70 - asmara

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

author:
nak bagi warning. ada unsur veeery light 18sx, so only proceed if you are 18+ and are comfortable with this type of content.

innocent minds boleh skip chapter ni

🍒

Setelah seharian mereka berjalan, Amirah dan Fahri membuat keputusan untuk lepak dalam bilik je pada malam terakhir mereka di Terengganu.

"3 hari sekejap sangatlah." Amirah menyelesakan diri di atas katil. Kedua-dua dia dengan Fahri sudah siap makan dan mandi. Sekarang rasa macam nak tengok movie.

"Mm, next time kita pergi bercuti seminggu." Gumam Fahri.

"Dengan Zennirah."

"Mm." Fahri mengangguk sambil tersenyum. Dia mengunci pandangan mata dengan isterinya. "Tak penat ke, Mirah?"

"Hm? Penatlah jugak. Tapi tak mengantuk lagi." Amirah menukar saluran di kaca TV, mencari cerita yang menarik.

"Tutuplah TV. Bosan."

"Ha? Awak nak tidur dah ke?" Walaupun tertanya-tanya, Amirah akur dengan suaminya. TV ditutup dengan remote sebab memang takde cerita best pun. Lampu dalam bilik dimalapkan.

Fahri memeluk Amirah sambil mukanya ditanam di leher isterinya itu, "Mmm, tak nak tidur..." Dia berkata, kurang jelas.

Amirah tergelak. Kepala suaminya diusap. Selepas beberapa detik, Amirah menolak badan suaminya dengan lembut, membaringkan dia secara terlentang. Kemudian Amirah menindih badan Fahri dengan melutut di atas katil. Pendingin hawa yang mengeluarkan udara sejuk itu membuatkan Amirah memasukkan tangan ke dalam T-shirt lengan pendek Fahri.

"Fahri, so warm~" Amirah menyandar ke depan sambil menikmati kehangatan badan Fahri. Fahri mencekup lembut kedua-dua pipi Amirah untuk menemukan bibir mereka buat beberapa saat.

Baru sahaja tangan Fahri mahu menyusup ke dalam baju Amirah, tiba-tiba telefon dia berdering lagi.

Daripada baring, terus terduduk Fahri dibuatnya dek terkejut dengan phone sendiri. Secara automatik Amirah juga terduduk dalam dakapan Fahri.

"Ergh..." Fahri mendengus kasar apabila ternampak nama client lagi pada skrin telefon.

"Ri, takyah jawablah." Amirah menghasut.

Fahri berfikir sejenak. Dia mengeluh kemudian berkata kepada Amirah, "Jap." Panggilan itu diangkat.

Amirah berasa kecewa sedikit dengan tindakan Fahri itu sebelum dia terdengar Fahri berkata ke dalam telefon, "Tuan, saya ada kat Terengganu sekarang. Any work-related matters saya sudi bincang Isnin nanti."

Amirah terjegil sambil mengangkat kening. Wow, tak sangka Fahri akan cakap macam tu kat client.

Selepas client tu bercakap beberapa saat, Fahri membalas lagi, "Maaf ya, tuan. We keep it professional, boleh? No discussions on weekends."

Lama sikit kemudian barulah tamat panggilan antara Fahri dan client tak ada common sense tu. Dahlah call waktu weekend, call waktu malam pulak tu. Dia pikir dia member ke?

"Amazing, Riri." Amirah menepuk tangan. "Dia cakap apa?"

Fahri mengeluarkan keluhan berat. Dia pun tak sangka dia cakap camtu, satu achievement yang agak besar ye untuk lawan cakap client. Fahri meletakkan wajahnya di bahu Amirah sambil tangannya dilingkarkan di pinggang Amirah, "Mmm, dia mintak maaf jugak."

"Wow, baguslah~" Amirah menepuk-nepuk belakang suaminya.

"Hm."

Kemudian kesunyian melanda.

"Um, jadi... Awak nak tidur ke?" Amirah menghilangkan suasana kekok.

"Hm?"

Kali ni keluhan pula dikeluarkan, "Awak dah hilang mood, kan? Kurang ajar punya client."

Fahri menjauhkan wajahnya dari badan Amirah. Dia memandang isteri lalu mengusap pipinya, "Mana ada saya hilang mood."

Mata Amirah bersinar-sinar, "Yeke?" Dia melingkarkan jarinya dengan jari jemari Fahri.

Fahri mengangguk kemudian dia membaringkan Amirah, kali ini dia pula berada di atas Amirah. T-shirt hitamnya ditanggal dari badan, "Bila saya geram, Amirah, lagilah saya rasa ada mood."

"Oh, wow~" Tangan Amirah menyentuh dada Fahri yang terdedah, niat mahu merasa debaran jantung dia. Fahri kemudian menyematkan tangan isterinya itu ke atas katil lalu digenggam erat.

"Cantiklah awak, Amirah." Sempat Fahri memuji isterinya. Pujian yang datang ikhlas dari hati. Bibir mereka bersentuhan lagi. Degupan jantung Fahri tadi mungkin berdegup serentak dengan Amirah punya jantung sekarang.

Malam masih muda.

.

.

.

Dorang takde buat apa pun. Cuddle je.

🍒

Bilik yang gelap dan senyap itu dimeriahkan dengan deringan telefon Fahri lagi. Siapa pulak kali ni?

Fahri memaksa matanya untuk bukak lalu dengan struggle-nya dia membaca nama di skrin telefon.

Incoming video call from Amalia

Fahri menjawab panggilan dari adiknya itu. Terkejut Amalia melihat suasana dalam kamera abangnya sangat gelap.

"Aik, awal betul abang tidur?" Amalia melihat jam baru pukul 11 malam.

"Um, jap." Fahri minum air dari botol untuk melegakan tekak yang dahaga. Dia membuka lampu untuk mencari baju yang ditanggal tadi, tapi tak jumpa. Biarlah. Adik dia pun dah biasa tengok dia tak berbaju.

"Mana Zennirah?" Tanya Fahri kepada adiknya.

"Ta-da!" Amalia menghalakan kamera kepada Zennirah yang sedang bermain dengan mainan haiwan.

Fahri tersenyum riang, "Dia tak nak tidur ke?"

"Nanti Amal tidurkan dia. Nak bagi dia tengok muka mak pak dia dulu."

"Nyaa!" Zennirah berbunyi.

Terdengar bunyi anak sendiri, Amirah yang sedang terlena di sisi Fahri terus terbangun dari tidur, "Nak tengok Jennie." Dia berkata.

Apabila Amirah bangun barulah Fahri ternampak baju hitamnya berada di bawah Amirah. "Pakai baju dulu." Fahri menyuruh Amirah menyarungkan baju T-shirt miliknya dalam keadaan membisik.

Seusai itu, Amirah terus memunculkan diri dalam kamera Fahri, "Hello, sayang!" Suaranya serak akibat baru bangun tidur. Fahri menghulurkan botol air kepada isterinya.

Amalia tergelak melihat gelagat kakak iparnya. Macam-macam mereka bualkan dalam panggilan tu, kebanyakannya tentang Zennirah.

"OK byeeeeeeee, kalau dia tak nak tidur cakap tauu! Bagi dia tengok Dino ABC. Thank you, Amal~" Kata Amirah sebelum menamatkan panggilan. Sepanjang video call tadi Zennirah macam enggan pandang wajah ibu bapa dia. Merajuk, mungkin.

Selepas panggilan tamat, Amalia termenung sekejap. Abangnya yang tidak berbaju dan kakak iparnya yang memakai baju oversize abang dia itu sangat mencurigakan.

Amalia menampar lembut pipinya. Pergilah hilang fikiran pelik-pelik.

Dia memandang anak buahnya lalu tersenyum, "Tak lama lagi Zenni akan ada adik, heheh."

🍒

Pelik Fahri melihat Amirah seperti sedang mencari-cari sesuatu di sisi katil bilik hotel mereka. Apa yang dicarinya entah.

"Awak kenapa?" Fahri bertanya.

"Huh?"

Fahri diam.

"Saya kenapa? Mana ada apa-apa." Amirah menipu.

Memang taklah Fahri nak percaya. Dia tenung je isteri dia. Tajam sangat dia tenung sampai Amirah duduk di antara dua sujud di hadapan Fahri sambil menundukkan pandangan, "Cincin saya hilang..." Dia berkata dengan perlahan.

Fahri mengerutkan kening. Elok je dia tengok cincin kahwin mereka tersarung cantik di jari Amirah. "Kat tangan awak tu mende?"

"Ini cincin kahwin..."

"Dah tu?"

"Cincin birthday... Yang awak bagi waktu birthday saya tu. Yang ada nama awak tu. Hilang." Amirah mengadu, meminta simpati.

"Oh."

"Oh? OH?!" Amirah mengangkat wajahnya mendongak kepada Fahri.

"Oppareul saranghae." Fahri bergurau dengan poker face dia.

"Uhuu, Fahri tu agak kelakar but not in this situation! 'Oh' je awak punya reaction? Saya terhilangkan cincin yang awak bagi! Awak tak marah ke?" Amirah tidak percaya dengan apa yang dia nampak.

"Camne boleh hilang?"

"Awak tak perasan kot. Saya tanggalkan sebab saya takut diamond dia buat kulit awak calar."

"Awak tanggal waktu bila?"

"Waktu... Waktu tulah. Ha."

"Ha?"

"Fahri, faham-faham jelah."

Fahri tersenyum nakal. Saja dia nak usik Amirah lagi, "Waktu bila, Mirah? Mungkin saya boleh ingat balik saya ada nampak ke tak."

"Ish, sebelum kita tidur. Pastu kita terbangun sebab Amalia call."

"Sebelum kita tidur kita buat apa?"

"Fahri! Cincin saya hilang!" Amirah menukar topik.

Fahri tergelak, "Awak letak mana?"

"Atas meja tu." Amirah menuding ke arah meja di sisi katil.

"Kalau camtu mesti ada je dalam bilik ni." Fahri memujuk.

"Kalau saya tak jumpa, camne?"

"Saya belikan baru."

Wajah Amirah berseri-seri, "Serious ah?"

"Tipu je. Cari sampai jumpa." Fahri mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Amirah mencebik. Dia pun meneruskan misi mencari cincin birthday yang Fahri bagi kat dia waktu chapter 35.

Sedang Fahri memicit ubat gigi ke atas berus gigi, dia terdengar Amirah bersorak gembira di luar bilik air. Dah jumpalah tu.

Dalam pantulan cermin, Fahri memandang pintu bilik air yang tidak berkunci tu. Dia dapat agak apa yang akan datang.

Pintu bilik air terbuka luas, Amirah memunculkan mukanya ke dalam bilik air. Sambil dia menunjukkan cincin birthday pada tangan, dia menjerit, "Fahri, saya dah jumpa!!!"

"Tahniah. Sekarang, keluar."

"Hehe." Amirah baru saja nak keluar, entah macam mana cincin tu boleh tercicir dari tangannya. Lalu cincin itu pun berguling di atas lantai bilik air yang basah tu.

"No!" Akibat tindakan refleks, Amirah terus melangkah masuk ke dalam bilik air tu dengan tidak berhati-hati.

Dia tergelincir dan hampir terjatuh. Nasib baik Fahri sempat menangkapnya, dengan berus giginya yang masih ada dalam mulut.

Selepas dia menolong Amirah berdiri dengan stabil, dia mengeluarkan berus gigi dari mulut lalu meludah segala benda dalam mulut ke dalam singki. Dia berpaling kepada Amirah, "Awak ni elok-elok sikit takleh ke?" Ditinggikan sedikit suaranya.

"Sorry, Fahri." Amirah mencebik. Tangannya dibawa bersama, menunjukkan rasa bersalah.

Fahri mengeluh, cincin dalam tangannya dibasuh dengan air. Dia juga membawa tangan Amirah ke singki untuk dibasuh. Selesai itu, dia menyarungkan cincin tersebut ke jari hantu Amirah.

Tak romantik langsung sarung cincin dalam bilik air.

"Um, jangan hilangkan dah." Fahri menghilangkan tegangan antara mereka berdua.

"OK, sorry tau." Amirah meminta maaf lagi sekali.

Fahri mengangguk, "Lepasni awak takyah kisah dahlah pasal cincin tu tercalar kulit saya. Takde beza dengan apa yang awak buat kat belakang leher saya."

Amirah mengerutkan kening. Dia melihat belakang leher Fahri dan terkejut apabila ternampak kesan merah dari cakaran kuku.

Amirah ternganga, "Oh my God, I did that?!"

Fahri mengangguk sambil memicit lagi ubat gigi ke atas berus gigi buat kali kedua.

"Oh no, sakit ke?" Amirah mengusap kesan calar itu.

Fahri menggeleng. Pedih sikit je.

"Sorry, Fahri! Oh my God! Nanti saya sapu aloe vera."

"Hm." Balas Fahri sambil gosok gigi.

"Sorry, tau!"

"Ye, pergi keluar."

"OK OK." Amirah keluar dari bilik air. Sebelum dia menutup pintu dia menoleh semula ke arah Fahri, "I love you, Fahri! Nanti saya belanja coconut shake." Kemudian dia menutup pintu.

Fahri tergelak. Random betul.

🍒

i know you get the feels

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro