73 - pillow talk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lepas saya ajak awak kahwin, Mir, saya rasa menyesal."

Aku yang sedang mengibas tilam katil menggunakan bantal itu, terus membaling bantal ke arah muka Fahri.

"Jap, dengar dulu ceritanya." Fahri cuba membela diri lepas kena hempuk.

"Ha, apa dia?" Aku menyelesakan diri atas katil.

"Sinilah." Dia menggamitkan jari, menyuruh aku untuk rapatkan saf.

Aku pun turut saja. Rapat punya rapat, akhirnya dia mengunci aku dalam pelukannya.

Sempat dia menghidu rambut aku, "Awak tukar shampoo?"

"Wow, camne awak tahu?"

"Hilang dah bau strawberry."

"Ish, shampoo strawberry tu buat rambut saya gugur je."

"Hm." Dia mengemaskan rambut aku lalu menepuk kepala aku beberapa kali.

"Sayang!!!" Aku memanggil dia geram.

"Apa?"

"Kata nak cerita. Saya tumbuk awak kang."

Fahri tergelak kecil, "Ha, ye." Dia melegakan tekak, "Lepas saya confess kat awak en, saya rasa menyesal."

"Hmph, OK, sebab apa?" Aku menjeling dia dalam kegelapan malam.

"Saya rasa macam saya dah hilang banyak benda."

"Ish, awak—!"

"Shh, diam. Dengar dulu." Fahri memotong cakap aku.

"Urgh, awak cerita macam nak cari gaduh dengan saya."

"Mana ada."

"Ish, apa contoh benda yang awak hilang tu?" Perasaan ingin tahu aku membuak.

"Freedom."

"Ceh, awak cakap macam awak ni perempuan. Perempuan yang selalu hilang freedom selepas kahwin, tahu?"

"Awak rasa terkongkong ke dengan saya, Mirah?"

"Tak pun." Aku membenamkan wajah pada dada dia. "Sambung." Aku menggumam.

"Awak pun tahu, kan? Saya suka berseorangan."

"Tahu." Aku menjawab. Sebelum dan selepas kahwin, dia tak pernah gagal untuk mencari masa berseorangan dengan diri dia.

"Saya tak pernah terfikir nak kahwin."

"Tahu." Irsyad pernah bagitahu. Last-last, dia orang first kahwin dalam kelas dia.

"Saya tak suka pegang banyak tanggungjawab dan amanah. Saya rasa macam saya bukan diri saya bila awak muncul." Fahri pun sambung.

"Hm, awak rasa macam awak buat keputusan salah ke lepas awak cakap awak akan kahwin dengan saya?"

"Agaklah."

Terasa tu adalah sikit. Jadi aku cubit pinggang dia.

"Ow." Dia berkata kosong. "Tapi, Mirah."

"Hm?"

"Orang cakap kadang-kadang kita akan rasa sedih lepas buat keputusan yang betul." Fahri berkata.

"Omo." Aku mula tersengih.

"Decision tu saya buat lepas saya solat istikharah, tahu? Decision tu saya buat sebab mama nasihat, tahu?" Fahri mengusap kepala aku. Hamboi, kemain berani cakap camni sebab aku tak pandang dia.

Aku tersenyum, "Jadi?"

"Jadi..."

Lama jugak aku tunggu jawapan dia. Penat menunggu, aku habiskan ayat dia, "Marrying me was the right choice?"

"Hm." Dia mengiyakan.

"Samalah, Rir." Aku memeluk dia erat.

"Yeke? Awak tak pernah rasa menyesal ke awak kahwin dengan saya?" Soal Fahri.

Aku berfikir sejenak, "Pernahlah jugak. Kadang-kadang bila saya tanya soalan, pastu awak tak jawab, saya rasa nak lempang awak."

"Uish, lagi?"

"Kadang-kadang bila awak ignore saya sebab awak main game, saya rasa nak hancurkan skrin komputer dan TV."

"Wow." Fahri tergamam, "Um, lagi?" Dia pulak rasa curious.

"Itu je kot. Kadang-kadang je saya terfikir, 'kenapa aku kahwin dengan laki ni?'. Pastu saya jawab, 'aku sendiri yang terhegeh kat dia, jadi salah akulah'." Aku berkata dengan jujurnya.

"Bye." Fahri menolak aku lembut.

Tapi aku pegang dia erat, "Jangan pergi!" Dia peluk aku semula, "Dengar ni! 99% of the time, saya bersyukur awak husband saya! Saya tak nak kahwin dengan orang lain! Saya tak pernah bayang saya kahwin dengan orang lain. I love you so—"

"Dah dah." Fahri mendiamkan aku. "Samalah dengan saya, Amirah." Fahri berkata.

"Apa yang sama?"

Fahri membenamkan kepala aku pada dada dia, tak ingin aku pandang wajah dia. "Saya bersyukur awak waifu saya." Dia menggumam.

"Yeke? Walaupun masa berseorangan awak dah hilang?"

"Hmmmmmmmm, menyesallah sikit. Tapi peliklah."

"Apa yang pelik?"

"Walaupun saya suka sorang-sorang dan saya tak suka crowded place, tapi saya nak ahli keluarga kita bertambah."

"Geheheheh, tu maksudnya awak suka sangat kat saya, Ri."

"Bukanlah. Tu maksudnya saya sayang sangat kat Zennirah."

Aku membalikkan mata. Kemudian kami berdua diam. Hanya dengan kesepian yang berlalu itu, kami berdua tidur.

🍫

Fahri terbangun dari tidur dan mendapati yang sebelahnya kosong. Dia mencari-cari kelibat manusia yang sepatutnya berada di sebelah dia itu, dan ternampak manusia tersebut sedang berdandan di hadapan meja solek. Melakukan skincare routine nampaknya.

Fahri melihat skrin phone untuk melihat jam. 9 pagi, hari Sabtu. Siapa je kat dalam dunia ni yang mandi pukul 9 pagi hari Sabtu? Takde kerja ke si Mirah ni?

Sebenarnya Fahri pun pelik camne dia boleh terbangun seawal ini. Selalunya kalau dia tidur lepas Subuh confirm akan bangun semula paling awal pukul 12 tengahari.

Dia membuat keputusan untuk tidur semula, tapi sebelum tu dia nak buat sesuatu. Dia dengan berat hatinya bangun dari katil sambil menyelubungi diri dengan selimut tebal. Dia berjalan dan berhenti di belakang Amirah, lalu—

"Ahhh!" Amirah menjerit apabila dia tiba-tiba diperangkap ke dalam selimut lalu diangkat dan dihempas ke atas katil bersama penculik tu.

Walaupun diculik sebegitu rupa, Amirah tak bergelut. Sebaliknya dia mengemaskan pelukan Fahri pada pinggangnya, "Kenapa dengan awak, Fahri?"

"Awal sangat awak bangun."

"Awal apa benda? Dah pukul 9 oi! Lepaskan saya, saya nak masak breakfast!"

"Saya tak lapar."

"Saya lapar. Now, please." Amirah cuba meleraikan pelukan.

"Hmm." Fahri membantah dengan memeluk isterinya lagi kuat.

"Urgh." Amirah mengeluh. Dia diam beberapa saat, mengumpan Fahri kononnya dia tidur sekali bersama Fahri. Bila Fahri dah betul-betul tidur, dia ciao.

Amirah sangka pelukan yang semakin lemah itu ialah peluang dia untuk bebas, jadi dengan perlahan dia mengangkat—

"Nak pergi mana?" Soalan Fahri mengejutkan Amirah.

"Rirs, I want to eat." Amirah berterus-terang.

"Awak kena culik, kan? Awak ingat senang-senang saya nak bebaskan awak?"

Amirah membalikkan mata, "Urgh, fine. Berapa wang tebusan?"

"Sejuta."

"Sejuta sen?"

"Sejuta dollar."

"OK, selain duit, apa boleh saya buat untuk bebas?"

"Awak kena baring dengan saya sampai pukul 12."

"If you say so." Amirah menyelesakan diri di atas katil.

Fahri mula hairan, "Senang camtu je?"

"Dah tu kalau saya bantah macamlah awak nak dengar." Amirah mula membebel.

Fahri tergelak, "Cuba awak try bantah." Dia suka tengok isterinya versi garang.

Amirah menjeling Fahri, lalu dia berkata, "Fahri, kalau awak ikut saya makan breakfast, saya cium awak sepanjang hari."

"Pft. Wow, bestnya tawaran awak ni."

"Oh, menyindir? Then, kalau kita duduk sini, saya takkan cium awak selama seminggu."

"Awak tengah ugut saya ke ugut diri awak?"

Amirah memuncungkan bibir. Betul jugak. Dia takleh tahan selama seminggu tanpa mencium Fahri.

"Kalau kita stay sini, awak kena jaga Zennirah sepanjang hari." Amirah mencadang lagi.

"No problem. Nanti saya ajar Zenni-chan cakap 'daddy'."

Amirah memukul lembut tangan suaminya membuatkan Fahri tergelak. Memang taklah Amirah akan biarkan perkara itu berlaku.

Amirah berfikir sejenak. Dia kena gunakan taktik lain.

Dia mengangkat wajahnya untuk melihat wajah Fahri. Fahri mengangkat kening.

Tiba-tiba, Amirah mengucup pipi Fahri.

"Ha?" Pelik Fahri dibuatnya.

"Riri~" Amirah mengusap pipi Fahri.

"Seram." Fahri tergelak dengan taktik Amirah.

"Baru terfikir, kalau saya makan awak mesti lagi sedap, kan? Tak perlulah saya ke dapur~"

Fahri membesarkan mata. Sejurus itu dia terus bangun dan menjauhkan diri dari katil. Entah kenapa, dia mula lompat bintang. Amirah hanya tergelak melihat gelagat panik suaminya itu.

"Malangnya saya ni dinner, bukan breakfast. Dahlah saya nak masak." Selesai 5 lompatan, Fahri mula berjalan keluar dari bilik. Tiba-tiba dia berasa segar.

"Hey, excuse me! Bawak saya sekali!" Amirah menggamitkan tangannya.

Fahri buat-buat tak dengar lalu terus ke dapur.

Ketawa Amirah masih berbaki. Dia mengalihkan pandangan ke arah anaknya yang masih terlena dalam baby cot.

"Ayah awak ni peliklah, Zennirah." Kata Amirah sambil mengemaskan katil. Seusai itu dia mencium dahi anaknya sebelum keluar bilik.

Hari masih awal, dia mahu mengusik Fahri sepanjang hari.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro