81 - kejutan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"3 hari lagi."

Fahri menjegilkan mata, "3 hari?"

Bos mengangguk, "Last minute sangat, kan? Tapi nak buat macam mana ikut jelah cakap client."

Apa bendalah kau dah jadi bos pun masih nak menurut semua permintaan tak masuk akal client.

3 hari lagi dia kena pergi ke tempat jauh selama sebulan. Dalam masa 3 hari tu jugak dia kena bagitahu Amirah pasal benda ni.

Keputusan meeting tu buat Fahri sangat longlai, dia tak ada daya nak teruskan kerja. Nasib baik pukul 5 petang tiba dengan cepat.

Tapi, balik rumah pun Fahri tetap kena bagitahu isteri dia pasal tu...

🍱

Terkejut Fahri tengok meja makan penuh dengan bermacam-macam masakan lauk pauk Amirah. Ya, tahu Amirah balik awal hari ni tapi... what's the occassion? Rajinnya masak banyak-banyak?

"Um..." Fahri cuba nak bercakap tapi dipotong isterinya.

"Hai, Fahri! Welcome home!!! Jom makan." Tersenyum riang Amirah sambil membawa periuk nasi keluar dari dapur.

Fahri melonggarkan tali lehernya. Betul dia lapar dan terliur melihat masakan Amirah, tapi dalam minda masih tertanya-tanya tarikh penting apa yang Amirah tengah sambut sekarang.

Birthday Amirah? Lambat lagi. Birthday Fahri? Lambat jugak. Birthday Zennirah pun lambat lagi. Anniversary? Belum lagi. Tarikh confession? Tarikh first date? First kiss? Graduation? Eh, tiber.

Tak faham betul kenapa perempuan suka sangat ingat tarikh-tarikh macam ni.

"Amirah, hari ni hari apa?" Malas mahu main teka-teki, Fahri mengambil risiko besar untuk tanya je. Hari dia dah cukup memenatkan untuk dia berfikir lagi.

"Hm? Jumaat." Amirah menjawab selamba sambil mencedok nasi ke dalam pinggan Fahri. Zennirah yang sedang duduk dalam baby chair diam saja menunggu ibu suapkan makanan.

"Bukan... Um, kenapa awak masak banyak-banyak ni?"

"It's a special day today, Fahri." Amirah tidak boleh menyorokkan senyumannya yang kian melebar. Berdebar Fahri dibuatnya. Agaknya apa yang special sangat sampai buat Amirah macam ni? Hari ni hari Fahri langsung tak special dan langsung tak layak diraikan.

"Special apa, awaknya?" Fahri menongkat dagu dengan tangan.

"Cubalah teka~"

Ah, sudah. Kalau Fahri salah teka ni mahu jadi bahan gaduh.

"Ni, kan?" Fahri cuba nasib.

"Apa dia?" Amirah tersenyum nakal.

"Hari... Hari pertama awak jumpa mak ayah saya—"

"Salah!"

"Hari Zennirah dapat jalan?"

"Salah!"

"Amirah, saya sumpah tak tahu. Saya sorry—"

"Tak apa, Fahri. Memang awak tak tahu pun."

Fahri mengetap gigi. Nampaknya tak ada rezeki la dia nak menjamah semua makanan ni.

"Jawapan yang betul ialah— hari ni saya dapat tahu, yang Zennirah bakal ada adik!"

Fahri ternganga. Jantungnya berdegup amat kencang. Matanya terbuntang besar.

"H-Ha?"

"Fahri, we'll be getting our second child." Amirah menerangkan dalam bahasa lain, untuk bagi Fahri betul-betul faham.

Ya Allah. Fahri menutup mulut dengan tangan, seakan-akan tidak percaya.

"Amirah, jangan tipu."

Mata Amirah dibalikkan, "Buat apa saya nak tipu?" Dia menyeluk sesuatu dalam handbag kemudian mengeluarkan sekeping gambar. Gambar ultrasound baby tu dihulurkan kepada Fahri.

Dengan tangan terketar-ketar Fahri mencapai gambar itu.

Gambar yang tak ada rupa tu buatkan Fahri tertanya, "Berapa minggu?"

"Lima dah."

Fahri mengangguk-angguk. Dia speechless.

Dia terus berdiri kemudian berjalan ke ruang luas. Sepanjang itu Amirah melihat je karenah Fahri sambil tertanya-tanya apa bendalah yang laki ni nak buat.

Fahri berdiri tegak kemudian dia mengangkat takbir lalu langsung sujud syukur. Jika perasaan dia tak boleh diungkapkan dengan perkataan sekarang, ketahuilah bahawa perbuatan inilah sehabis baik cara dia menunjukkan betapa dia berasa gembira dengan berita itu.

Selesai beri salam Fahri terus meluru ke arah isteri. Tangan Amirah ditarik lembut, menyebabkan Amirah berdiri dari kerusi. Tak cukup dengan itu, Zennirah yang sedang dalam baby chair turut dibawa ke dalam dakapan. Fahri mahu adakan big hug sebesar-besar rasa bersyukur dia pada waktu itu.

"Oof—" Amirah tergelak apabila dia dipeluk Fahri dengan erat sekali. Mukanya disembam pada dada Fahri manakala tangannya melingkar pinggang Fahri.

"Amirah, terima kasih."

"Hm?" Amirah mahu pandang muka Fahri tapi Fahri tak kasi.

"Terima kasih sebab sentiasa, tanpa henti bagi saya sesuatu yang buatkan hidup saya lebih bermakna."

"Oh my, Fahri. Awaklah yang buat saya paling bahagia dalam dunia ni." Amirah cuba sedaya upaya untuk pandang muka Fahri dan dia berjaya. Mata Fahri yang mula bergenang dengan air mata itu diseka jari Amirah. "Baby dalam perut ni pun, awak yang hadiahkan untuk saya."

Fahri tak mahu bercakap lagi kerana dia tahu, air mata dia akan jatuh sebaik saja suara dikeluarkan. Jadi dia hanya diam sambil mengunci mata dengan isteri yang kelihatan tenang itu.

Dahi Amirah diciumnya lama. Setiap inci wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anaknya mahu saja Fahri manjakan dengan cintanya yang melimpah ruah. Seusai itu Fahri mencium dahi Zennirah pula.

Kalaulah Fahri versi zaman sekolah dulu tahu betapa Fahri masa depan dah cintakan dua orang perempuan selain mak dan adik-beradik sendiri, mesti terciduk dia.

🍱

"Saya nak duduk rumah ibu."

Fahri menggeleng kepala untuk membantah, "Tak boleh."

"Ah, kenapa pulak?!"

"Rumah ibu jauh sangat, Amirah. Awak tu kena kerja setiap hari. Merepeklah awak nak ulang-alik ofis dengan rumah ibu setiap hari. Bazir 4 jam perjalanan awak pergi balik je, tau?" Fahri berhujah panjang demi isteri dia yang degil itu.

Apa jadi kat mood sweet tadi?

Amirah memuncungkan bibir mendengar point Fahri yang teramat betul tu. Dia tak boleh nak bantah. Tapi apa salahnya dia bersusah selama beberapa hari demi berada di sisi orang tersayang?

"Kenapa awak tak nak duduk rumah mama?" Fahri menyoal.

"Saya malu..." Amirah membisik.

"Ha?"

"Saya malu! Ish! Saya malu asyik hantar Zennirah kat mama untuk babysit." Amirah pun berterus-terang menaikkan suara.

"Malu? Sejak bila awak tahu malu?"

"Ah, diam. Awak ingat saya ni manusia tak ada maruah?"

"Maruah apa awak cakap ni, Mirah? Normal la awak hantar anak awak sendiri ke rumah mak mertua awak. Mama saya suka jaga Zennirah. Awak tak ada sebab nak malu."

"Tak ada sebab? Hei, ini perasaan saya, saya ada sebab nak rasa apa-apa pun!"

Fahri mengeluh, "OK, OK. Nanti bila baby dua keluar, kita hantar Zennirah dan baby ke mana-mana taska dekat sini. OK?"

"OK, tapi itu tak buatkan saya tukar fikiran untuk duduk rumah ibu."

Fahri mengurut kepala kemudian melalukan tangan pada rambut, "Amirah—"

"Takde, takde! Saya nak jugak duduk rumah ibu ayah. Siapa suruh awak outstation sampai sebulan? Siapa nak teman saya? Ibu jelah pengganti awak yang saya boleh terima."

Fahri mengangkat kening, "Mama saya tak penting bagi awak ke?"

"Eh, sampai ke situ pulak. Saya tak ada pun maksudkan macam tulah. Saya sayang mama dan mama dah banyak sangat manjakan saya sampai saya malu untuk terima apa-apa lagi dari mama. Dan, saya nak ibu!" Amirah masih lagi keras kepala.

Fahri mengetap gigi melayan kedegilan isteri, "Sorry la saya kena outstation sebulan."

"Hm."

"Bukan salah saya, salah client tak menyabo tulah."

"Hm. Pelik la saya client kat Sabah cari firm sampai ke sini? Tak ada engineer lain ke kat Sabah tu? Kenapa nak amik Fahri jugak?" Amirah berkata dengan nada rajuk.

"Saya pandai sangat."

"Ha, jadi salah awaklah! Kalau awak bodoh sikit dah lama client tu tak hingin pergi kat company awak!" Amirah mengambil kesempatan untuk berjenaka dengan Fahri. Apalah, bodoh salah, pandai sangat pun salah jugak.

Fahri tergelak lemah kemudian dia mengambil tangan Amirah, digenggamnya erat, "Ini rezeki saya, Amirah. Kemungkinan lepas tu nanti saya naik pangkat."

Amirah yang masih dengan muncungnya hanya mengangguk, "Saya happy untuk awak, Fahri. Sebulan tanpa awak saya redha kalau itu apa yang terbaik bagi awak. Tapi, satu je saya mintak. Saya nak duduk dengan ibu sepanjang awak kat sana... Kalau tak saya akan jadi lonely sangat-sangat." Kali ini tona dilembutkan kerana dia dalam fasa memujuk.

Fahri ni hanyalah lelaki normal. Memanglah dia akan terjerat dalam nada manja Amirah. Mindanya bercelaru. Bukan apa, kalaulah rumah ibu dekat, dah lama dia jimat masa dan tenaga daripada bertikam lidah macam ni. Tapi rumah ibu jauh sangat, Amirah pulak kena kerja. Nanti Amirah kena bangun extra awal dan sampai ke rumah extra lambat hanya sebab jarak yang jauh tu. Memanglah Amirah superwoman tapi, superwoman pun ada limit penat.

Alasan panjang lebar tu Fahri hanya simpan dalam minda. Dia dah cuba terangkan tapi isteri dia masih tak mampu mengecam kerisauan dia.

"Seminggu..." Fahri berkata perlahan.

Anak mata Amirah kian membesar saat mendengar izin nak tak nak dari suami tu, "Ha?"

"Seminggu je... Awak duduk rumah ibu. Lepas tu saya decide, nak bagi awak stay atau awak kena duduk rumah mama." Fahri berkata dengan tegas, menandakan itu keputusan terakhir dia yang muktamad.

Amirah faham sangat dengan nada Fahri. Itu bermakna dia dah tak boleh nak melawan dah, "OK, Fahri. Terima kasih." Pinggang Fahri dipeluk perlahan. Fahri membalas pelukan Amirah tu dengan mengetatkan pelukan.

"Awak marah marah macam ni, tak elok untuk baby dalam perut." Fahri menegur.

"Hm, yelah. Ni last saya marah."

Fahri tersenyum. Belakang Amirah diusap lembut. Kalau diikutkan dia tak mahu pun outstation ni. Tapi dia bukan CEO company yang senang-senang boleh agihkan tugas kepada sesiapapun. Walaupun pangkat Fahri agak tinggi, tapi dia masih kena menurut kata-kata bos. Siapalah dia nak melawan perintah orang atasan?

Cuma Fahri pasti, outstation ni pasti akan ada hikmah dia. Hikmah untuk dia dan keluarga dia.

Dia mahu Amirah tunggu, tunggu dia buktikan yang Amirah merupakan segala-galanya buat dia.

Sebelum tu dia kena cuba sehabis baik sepanjang outstation ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro