• 01 •

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Seorang mayat lelaki ditemui di sebuah bangunan yang telah lama ditinggalkan pada jam 9:42 malam semalam."

"Punca kematian dia masih lagi misteri. Namun terdapat kesan gigitan yang berada di bahagian leher serta kesan koyakkan yang berada pada lengan mangsa."

Bulu roma Wooyoung berdiri tegak selepas dia melihat berita yang disiarkan di televisyen kantin sekolah mereka. Entah mengapa kes pembunuhan sekarang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Sudahlah semua itu mengerikan. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana nasib keluarga mangsa jika mendapati salah seorang daripada mereka dibunuh dengan kejam.

"Sudah habis makankah, Wooyoung?"

Rakan baiknya, Yeosang menegur dia apabila mendapati Wooyoung terlalu acap menonton televisyen di kantin sekolah. Waktu rehat sekarang juga sudah tiba ke penghujungnya.

"Dah. Jomlah masuk kelas, Yeosang." Ajak Wooyoung seraya mengemas bungkusan-bungkusan makanan untuk dibuang ke dalam tong sampah.

Mereka berdua berjalan menuju ke kelas bersama. Wooyoung tidak habis bercerita tentang kes pembunuhan yang berlaku secara berleluasa di bandar mereka sekarang ini. Namun Yeosang berasa kurang selesa untuk membincangkan topik begitu dengan Wooyoung.

"Janganlah asyik cerita fasal kes pembunuhan tu. Tak baguslah untuk diri kita." Yeosang menasihati Wooyoung dengan lembut.

"Aku cuma risau. Bagaimana kalau kita terjebak dalam kes begitu?" teragak-agak Wooyoung berkata. Yeosang tergeleng kecil sambil tersenyum nipis.

"Jangan risaulah. Benda tu tak akan berlaku pada kau."

Wooyoung mengangguk kecil. Masuk sahaja dalam kelas, mereka terkejut melihat seorang guru sudah lama berada dalam kelas sambil berkata sesuatu.

"Wooyoung, Yeosang? Kamu berdua ke mana tadi?" soal guru tersebut pada dua anak muridnya.

"Dari kantin. Maafkan kami, cikgu."

"Duduk di tempat masing-masing sekarang. Saya nak mulakan kelas awal."

Agak pelik namun mereka abaikan sahaja. Wooyoung terus melabuhkan punggung di tempat duduknya lalu mengeluarkan beberapa buku.

"Saya nak beri nasihat kepada kamu semua. Tamat sahaja waktu sekolah nanti semua tolong pulang ke rumah terus. Jangan ada yang merayau-rayau kerana si pembunuh itu sekarang masih berkeliaran di kawasan bandar ini."

Suasana dalam kelas hanya diam membisu. Masing-masing mula risau dengan keadaan di luar sekarang. Begitu juga dengan Wooyoung.

Dia sudah memasangkan niatnya untuk pulang ke rumah terus sebaik sahaja waktu sekolah tamat nanti.

-------------------

Sesi persekolahan pada hari ini telah pun tamat. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah dengan kadar segera.

"Jumpa esok, Yeosang!" Ucap Wooyoung pada kawannya itu.

"Okey! Selamat jalan!"

Wooyoung berjalan pulang ke rumah seorang diri. Dia tidak sama seperti pelajar-pelajar yang lain di mana mereka pulang bersama ibu bapa masing-masing. Mereka ada pengangkutan untuk pergi dan pulang dari sekolah.

Namun tidak bagi Wooyoung. Sejak kecil lagi dia sudah terpisah dengan keluarganya kerana mereka pernah terlibat dalam satu kemalangan di jalan raya. Punca kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu bas itu sendiri yang menyebabkan ramai penumpang maut termasuklah ibu bapanya.

Selepas kemalangan tersebut, Wooyoung dijaga oleh neneknya sebelum dia meninggal akibat penyakit kanser yang dialami. Sekarang dia tinggal di sebuah rumah peninggalan keluarganya seorang diri.

Wooyoung juga sudah mahir untuk berdikari. Setiap hujung minggu dia akan bekerja di sebuah pasar raya yang berdekatan untuk mendapatkan wang bagi menyara kos sara hidupnya.

Dalam perjalanan menuju ke rumah, Wooyoung terserempak dengan seorang lelaki yang berjalan terhuyung-hayang di hadapannya. Kelihatan dia seperti mabuk.

Pada mulanya Wooyoung tidak mahu untuk mengambil kisah namun setelah dapati lelaki itu rebah, cepat-cepat dia berlari untuk melihat keadaannya.

Wajah lelaki itu sangat pucat dan lemah. Pasti dia sakit... Wooyoung memapah lelaki itu dan bawanya ke rumah untuk jaga dia sehingga sedar daripada pengsan.

----------------

"Huh? Kau bawa lelaki asing masuk ke rumah kau?"

Soal Yeosang dalam talian. Wooyoung mengumam sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang masih tidak sedarkan diri itu.

"Ish! Kau ni... Kenapa kau berani sangat tolong dia?" tanya Yeosang lagi geram.

"Aku tengok dia macam sakit itu yang aku bawa dia ke rumah aku."

"Kalau dia berlakon macam mana?"

"Kalau dia berlakon, dia akan serang aku lah!" Jawab Wooyoung acuh tidak acuh. Yeosang disitu sudah mencebik geram.

"Beritahu aku kalau ada apa-apa berlaku nanti."

"Okey."

Selepas sahaja itu panggilan mereka terus tamat. Wooyoung meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja.

"Erm?"

Wooyoung terdengar satu suara. Apabila dia menoleh, kelihatan lelaki itu sudah tersedar dari pengsan.

"Hmm?" Lelaki itu memandang Wooyoung dengan tatapan yang keliru.

"Jangan risau. Kau selamat dengan aku."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro