┉ 어두운 복도 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•••••••

Mingi terdiam seribu bahasa selepas sahaja Yeosang mengatakan bahawa dia merupakan kawan baiknya ketika dia kecil iaitu YeoYeo.

"Kau... Mengarut kan?" Mingi cuba untuk menafikan. Namun Yeosang memandang dia dengan penuh serius.

"Mingi, aku tak main-main. Akulah YeoYeo yang kau tak berapa rapat dulu!" Kata Yeosang tegas membuat Mingi terhinjut bahu.

"Jakkaman... Habis Yunho tu pula? Bukan ke dia hilang? Apa sebenarnya yang terjadi ni?" Soal Mingi ingin tahu. Sungguh dia berasa sangat keliru sekarang ini.

"Berita yang kau dengar Yunho hilang tu sebenarnya palsu. Dia tak hilang pun tapi dia memang dah tak ada sekarang," jawab Yeosang membuatkan Mingi tergamam.

"A-apa..."

Yeosang menghela nafasnya dengan berat. Lalu dia mula menceritakan kisah sebenar apa yang sudah berlaku pada Yunho dulu.

•••••••

Beberapa tahun lalu...

Selepas sahaja Mingi berpindah, Yunho menjadi seorang yang pendiam. Dia tidak seceria seperti dulu.

Yeosang berasa sedikit bersalah. Dia tidak mahu melihat kawan baiknya terus begini. Jadi dia cuba sedaya upaya untuk menceriakan Yunho seperti dulu.

"YuYu jangan murung macam ni. YeoYeo kan ada," ujarnya pada Yunho.

"Tapi... YeoYeo tak macam MinMin," kata Yunho perlahan.

"Gwenchana! YeoYeo akan cuba buat YuYu tak bosan!"

Sejak dari itu mereka berdua semakin rapat. Tidak sangka pula mereka akan menjadi akrab sehingga mereka menjejakkan kaki mereka ke alam sekolah menengah tinggi.

••••••

Beberapa bulan kemudian...

Yeosang dan Yunho ditempat ke kelas berlainan. Yunho berada di kelas 6-1 manakala Yeosang pula kelas 6-3.

"Alah! Kalau aku tak gagal, mesti aku sama kelas dengan kau!" omel Yeosang. Yunho yang berada di hadapannya sekadar tersenyum sahaja.

"Tak apa. Waktu rehat nanti kan kita boleh lepak," ujar Yunho pada Yeosang.

"Tapi... Bosanlah aku kat kelas. Kau pun tahu kan kat sini aku cuma ada kau jer. Aku mana reti nak rapat dengan orang lain," balas Yeosang lebar sambil mengembungkan kedua pipinya.

Yunho hanya mampu tergeleng. Kalau boleh rasa mahu cubit sahaja pipi Yeosang yang gebu itu. Tapi dia tahu bahawa Yeosang tidak suka orang mencubit pipinya.

Kemudian, matanya mula teralih melihat dark corridors yang berada di hadapannya. Lantas dia memanggil Yeosang untuk lihat.

"Yeo, cuba kau tengok koridor tu. Gelap kan?" kata Yunho dengan tangannya menunjukkan dark corridors itu.

Yeosang hanya melihat sahaja. Dark corridors itu terletak tidak jauh dari perpustakaan mereka.

"Jomlah kita tengok."

Ajak Yunho. Yeosang sekadar akur sahaja lalu pergi ke dark corridors itu bersama Yunho.

Tiba sahaja di situ, kelihatan keadaan di sekeliling mereka agak gelap. Dengan cuaca yang sejuk membuatkan badan mereka menggeletar kecil.

"Ni kalau nak ponteng best juga ni!" ujar Yunho riang.

"Apa kata kita lepak kat sini?" cadang Yeosang setelah lama mendiamkan diri.

"Boleh juga! Cikgu pun takkan tahu kalau kita ponteng nanti!"

Jawab Yunho setuju dengan riang. Dari situ mereka pun mula melepak di sana dengan penuh seronok. Kadang kala mereka juga akan ponteng kelas jika subjek itu amat membosankan bagi mereka.

Namun, itu semua hanyalah sementara setelah Yeosang perasan akan perubahan Yunho secara tiba-tiba.

Dia tidak seceria seperti dulu. Malah dia juga perasan bahawa wajah serta badan Yunho mempunyai kesan lebam dan luka yang teruk.

"Yunho, gwenchana?" tanya Yeosang perlahan.

"Aku okey..." balas Yunho sambil tersenyum. Tetapi Yeosang tahu itu adalah senyuman palsu.

"Ani! Aku tahu kau tak okey! Jeong Yunho please tell me what happend to you!"

Jerkah Yeosang membuatkan Yunho terkejut sedikit. Ini merupakan kali pertama dia lihat Yeosang menjerit kearahnya.

"Aku tak sanggup tengok kau macam ni, YuYu! Please... I want to help you..." tambah Yeosang lagi.

Selepas sahaja itu Yunho tiba-tiba memeluk Yeosang dengan erat. Lalu dia mula menangis semahu-mahunya untuk menghilang semua bebanan yang dipikul itu.

Sungguh apa yang dialaminya agak berat. Dia kena dera dengan ahli keluarganya dan sering kali dikutuk di taman perumahan dia. Malah, di dalam kelas juga dia kena buli oleh rakan sekelasnya.

Yeosang yang mendengar itu penuh simpati. Dia cuba untuk menenangkan Yunho sebelum dia berkata sesuatu.

"Yunho, walaupun apa yang aku tolong ni tak begitu besar. Tapi aku janji yang aku takkan biarkan kau macam ni seorang diri," ungkap Yeosang tetapi Yunho tidak dapat memahami.

"Maksud kau?"

"Aku pun akan buat diri kau rasa macam mana kau rasa tu," balas Yeosang lagi membuatkan dia terkejut.

"Yah! Kau janganlah fikir sampai macam tu!" marahnya. Namun, Yeosang hanya tersenyum kecil sahaja.

"Yunho, kita ni kawan sejak kecil. Aku tak akan biarkan kau macam ni seorang diri. Kawan baik akan alami sama apa yang dia alami sekarang."

Yunho terdiam seribu bahasa selepas sahaja mendengar Yeosang kata begitu. Tanpa berfikir panjang, Yeosang sudah pun berjanji dengan Yunho.

Beberapa hari selepas itu, Yeosang hairan yang dia tidak jumpa Yunho di dalam kelasnya. Lalu dia membuat keputusan untuk cari Yunho di dark corridors.

Sampai sahaja di sana, dia terkejut melihat Yunho kini sedang menghalakan pisau ke arah nadinya.

"Yah! Kau gila ke? Lepaskan benda tu!"

Yeosang cuba untuk menghalang Yunho. Namun, dirinya telah di tolak dengan kasar.

"Kalau kau kawan baik aku, kau akan biarkan aku mati!" Yeosang terkedu setelah mendengar jerkahan dari Yunho tadi.

"Mwoya? Jadi kau nak bunuh diri kau depan aku?" balas Yeosang dengan suara lantang. Yunho di situ sudah tersenyum. Air matanya juga mula menitis.

"Annyeong..."

Selepas sahaja itu Yunho terus mengkelar lengan tangannya. Darah mula mengalir dengan banyak lalu dia rebah di hadapan Yeosang.

"YUNHO! JEONG YUNHO!"

Dia cuba untuk membangunkan kawan baiknya. Namun, usahanya sia-sia. Yunho sudah pun menghembuskan nafasnya terakhir.

Yeosang mula meraung. Dia tidak menyangka bahawa Yunho akan mati depan dirinya sendiri. Sungguh baginya ia amat perit.

End flashback...

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro