstation

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Saya outstation 3 hari start lusa."

Fahri berhenti memasukkan makanan ke dalam mulut seraya mendengar ayat aku tadi. Dia memandang aku buat beberapa saat kemudian sambung makan sambil berkata, "em."

"Site visit kat Temerloh." Aku memberitahu dia detail tentang outstation aku.

Dia angguk.

"Mungkin hari Jumaat tu saya boleh balik awal." Aku menyambung.

Angguk lagi.

Aku tergelak, "Jangan rindu saya tau!"

"Hmm."

💼

"Honeyyyy, I don't wanna leave youuuuuu." Aku merengek dalam pelukan dia. Kami hanya sedang mengucapkan selamat tinggal sebelum aku berangkat ke Temerloh untuk kerja aku.

"Kalau camtu takyah pergi." Fahri berkata.

Aku mengangkat muka untuk melihat muka dia lalu tersenyum, "awak tak nak saya pergi?"

Fahri menggeleng.

"OK kalau camtu saya berangkat dulu." Aku meleraikan pelukan dan buat-buat seperti aku mahu keluar rumah bersama bagasi aku yang besar.

Balasannya, kedua-dua pipi aku kena cubit dengan Fahri sebab aku main-main dengan dia.

"Ouchh, sorry sorry!" Aku merayu Fahri untuk lepaskan cubitan dia yang pedih tu. Aku mengusap pipi aku sambil mencebik.

"Cepat balik." Fahri memberi pesanan ringkas.

"Itu je pesanan awak?"

Dia mengangguk. Aku melihat dia tolong mengangkat beg aku untuk dimasukkan ke dalam kereta. Aku pula segera menghidupkan enjin kereta.

Sebelum aku masuk kereta aku berpaling kepada dia, "jangan lupa angkat call saya."

Angguk.

"Eh tak naklah, kalini saya nak awak yang call saya. Tiga kali sehari. Satu waktu pagi, satu waktu tengahari atau petang, satu lagi waktu malam sebelum saya tidur. OK?" Aku bergurau dengan dia. Aku tahu dia tak akan buat benda ni sebab dia tak banyak cakap pun kalau aku call. Dia lagi suka bermesej.

Senyuman terukir di bibir Fahri. "OK." Jawabnya ringkas lalu mendekati aku, kedua-dua tangannya menyentuh pipi aku lembut.

Mata kami bertentang sebentar lalu dia menyentuh bibir aku dengan bibirnya serta-merta membuat aku terpaku dengan tindakan dia tu. Jantung aku berdegup kencang. Kucupannya lembut dan aku boleh rasa sedikit susu strawberi yang dia minum pagi tadi.

Beberapa saat selepas dia kiss aku, Fahri mencium dahi aku pula lalu menjauhkan mukanya dari aku dan berdiri seperti biasa. Dia membetulkan tali leher yang telah aku simpulkan untuk dia kemudian berkata, "Bye."

Aku tergelak lalu aku memeluk dia seerat yang mungkin kemudian melepaskan, "ish dahlah tu. Bye assalamualaikum i love you." Aku menyalam tangan dia dan mencium pipi dia.

Aku mengundurkan kereta dari halaman rumah sambil melambai Fahri. Selepas beberapa minit aku drive ke Temerloh, aku mendapat mesej dari Fahri.

Semasa di lampu isyarat merah aku sempat membaca 'surat cinta' yang dikirimnya itu,

Elok-elok drive, jgn lupa baca doa. Jangan keluar sorang-sorang waktu malam. Solat jamak dan qasar tau. Makan 3 kali atau lebih sehari. Duit belanja saya bagi awak cukup, kan? Kalau tak cukup bagitau saya nanti saya bank in. Jangan cakap dengan org tak kenal. Jgn menggatal dgn org lain. Kerja betul-betul jangan fikir pasal saya je. Please take care. Balik cepat. Okbye.

Inilah namanya orang introvert. Pesanan yang dia bagi pagi tadi sangatlah pendek kalau nak dibandingkan dengan mesej ni. Aku boleh bayangkan betapa mendatarnya muka dia bila dia tulis mesej ni.

Aku tergelak membaca mesej tu lalu membalas,

Noted baby😆😚❤️ awak nak saya bawak balik souvenir apa2 ke

saya nak awak balik rumah dengan selamat

hihi baiklah

💼

3dayslater

Akhirnya aku sampai rumah. Perjalanan dari Temerloh ke rumah aku mengambil masa 3 jam. 3 jam kebosanan, kepenatan dan kesunyian.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam seraya memasuki rumah. Masuk-masuk je aku dah nampak Fahri tengah main game kat komputer. Perangai tak serupa umur betul.

Apabila mendengar salam aku Fahri menghentikan gamenya dan menoleh ke arah aku dengan riak wajah yang terkejut. Wah, ni first time dia pause game sebab aku balik rumah. Rindu sangat ke tu?

Dia menanggalkan headphonenya dan berjalan menuju aku lalu mengambil beg dari tanganku. Beg itu diletakkan ke tepi lalu dia berpaling ke arah aku. Kesunyian melanda selama beberapa saat, dalam waktu itu Fahri hanya memandangku.

"Em hai?" Aku memecah kesunyian.

Fahri mencubit pipi aku.

"Adoi, sakitlah. Itu ke cara awak welcome saya selepas 3 hari ni?" Aku berkata dalam nada rajuk.

Fahri tergelak, "nak pastikan ni betul-betul awak. Selamat pulang, lama saya tunggu." Dia memeluk aku erat sampai aku rasa tulang belakang aku macam nak patah. Selepas itu dia mencekup kedua-dua pipi aku lalu mencium dahi aku seperti biasa.

"By the way, hai." Fahri tersengih.

Aku tergelak. Hah, baru first time aku outstation selepas kami berkahwin, dia dah rindu aku sampai camni? Ohh tak sabarnya aku nak outstation lagi. Teringin jugak aku nak tengok suami aku macam ni selalu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro