63 - midnight

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata dibuka, bilik masih gelap. Jam menunjukkan pukul 2:15 pagi.

2 pagi? Fahri menoleh sebelah kanannya dan ternampak anaknya pun sudah terjaga. Tapi behave pulak dia, tak menangis mintak susu. Amirah masih lena dibuai mimpi.

Anaknya itu didukungnya kemudian dibawa ke luar bilik dengan senyap lalu didudukkan di atas sofa, kemudian Fahri menunjuk kedua-dua tangannya ke arah Zennirah dan bertanya, "Kanan PS5, kiri PC. Cepat, Zenni-chan. Pilihkan untuk ayah."

Dengan clueless-nya, Zennirah mencapai tangan kanan Fahri lalu menghisap jari ayahnya. Fahri tersenyum puas. Best jugak ada anak. Senang buat keputusan.

Sebelum mula permainannya, Fahri terlebih dahulu menukar lampin anaknya. Benda ni memang dibuat bergilir-gilir dengan Amirah. Kalau Amirah buat sorang mahu membebel je kerja dia.

.

.

.

Semestinya, harapan Fahri untuk main game dengan tenang tak dapat dikecapi. Selalu sahaja controller PS5 cuba dicapai Zennirah.

"Takleh la, Zenni-chan. Ni papa punya." Fahri selesa bercakap banyak dengan anak dia sebab dia tahu anak dia tak faham mende dan takkan balas pun. Rasa macam cakap dengan diri sendiri cuma lagi memuaskan.

Macam-macam alat permainan cuba diberi Zennirah tapi controller dalam tangan Fahri juga yang dimahunya. Dah bagi controller lagi satu, tetap tak menjadi.

Fahri mengeluh. Dia ternampak remote TV lalu cuba untuk distract Zennirah dengan benda tu.

.

.

.

Remote TV menang. Fahri tersenyum puas sebab dia dapat main dengan tenang sekarang.

Suasana tegang dalam game, fokus Fahri takleh bawak bincang. Dia memang tahu dia nak menang dah,

Sebelum kaca TV-nya bertukar hitam.

Mata Fahri dibesarkan. Tangannya yang giat tu terus terhenti. Satu pandangan diberikan kepada anaknya yang tanpa rasa bersalah sedang menggigit remote TV. Zennirah secara tak sengaja telah menutup TV dengan giginya.

"Zenni-chaaaaaaaaaaaaaaaan." Fahri merengek. Rasa geram yang amat tapi dia hanya mampu mengeluh.

Apabila ternampak ayahnya sudah terlentang di atas lantai sambil mempersoalkan erti hidup, Zennirah mengetepikan remote TV tadi lalu merangkak ke arah controller PS5 ayahnya di atas lantai.

Fahri perhati saja gelagat anaknya itu. Innocent betul.

Zennirah tidak mempedulikan ayahnya namun Fahri terus perhatikan dia. Bila fikir balik, bukan salah anaknya pun. Fahri sendiri yang bagi remote tu kat anak dia.

Betullah orang cakap, perempuan mana pernah salah.

Fahri tergelak. Dia lupakan hasrat untuk teruskan game dan memilih untuk bermain dengan anak dia.

Pintu bilik tidur berbunyi, dan Amirah dengan mata separuh buka mengerutkan mukanya dek lampu ruang tamu yang terang.

"Jennie taknak susu ke?" Tanya Amirah.

"Dia tak menangis pun."

"Hm, pelik." Amirah menuju ke dapur untuk minum air kemudian kembali ke pangkuan suami dan anak.

"Yang awak terbongkang kat sini bakpe?" Tanya Amirah kepada Fahri yang sedang terbaring di atas lantai.

"Saya ada cerita sedih."

"Apa?"

"Panjang ceritanya."

Amirah membalikkan mata lalu dia mendukung Zennirah dan duduk di sofa. Dia memberi susu kepada anaknya dan bertanya Fahri lagi, "Apa cerita sedih awak?"

Fahri terduduk dari pembaringan, "Zenni tutup TV waktu saya tengah lawan boss." Dia mula mengadu.

Amirah tergelak. Panjang betul cerita dia. "Camne dia boleh tutup?"

"Saya bagi dia main remote."

"Oh, dah tu salah siapa sekarang?"

Fahri terdiam. Dia mengadu tapi macam tak dapat simpati je.

Amirah ketawa lagi melihat suaminya itu, "Ha, mainlah sekarang. Kan dah takde gangguan dah?"

Fahri pandang wajah isterinya lama, kemudian terfikir, ya tak ya jugak.

Dia mengambil tisu untuk mengelap controllernya yang dibasahi air liur Zennirah itu. Semangatnya kembali berkobar-kobar. Kali ni dia akan menang.

.

.

.

Loading...

Lepas dah menang lawan boss tadi, Fahri tukar game pulak. Sambil tunggu loading, dia pandang ke arah anaknya yang sudah terlena atas riba Amirah.

Dulu waktu hidup berdua, riba Amirah tempat landing paling best Fahri waktu main game. Sekarang riba Amirah bukan dia punya sorang. Terpaksa berkongsi.

"Riri, cantik gambar ni." Amirah menunjukkan satu gambar dari phone kepada Fahri. Gambar dia kat pantai.

Fahri mengangguk bersetuju. Tapi, macam ada tak kena. Gambar tu... Bukan ke dalam koleksi gambar Amirah yang dia tangkap?

"Jap, itu phone saya ke?" Soal Fahri.

Amirah mengangguk tanpa rasa bersalah, "Awak baru perasan ke?"

"Kenapa main phone saya?"

"Phone saya dalam bilik, malas nak ambik. Saya main phone awak jelah."

Fahri tak percaya dengan sikap sambil lewa perempuan tu. Sebenarnya dia takdelah kisah sangat tapi malu sikitlah Amirah nampak album dalam gallery yang penuh dengan gambar Amirah.

"Kalau ya pun, mainlah game ke apa ke. Tengok gallery buat apa." Fahri menggumam.

"Awak malu je kan yang awak ada album gambar saya? Haish, jangan risau, Ri. Saya ada jugak. 10 album pasal awak."

Fahri membesarkan mata. "Ye dok?"

"Ye ah. Nak tengok?"

"Tak nak. Takde kerjalah tengok gambar sendiri. Saya nak main game."

"Urgh." Amirah membalikkan mata lalu dia bangun dari sofa sambil mendukung Zennirah.

"Nak pergi mana?" Fahri bertanya dalam nada sedih.

"Nak sambung tidur ah. Sekarang baru kul 3 pagi."

Fahri muncung sikit. Lah, nak orang teman ke?

Amirah tersenyum nakal. Sebenarnya dia nak baringkan Zennirah atas katil dan ambik phone je. Dia keluar semula dari bilik dan duduk di sebelah Fahri.

Satu pandangan kosong Fahri berikan kepada isterinya, "Awak buat mende kat sini? Kata nak tidur?"

"Kalau awak tak nak saya ada kat sini, saya masuk bi—"

"Nak, nak. Duduk kat sini dengan saya." Fahri memotong cakap Amirah sebelum sempat Amirah berdiri. Selepas beberapa saat diam, Fahri bertanya, "Tapi takpe ke? Awak tak mengantuk ke?"

"Takpe."

Fahri mengangguk. "Jom main sekali, Mir." Fahri dengan excited mengambil controller lagi satu untuk beri kepada isterinya.

Amirah turut saja permintaan Fahri. Sebelum game bermula, Amirah menepuk ribanya kepada Fahri supaya Fahri meletakkan kepala di atas ribanya. Dia tahu tu position kegemaran Fahri waktu main game.

Maka Fahri pun baring dengan gembiranya, "Camnelah ramai anak nanti. Saya kena berebut ke untuk baring kat riba awak?" Dia menggumam.

"Ha?"

"Takde pape. Awak nak pilih character mana?" Terus ditukar topik.

"Awak pilih dulu, Ri."

"Saya pilih yang noob je. Kasi chance awak menang."

"Omo, awak pandang rendah kat saya ke? Kalau awak guna character OP pun saya boleh kalahkan tau." Kata Amirah dengan yakin.

"Pft." Fahri tergelak dengan keyakinan isterinya itu sebab dia tahu itu tak betul. Sembang kencang je.

"Kenapa awak gelak?"

"Takde pape. Nak start dah. Good luck, Mir."

"Yas, I go up, and you don't."

"Pft." Fahri tergelak lagi. Confident dia lain macam.

"Ha, gelaklah awak, Ri. Nanti tengok siapa yang akan gelak lepas saya menang."

Dan kemudian dorang main game sampai subuh.

🍒

author:

haritu saya ada tengok video jay enhypen main game pastu member dia tertutup tv.

maka terhasillah chapter ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro