75 - rambut part i

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fahri, mana satu cantik?" Amirah menunjukkan tiga produk lipstick dengan tona warna berlainan kepada Fahri.

Fahri memandang kosong produk itu selama beberapa saat sebelum memilih produk kedua; lipgloss berwarna coral red.

Amirah mengambil produk tersebut lalu menelitinya sejenak. "Hm, macam glam sangat pulak. Saya pilih nude jelah." Dia tidak mengendahkan pilihan Fahri lalu kembali melihat diri ke cermin untuk pasang lipmatte berwarna nude rose.

Fahri mengerutkan kening. Tak terasa, cuma tertanya kenapa dia tanya kalau dah tahu nak pilih yang mana?

Fahri malas nak ambik kisah, dia terus main dengan Zennirah.

Beberapa minit berlalu, Amirah kembali lagi. Kini lengkap bertudung dan berstokin. Ready to go. Cuma, "Fahri, yang mana lagi comel?" Kali ini dia mengangkat dua jenis handbag, masing-masing dalam tangan berlainan.

Fahri menunjukkan beg di tangan kanan Amirah, lalu Amirah mengerutkan muka, "Serious? Saya rasa ni lagi comel." Amirah merujuk kepada pilihan di tangan kiri. Akhirnya dia memilih sendiri. Tanpa mengendahkan reaksi Fahri, dia pusing belakang untuk mula mengisi beg dengan barang keperluan.

Fahri menggaru kepala yang tidak gatal. Kenapa perempuan macam ni eh?

"OK, I'm ready! Zennirah, let's go baby." Amirah bersiap sedia untuk pergi keluar.

"Huh?"

"Huh?"

"Zenni tinggal dengan sayalah." Fahri berkata.

"What? Awak mampu ke jaga sorang-sorang?"

"Apa tak mampu lak? Saya ayah dia." Fahri mempertahankan keputusannya.

Amirah kemam bibir, sedang ragu-ragu untuk membiarkan anaknya berseorangan dengan Fahri buat masa yang panjang.

"Riri, are you sure?"

"Sure."

"Betul ni?"

Fahri mengeluh, "Awak tak percaya kat saya ke?"

Amirah tergelak, "Bukanlah. Saya risau Zennirah jadi apalah nanti kalau dia tinggal dengan awak."

"Maknanya awak tak percayalah tu."

"Betullah tu. Saya tak percaya kat awak."

Fahri mengeluh, "Kesian kat awak. Awak nak spend time dengan kawan awak, kan? Biarlah awak rehat jap, saya jaga dia." Fahri berhujah panjang.

Kata-kata Fahri tu ada betul juga. Akhirnya Amirah mengalah saja.

Amirah mencium pipi Zennirah dalam tangan Fahri kemudian mencium pipi dan tangan Fahri pula.

"Jaga dia elok-elok please. Awak pun jaga diri. Saya dah masak makan tengahari, jangan lupa makan. Nanti bagi Zennirah pasta baby tu. Bagi dia makan buah jugak. Susu bagi every—"

"Bye." Fahri malas nak dengar Amirah membebel sebab dia dah tahu semua benda, dia memotong cakap Amirah dengan menciumnya di bibir sepintas lalu.

Amirah membesarkan mata, terkejut, "Fahri, you got some..." Amirah menggosok bibir Fahri dengan ibu jari untuk menghilangkan kesan gincu. Pipi Fahri pun ada kesan juga. Tersengih Amirah melihat.

"Dah, keluar." Fahri menghalau. Dia mengikuti Amirah ke pintu rumah untuk menghantarnya pergi.

Baru saja Amirah mahu melangkah masuk ke dalam kereta, Amirah terhenti dan menoleh semula ke arah Fahri, "Zennirah ikut sayalah."

Fahri membalikkan mata, "Pergi jelah."

"Urgh. Sekejap." Cepat-cepat Amirah pergi ke arah Zennirah untuk menghidu pipi Zennirah sambil kemam bibir. "Bye, sayang mummy. Kalau daddy buat benda pelik, call mummy, OK? Mummy sayang—"

Sekali lagi Fahri memotong cakap Amirah dengan menjauhkan wajah Zennirah dari Amirah, "Shuh shuh." Dia menghalau Amirah seperti kucing.

Satu jelingan diberi Amirah lalu dia akur je dengan perintah suami.

"By the way, Fahri! I pakai beg yang you pilih!" Kata Amirah sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Fahri tersenyum nipis.

✂️

"Zenni-chan, nak tahu tak waktu Zenni-chan dalam perut mummy, mummy and daddy panggil Zenni-chan guna nama Midoriya." Dengan rancak Fahri bercerita kepada anak dia, sambil mereka menonton satu anime dari mana 'Midoriya' berasal.

"Heheh." Zennirah tergelak menonton anime itu, seolah-olah terhibur dengan cerita ayahnya. Pelik, baby minat anime. Dia dan Fahri kedua-duanya sedang duduk bersila di hadapan TV.

Sehinggalah tiba satu scene pergaduhan yang menunjukkan darah, Fahri menghela nafas dengan laju lalu sepantas kilat dia menutup TV dengan remote.

Skrin TV yang hitam buatkan Zennirah memalingkan wajah kepada ayahnya.

"Zenni-chan, jangan bagitahu mummy pasal ni. Kalau tak, kemungkinan daddy tak boleh jumpa Zenni-chan dah." Fahri berkata dengan cemas. Tengok anime genre aksi tu satu hal. Tengok darah lagilah satu hal besar. Fahri kemudian mengunci jari kelingkingnya dalam genggaman tangan Zennirah, "Janji tau."

Zennirah yang tak mengerti apa-apa itu mengalihkan tangannya dari Fahri, lalu mula merangkak ke arah TV. Dia mendongak ke arah TV, tertanya-tanya kenapa kosong je skrin.

"Sabar jap." Fahri membuka semula TV lalu cepat-cepat menukar ke cerita Didi and Friends.

"Kyaa!!!" Zennirah terjerit kegirangan melihat kemunculan tiga best friend dia.

Fahri membawa Zennirah ke atas pangkuannya lalu menyertai Zennirah menonton TV. Sambil itu dia melarikan tangan pada rambut halus bak sutera anaknya itu. Licin, lembut, wangi. Rambut anaknya yang berumur hampir setahun itu sudah mencecah bahu.

Lama kelamaan Fahri mengusap kepala anaknya, dia jadi bosan.

Kemudian,

entah kenapa.

Memang secara random dan tiba-tibanya,

Fahri terfikir nak potong rambut Zennirah.

Boleh tak? Ke tak boleh? Agak-agaknya Amirah marah tak?

Fahri beredar untuk mencari gunting rambut. Kalau dia potong rambut Zennirah waktu anak kecil itu syok tengok TV, mesti success.

Bukan apa, Fahri rasa anak dia paling comel dalam dunia, tapi dia rasa kecomelan tu akan bertambah kalau rambut depan Zennirah pendek macam ada bangs gitu.

Macam anak Jepun.

Dan kemudian Fahri memulakan urusan tanpa berfikir panjang.

Snip snip! ✂️

.

.

.

.

.

Habislah.

Ada dua kemungkinan je. Sama ada dia mati dibunuh isteri sendiri atau dia dihalau rumah dan dilarang untuk berjumpa dengan Zennirah.

Fahri hanya nak sama ratakan kepanjangan bangs tu, tanpa dia sedar sampai pendek sangat bangs tu jadinya.

Bagi dia masih comel, tapi dia tahu mesti Amirah tak berkenan.

Fuh! Fahri berdiri. Dia sedang panik sekarang. Dia takleh duduk tenang. Apa-apa pun, sudah tiba waktu Zennirah minum susu jadi dia ke dapur untuk bancuh susu.

Ketika Zennirah minum susu, Fahri menerima video call dari isterinya.

Punyalah panik dia sampai terus decline call tu.

"Haish." Fahri takde niat nak decline. Jadi dia call semula Amirah, tapi voice call je.

"Fahri, kenapa decline?" Amirah melenting.

"Sorry, bateri saya tinggal sikit. Jadi saya voice call je." Dia tipu sunat.

"Hm. Mana Zenni? OK ke?"

"OK."

"..."

"..."

"Fahri, itu bukan jawapan yang saya nak."

"Dah tu?"

"Dia tengah buat apa?"

"Minum susu."

"Ada nangis tak?"

"Tak ada."

"Dia dah makan belum?"

"Dah."

"Awak buat apa dengan dia hari ni?"

"Tengok anime."

"Anime apa?"

Alamak. "Totoro." Tipu lagi.

"Ha, OK." Amirah mengiyakan sahaja walaupun tak tahu Totoro tu natang mende. "Fahri." Amirah memanggil.

"Hm?"

"Nanti hantar gambar Zennirah. Saya rindu dia."

"Dia je?"

Amirah tergelak, "Yelah, gambar awak jugak. Awak dah makan belum?"

"Dah."

"OK, bagus. Dah pukul 3 ni nanti awak nap la dengan Zennirah."

"OK."

"Bye, I love you."

"Hm, bye." Fahri menjawab 'I love you too' dalam hati. Selain itu dia nak cakap sorry jugak. Tapi mesti Amirah pelik kenapa dia cakap sorry. Sebab Amirah tak tahu pasal rambut Zennirah. Tak tahu lagi.

Biarlah dia minta maaf pada waktu kejadian kelak.

Sementara tunggu Amirah pulang, Fahri memperbanyakkan zikir kerana dia tahu masa dia sudah tak lama.

✂️

"Kau dengan Fahri OK?" Tanya Rinie ketika Amirah tumpangkan dia pulang ke rumah selepas habis reunion kelas tadi.

"Alhamdulillah, cinta makin bertambah." Amirah menjawab sambil memandu.

Rinie tergelak kecil, "Walaupun banyak kali aku dah cakap, aku tetap nak cakap lagi. Aku tak sangka kau kahwin dengan dia. Aku ingatkan dia tu batu dalam badan manusia. Keras kepala, takde emosi, kosong." Rinie mula mengutuk laki Amirah.

Amirah tersenyum bangga, "Aku setia dan gigih orangnya."

"Setia macam orang bodoh." Rinie mula menggunakan mulut laser dia.

Amirah menjeling. "Aku bukan setia macam orang bodoh, OK? Aku setia, tapi at the same time aku rela lepaskan dia kat orang lain."

"Rela lepaskan dia kat orang lain. Tapi tak rela lepaskan diri kau kat orang lain. Sebab apa? Sebab kau setia macam bodoh la." Rinie ni masih tak puas hati kat Fahri sebab Fahri pernah reject Amirah tiga kali.

"Dah, diam diam. Jangan ungkit lagi. Apa yang penting sekarang, we are madly in love with each other." Amirah mengeluarkan ayat cheesy.

"Hm, baguslah." Rinie senyap sekejap sebelum bertanya, "Zennirah?"

"Hm? Kenapa dengan Zenni?"

"Bila kau nak bawak aku jumpa dia?" Soal Rinie dengan nada rajuk.

Lantas itu satu idea bernas muncul di minda Amirah, "Kau nak datang rumah aku tak?"

"Laki kau kasi ke?"

"Kasi je kot. Jap." Amirah memberikan phone kepada Rinie untuk menyuruhnya dail nombor Fahri.

Selepas Rinie jumpa contact Fahri, dia letakkan phone pada telinga Amirah.

"Hm?" Fahri menjawab telefon dengan suara baru bangun tidur.

"Hello, Fahri. Sorry kacau tidur. Kalau Rinie nak datang rumah boleh?" Amirah terus straight to the point.

Hujung talian sunyi. Mesti Fahri tengah proses maklumat.

✂️

to be continued. update this sunday.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro