┉ 어두운 복도 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•••••••

Mingi terkaku seperti patung setelah mendengar kisah yang telah diceritakan oleh Yeosang tadi. Baginya, ini tidak masuk akal!

Jadi... Selama ini dia hanya berbual dengan diri sendiri! Ketawa sendiri, jerit sendiri dan semuanya sendirian sehinggalah dia dapat tahu hakikatnya Yunho tidak wujud!

"Kenapa kau rahsiakan semua ni dari budak kelas kita?" tanya Mingi lagi dengan penuh serius.

"Aku sengaja buat macam tu. Malah aku jugalah yang buat berita palsu fasal kehilangan Yunho dan juga melarang orang masuk ke dark corridors," jawab Yeosang terus.

"Wae?" soal Mingi lagi tidak faham. Yeosang memandang dia dengan pandangan tajam seketika sebelum membalas.

"Sebabnya roh Yunho tak tenang. Sejak kau berpindah ke sini, dia selalu bagitahu aku yang dia nak jumpa kau sebelum dia betul-betul pergi."

"Bila dia kata macam tu, aku tak suka. Sebab apa? Sebab kau tak ada bersama dengan dia masa dia susah dulu. Tambahan pula, aku juga yang selalu kena kacau kalau dia cari kau."

Terang Yeosang lebar sambil tersenyum sinis. Mingi yang mendengar itu lantas menampar pipi Yeosang dengan kuat.

"Auch!" Dia berdecit pantas. Lantas dia memandang Mingi sekilas.

"Kau kenapa tampar aku?" soalnya geram. Tangan dia menyentuh pipinya yang baru sahaja di tampar.

"Kau gila! Aku mana tahu sebab aku pindah! Kau yang kawan baik Yunho, lebih lama dengan Yunho kenapa biarkan dia bunuh diri?"

Habis suara garau Mingi laung pada Yeosang. Hatinya benar-benar berasa sakit setelah mendengar perkara yang sebenar.

Yeosang terdiam dengan soalan yang dilemparkan oleh Mingi tadi. Kepalanya menunduk ke bawah lantai.

"Kenapa diam? Jawablah!" sergah Mingi.

"Aku... Aku tak sempat nak halang dia... Yunho ada sindrom toxic positivity menyebabkan diri dia yang dulu periang menjadi pendiam..." jawab Yeosang perlahan membuatkan Mingi pula terdiam.

"Disebabkan dia selalu kata yang dia okey, aku terlepas pandang yang dia sebenarnya ada masalah. Sebab itulah aku dah janji yang aku pun akan buat diri aku alami apa yang dia alami dulu..."

Tambah Yeosang lagi lalu menyelak sedikit lengan bajunya.

Mingi yang melihat itu terkejut. Lengan Yeosang penuh dengan luka dan lebam yang teruk.

"Yunho didera dengan keluarga dia sendiri dan kena buli. Oleh disebabkan aku geram, aku cuba nak balas balik apa yang diorang dah buat kat Yunho. Tapi... Tak sangka pula aku makan diri sendiri," kata Yeosang lagi membuatkan Mingi terdiam bisu.

Dia tidak tahu apa yang patut dia jawab sekarang. Lalu kemudian Yeosang menunjukkan pisau yang dia selalu bawa di sekolah.

"Kau perasan kan aku bawa benda ni kat kelas?" teka Yeosang. Mingi membalas dengan anggukkan kecil.

"Pisau ni yang telah cabutkan nyawa Yunho. Kesan darah dia masih lagi ada walaupun aku dah banyak kali bersihkan," jawab Yeosang lebar.

Mingi mengangguk faham. Kini barulah dia faham mengapa Yeosang selalu bawa pisau ke sekolah.

"Erm... Aku nak tanya sesuatu..." kata Mingi teragak-agak.

"Apa?"

"Kenapa Yunho bunuh diri dia kat depan aku tadi?"

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro