83 - rindu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu bekerja berlalu bagaikan angin.

"Ha, kan saya dah kata. Tak perlu risau~" Amirah meyakinkan suami dalam panggilan setiap malam mereka.

Terdengar Fahri tertawa halus, "Baguslah."

"Saya boleh go on for a month like this."

"Mmm, iyelah, Mirah." Fahri layankan aje. "Rabu nanti awak ada site visit, eh?"

"Ha ah. Awak lak Khamis ada presentation, kan?"

"Ya, presentation depan VIP."

"Oh my~ OK, do your best, honey. Nanti awak naik pangkat belikan saya beg baru."

"Mmm, pape jelah."

Dan mereka berdua bersembang sehingga larut malam.

Selepas habis call, Amirah terlentang di atas katil sambil merenung siling.

Amirah tipu sebenarnya. Dia penat nak mampus. Setiap hari bangun pukul 4 pagi untuk bersiap pergi kerja, sampai rumah pukul 8 malam. Malam kena main dengan Zennirah. Pukul 10 malam on call dengan Fahri. Pukul 11 baru tidur. Begitulah kitarannya. Sabtu dan Ahad pulak ibu ayah bawak keluar jalan-jalan. Hampir tak berehat Amirah.

Esok dah Isnin semula, kena kerja balik. Cepat betul masa berlalu.

Amirah mengeluh berat, dia langsung ingkar perintah suami dia supaya dapatkan rehat secukupnya. Tapi bukan salah dia. Itupun dikira derhaka ke?

Amirah terlalu penat nak berfikir. Takpelah masa pun berlalu macam laju je, mungkin sebulan akan hilang dalam sekelip mata.

🦋

Sejak kebelakangan ni cuaca panas sungguh. Bak kata orang, cuaca paling sempurna untuk site visit.

Dengan tanpa relanya Amirah menyarungkan topi keselamatan. Dia menapak keluar kereta ke atas tanah gondol merangkap tapak pembangunan. Satu langkah keluar, badan dia sudah tak stabil, nasib baik dia bertahan kat kereta.

Terkejut Amirah. Ghisau. Dia menelan air liur kemudian cuba lagi berjalan ke arah kontraktor, jantungnya berdegup kencang.

Panas... Panasnya.

Amirah seakan-akan tak boleh bernafas. Akhirnya badan dia menyerah kalah dan apa yang dia nampak hanyalah kegelapan.

🦋

Kali seterusnya dia buka mata, rasa tajam amat kerana apa yang dia nampak hanyalah putih. Dinding putih, selimut putih. Beberapa detik diambil Amirah untuk mengecam lokasi dia berada sekarang.

Ah, tempat ni ke...

Ibu dan ayah berada di sisi dia, "Mirah?" Sahut ibu lembut.

"Ibu, apa jadi?" Amirah mengaduh kesakitan apabila dia cuba duduk.

"Kau pitam, Mirah. Overwork."

Amirah mengerutkan kening. Overwork? Tang mana?

Oh my—

"Baby! Baby OK tak?!" Amirah menaikkan suara sambil dia cuba untuk berdiri hingga sakit kepala dibuatnya. Suaranya cemas.

"OK, Mirah. Baby tak ada effect apa-apa. Cuma itulah, bahaya tau tak cukup rehat waktu pregnant ni." Ibu menenangkan lalu membaringkan Amirah dengan lembut.

Amirah mengeluh lega. Ya Allah, kalaulah baby dalam kandungan dia jadi apa-apa disebabkan dia, Amirah mungkin takkan maafkan diri dia.

Selepas itu, dia teringat lagi satu benda.

"Fahri."

"Kenapa dengan dia?"

"Please, please jangan bagitahu Fahri. Nanti dia risau. Esok dia ada presentation." Amirah merayu.

Luluh jantung ibu melihat anak sendiri langsung tidak fikir pasal diri sendiri. "Mirah..." Ibu mengusap kepala Amirah.

Amirah sudah agak benda tu tapi masih rasa kecewa, "Ibu dah bagitahu eh?" Mestilah dah, tapi Amirah masih separuh berharap berita tentang dia pitam tak sampai telinga Fahri lagi.

"Orang pertama ofis Mirah call ialah suami Mirah sendiri. Fahri yang inform kat kami." Ayah mengambil alih tempat ibu kerana dia tahu ibu tak sanggup cakap kata-kata yang mampu buat anak sedih.

Hah, of course. Satu ofis dia kenal Fahri sejak company mereka berdua pernah bekerjasama satu ketika dahulu. Lidah Amirah menjadi kelu. Tak tahu nak cakap apa. Nak marah siapa? Dia ada diri dia je untuk marah. Nak nangis pun Amirah rasa penat.

Dengan lemah dia bertanya lagi, "Bila Mirah boleh discharge?"

"Tunggu malam ni. Nanti Mirah dapat MC sampai Jumaat. Dengan syarat Mirah kena rehat dan makan secukupnya."

Lega sikit Amirah dengar. Akhirnya, dia dapat rehat.

Tapi kelegaannya beredar selepas terfikirkan tentang Fahri.

🦋

"Mirah, saya balik KL sekarang jugak."

"No! Jangan! Fahri, saya dapat cuti 4 hari. Saya janji 4 hari ni saya rehat je." Amirah menahan Fahri daripada membuat keputusan membuta tuli.

Fahri rasa tak keruan. Kata-kata Amirah lagilah buat dia rasa nak balik rumah, dia nak tengok dengan mata sendiri yang isteri dia berehat secukup mungkin, dia nak pegang isteri dia erat sampai semua tenaga dia pergi kat isteri.

"Balik rumah mama sekarang."

"Tak nak. Biar ibu jaga saya!"

"Saya suh Akmal ambik awak." Fahri masih bercadang.

"Tak payah! Fahri, saya penat tau? Tak ada tenaga nak kemas barang."

"Haih." Baru je Fahri mengeluh, Amirah dah berkata,

"OK, Fahri. Sebelum awak membebel, saya boleh explain."

Fahri mengerutkan kening, "Amirah, saya langsung tak nak dengar explanation awak. Saya nak pastikan betul-betul awak rehat. Dengan mata saya sendiri saya nak confirm-kan."

Perempuan membebel memang sakit telinga dengar, tapi bila lelaki dah start membebel. Hm. Kau harap kau pekak je waktu tu.

"Fahri, awak boleh tanya semua orang yang tinggal dalam rumah ni pasal saya."

"Saya dah tanya sejak minggu lepas. Dorang cakap awak nampak sihat je. Dorang tak tahu awak pandai berlakon."

"Hei! Bukan berlakon la! Saya memang akan nampak penat waktu saya sendirian je."

"Ye ye lah tu."

"Fahri, pleaseeee dengar cakap sayaaa. Saya minta maaf sebab tak cukup rehat. Saya dah buat awak risau dan mungkin dah bagi awak trust issues—"

"Betullah tu." Fahri potong cakap.

"Sabar. Tapi bukannya saya sengaja push diri saya. Minggu lepas saya kerja macam biasa je takde overtime pun. Pastu Sabtu Ahad bawak Zennirah jalan-jalan dengan atok nenek."

"Alasan."

"What? Dah tu awak nak saya tolak ajakan ibu ayah ke?!"

"Bukan. Semua ni takkan terjadi kalau awak tak mengada nak duduk rumah ibu ayah sementara saya takde."

Amirah rasa nak menjerit untuk lepaskan geram, "Fahri, you are so selfish! Awak kisah pasal diri awak je! Apa yang saya nak, awak asyik perlekehkan."

"Mende, Mirah? Selfish? Saya tak pernah fikir pasal diri saya, selama ni saya fikir pasal awak je!" Dah mula bertekak.

"Yelah, tapi—" Amirah terputus kata. Dia nak cakap yang Fahri kisah pasal diri dia sebab kalau Amirah ditimpa sakit, impaknya akan terkena Fahri juga. Itu maksud Amirah. Kalaulah Fahri bagi je Amirah buat apa-apa yang dia nak sambil Fahri enjoy masa dia kat Sabah, mesti takkan bergaduh macam ni. Kalaulah Fahri tahu, Amirah buat-buat OK semua sebab tak nak risaukan dia, mesti takkan bergaduh macam ni.

"Fahri, you know what? Ini semua salah saya. Sorry. And, saya penat. Doktor suruh saya rehat banyak-banyak."

"Doktor cakap nak dengar. Suami cakap tak nak dengar."

"You— Urgh, fine. Ni, awak dah ready ke presentation esok?" Amirah menukar topik selepas mendengar komen sarkastik Fahri. Sungguh, dia malas dan lelah nak gaduh.

"Hahahaha." Fahri tergelak.

Huh? "Kenapa awak gelak?"

"Sejak saya dengar awak pitam, Mirah, saya tak boleh nak fokus buat apa-apa sebab asyik terfikirkan awak."

Amirah menjegilkan mata, "Oi! Itu presentation penting, kan?! Awak ni tak payah la pikir pasal saya sampai diri awak sendiri terabai. Slides awak dah siap belum?"

"Ni semua salah awak."

"Slides awak dah siap belum?!" Amirah mula hilang sabar.

"Zenni-chan, daddy rindu."

"Zenni tidur. Slides!!!"

"Dah..." Fahri mengalah.

"OK, material semua dah? Script? Practice?"

"Belum..."

"Fahri, pergi buat sekarang. Saya tolong."

"Tak nak. Awak kena tidur."

"Awak boleh siap ke semua tu by esok?!"

"Amirah, macam awak yakin awak boleh buat kerja sorang-sorang, macam tu jugaklah saya. Ahaha, like husband like wife." Fahri tertawa bagai orang tak betul.

"Awak ni high ke? Awak minum apa kat Sabah?"

"Air laut."

"Elok sangatlah tu. Fahri, cepat. Saya tolong." Gesa Amirah.

"Bye. Nak buat kerja. Pergi tidur."

"Fahri—"

"Amirah."

"Apa?"

"OK la saya nak awak tolong sikit."

Mata Amirah membesar dan bersinar. Rasa happy dapat contribute kat presentation suami.

"Tolong apa, Riri?" Tanya Amirah teruja.

"Tolong pergi tidur. Bye." Kemudian panggilan terputus.

Amirah rasa nak baling je phone tu. Dia cuba call Fahri semula tapi Fahri sudahpun block number dia. Lelaki tak guna!

Fine, you do you! Buatlah kerja kau sorang-sorang! Urgh, geramnya!

Amirah pergi ke dapur dan mula masak maggi. Santapan mingguan pada zaman kolejnya itu terasa lama betul tak makan. Makan maggi waktu dewasa dah berduit ni rasa macam self-reward pun ada.

Habis masak Amirah pergi ke ruang tamu dan membuka TV.

Semua yang lain dah tidur. Jadi Amirah pun enjoy masanya dengan tenang. Nak dia rehat sangat, kan? Ha, Amirah nak stay up malam ni tengok drama je. Itupun dikira rehat jugak.

🦋

Sebenarnya Amirah stay up sebab dia nak teman Fahri tanpa pengetahuan Fahri sendiri. Bila dah pukul 4 pagi, Amirah cuba mesej Fahri. Bagus, dua tick.

oi dah siap ke

Amirah tak sangka Fahri akan terus call selepas itu,

"Rir, tak tidur ke?" Amirah menyapa dulu.

"Itu soalan saya, Mir. Kenapa awak bangun waktu ni?"

"Eh? Memang rutin saya la bangun pukul 4 pagi."

"Hmm." Ada unsur curiga dalam nada Fahri.

"OK, tipu je. Saya nak stay up dengan awak. Tadi saya tengok drama je. Awak dah siap kerja?"

"Dah."

"Nak tidur tak?"

"Nak... Kejutkan saya subuh."

"OK. Tidurlah sekarang."

"Awak?"

"Hm?"

"Awak bila nak tidur?"

"Sekarang jugaklah."

"Sibuk je."

"Kang tak tidur nanti mulalah ceramah ustaz Aidan Fahri."

"Iyelah." Fahri malas nak layan. "Goodnight."

"Goodnight." Amirah berkata begitu, tapi dia tak mahu end call pun. Dia tunggu Fahri yang tamatkan tapi sampai kesudah panggilan diteruskan.

Beberapa detik lama dalam kesunyian sebelum Fahri bersuara, "Sayang?"

"Yes?"

"Sorry."

Amirah membalikkan mata, "Kenapa tiber?"

"Kalaulah saya tak outstation, mesti semua ni takkan terjadi."

"Dahlah tu, Fahri. Saya penatlah dengar perkataan 'kalau' tu." Amirah menguis sofa dengan jari. Dia pun banyak tanya soalan what-ifs juga, tapi soalan camtu semua memenatkan otak je sebab takkan ada jawapan.

"Saya nak jumpa awak, Mirah." Gumam lelaki itu.

Hm, mamat ni dah mamai dah tu. Tak lama selepas itu terdengar dengkuran halus dari telefon.

Amirah mengeluh. Kalau nak lawan siapa lagi rindu siapa, confirm Amirah menang. Long-distance relationship macam ni terlalu perit untuk dihadapi selepas kahwin.

Tangga dipanjat untuk ke bilik tidur. Anaknya masih lena atas katil. Amirah baring di sebelah Zennirah, tangan direhatkan di atas perut — bersyukur rasa rindu dia terhadap suami dapat diubati dengan kehadiran anak-anaknya.

Amirah melelapkan mata. Sambil tunggu mimpi mengambil dirinya, Amirah berdoa dalam hati. Berdoa semoga Allah permudahkan urusan Fahri untuk present hari ni. Semoga dilancarkan kata-katanya, terbuka mindanya, semoga dapat kagumkan VIP, semoga dapat jawab soalan dengan tenang. Semualah semua.

Semoga sebulan berlalu dengan cepat.

🦋

sorry cliche.
the progress must go on, towards the ending we go.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro