BAB 1 - Terkejut

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Disaat aku,
perlukan dirinya,
disaat itu juga,
dia menjadi penyelamatku..

🍁🍁🍁

Nama aku Ali Bin Ghazali. Umur aku 17 tahun. Ye, tahun ni aku akan menduduki peperiksaan yang terbesar. Yang menentukan hala tuju hidup aku. Tetapi ada sesuatu yang orang tidak tahu perihal aku. Iaitu menjadi ejen rahsia M.A.T.A sejak aku masih di sekolah rendah sehingga menengah atas. Aku telah dilatih oleh para ejen yang berpegalaman bagi memantapkan lagi penggunaan Iris supaya aku dapat melindungi cyber raya dari ancaman musuh. Bagi memantapkan lagi penguasaan ku terhadap iris.

Seperti biasa setelah tamat waktu persekolahan aku akan ke akademi M.A.T.A. dengan Alicia. Huh! Alicia ni musuh aku. Eh? musuh ke? ish entahlah aku. Dia dengan aku mana pernah nak berbaik sejak dahulu kala lagi. Kalau jumpa dah macam anjing dengan kucing. Berperang 24 jam.

"Ali, cepatlah lembab!" jerit Alicia. Dia sudah berjalan ke hadapan meninggalkan aku dibelakang.

Aku melajukan langkahku supaya dapat menyaingi Alicia. Sungguh saat ini aku geram akan gadis cina itu. Dia selalu kata aku lembab, menyusahkan, tidak faham arahan dan lain-lain. Sakit hati titew taw!.

"Hari ini semua ketua teras nak jumpa semua ejen-ejen" ujar Alicia kepada Ali.

"Ha, tapi kenapa?" soalku pelik. Bukan apa, kalau tidak salah aku setiap ejen akan dikumpulkan jika mereka berbuat salah.

Alicia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia mengambil satu setem yang corak disetem itu adalah lukisan menara berkembar pada klip rambutnya. Dan memasukkan ke buku setem yang disediakan. Aku juga berbuat perkara yang sama. Cuma bezanya, corak aku adalah berbentuk duit syiling.

Akademi M.A.T.A.

"Wei Ali sini!" jerit Moon. Aku melempar senyum lalu menghampiri Moon, khai dan Iman.

"Kenapa ketua teras panggil kita semua eh?" soal Khai. Pelik.

"Kan? Wei, jangan-jangan kau ada buat masalah lagi tak?" soal Bulat yang tiba-tiba sahaja muncul. Takkan dia terbang dari langit kot?.

"Mana adalah!" marahku. Walhal, aku sendiri tidak tahu mengapa para ejen dipanggil. Mustahil jika semua dipanggil gara kesalahan ku. Tetapi logik juga. Ah, lantaklah!. Malas nak fikir. Buat penat otak je fikir.

"Tok baik mu tuduh Ali gitu. Mano tahu ketua teras ado bendo penting nok oyak ko sek kito" sampuk Chris pula. Dengan loghat kelantan. Chris dan kelantam berpisah tiada.

Bulat menjeling Chris. Dia cuma meneka, itu pun salah ke?.

"Perhatian kepada semua ejen sila ke bilik ketua-ketua teras sekarang juga. Saya ulang dengan segera" - Ejen Getha.

Semua ejen muda mengeluh kecil apabila suara ejen Getha mula memenuhi ruang dengan ucapannya. Di dalam kepala para ejen hanya satu persoalan sahaja. Mengapa mereka dipanggil?.

Tanpa membuang masa kesemua ejen termasuk aku berjalan ke bilik ketua-ketua teras. Namun, satu figura badan ini menarik perhatian aku. Iaitu Rudy.

Siapa Rudy? Dan apa kaitan dia dengan aku. Oh, dia musuh aku. Entah apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku. Aku sendiri tak tahu. Nak kata aku jahat dengan dia. Takdelah sampai aku bunuh dia. Aku baik walaupun lembab. Take a note ok.

Rudy, ni jenis seorang diri, pendiam dan sombong. Itulah sifat asli si rambut landak.

"Lembab" suara dingin itu berkata. Aku tersentak. Eh?.

Rudy memandangku dengan pandangan mengejek.

"Cepatlah budak iris" kata Rudy lagi. Itu adalah gelaran yang dia beri padaku sejak aku menjejak kaki di akademi. Nampak kan dia tak puas hati dengan aku?.

"Ada aku suruh kau tunggu aku ke?" soalku tidak puas hati. Kalau nak cepat sangat pergilah dulu. Entah apa masalah dia pun aku tak tahu. Agaknya waktu dia kecil dulu mak dia bagi susu formula. Sebab tu bila besar jadi macam ni. Geram pulak aku.

"Tck, siapa tunggu kau?" Balas Rudy tidak mahu kalah.

"Hek eleh, tepi ah" kataku. Lantas menolak sedikit tubuh Rudy supaya memberi sedikit ruang untuk melangkah ke hadapan.

Tubuh Rudy tertolak sedikit dan ia membuat ejen inviso itu menahan marah. Kau tunggu nasib kau. Detik hatinya.

Bilik Ketua-ketua teras.

"Kenapa ejen Getha panggil kita semua?" soal Alicia mewakili rakan-rakan ejennya. Manakala Ali dan Rudy baru sahaja sampai. Dan sepanjang dalam perjalanan ke bilik ketua-ketua teras pun mereka bergaduh. Kau rasa?.

"Baiklah, tujuan saya memanggil kamu semua adalah untuk memberitahu bahawa kami, pihak akademi telah menyediakan sebuah rumah untuk kamu semua. Setiap rumah hanya boleh dihuni dua orang sahaja" ujar ejen Getha panjang lebar. Senyuman di bibir tidak pernah lekang.

Para ejen yang mendengarkan perihal itu mengukir senyuman lebar. Sungguh mereka terkejut akan pemberitahuan tentang rumah yang disediakan oleh Akademi M.A.T.A. Gempak gila kot!. Nampak sangat akademi ni kaya.

"Nicer!"

"Yeay ada rumah!"

"Allah, supo budok-budok lah sore-sore pun"

Rudy dan aku sedari tadi mendiamkan diri. Aku bukan apa, kalau pihak Akademi sediakan rumah, macam mana aku nak bagitahu ayah?. Pening pulak aku nak fikir alasan yang munasabah. Aish, masalah betul.

"Em, Ejen Getha ayah saya tak tahu pasal M.A.T.A. jadi apa alasan yang saya nak bagi dekat ayah?" soalku risau. Yelah, Encik Ghazali ni kadang-kadang boleh jadi polis tahu. Fahamkan?.

Ejen Getha mengulas senyuman mendengarkan soalan dariku.

"Jangan risau kami telah uruskan semua" jawab ejen Getha.

Aku menarik nafas lega.

"Lah, anak ayah rupanya budak tekno ni" Rudy memerli. Kedudukan aku dengan dia saat ini. Aku dihadapan dan dia dibelakang.

Aku mendengar ejekan itu lantas berpaling. Sehari kalau tidak cari pasal dengan aku memang mati agaknya. Cubalah bagi aku hidup dengan aman dan harmoni hanya untuk satu hari.

"Apa kau kata tadi landak?" soalku masih mengawal amarah.

"Apa kau panggil aku? Landak?!" Soalnya geram. Ada ke ejen inviso dipanggil landak?! The heck!.

Khai yang sedar akan situasi pertelingkahan itu segera membantu untuk meleraikan pergaduhan itu. Karang dua-dua hilang kawalan. Ha, masing-masing berlawan antara satu sama lain. Itu lagi parah.

"Sabar Ali, jom pergi dekat kawan-kawan yang lain" ajak Khai. Dia mengheretku ke arah rakan-rakan yang lain. Nasib baik Khai ada. Kalau tak, mesti jadi perang dunia kedua.

"Sudah. Kamu berdua ni pantang berjumpa ada sahaja nak digaduhkan. Baik, sekarang saya akan bahagikan pasangan kamu semua. Pertama, Moon dengan Iman" ejen Getha mula membahagikan pasangan masing-masing.

"Yeay" Moon bersorak kecil. Gembira bukan kepala kerana pasangan dia adalah Iman. Manakala, mengupas senyuman tipis.

"Yang kedua, Roza dan Zass" kedua matanya beralih pada Zass dan Roza.

"Cun" Roza berasa lega sedikit kerana pasangan dia adalah Zass. Zass memandang Roza lalu menbuat tangan 'ok'.

"Seterusnya, Jet dan Chris"

"Dengan budak kelantan ni. Ish" rungut Jet. Jelas dia tidak mahu duduk serumah dengan Chris.

"Supo takdok ore lain lah" giliran Chris merungut. Dia sendiri tidak mahu tinggal serumah dengan Bulat.

"Ok, Mika dan bulat"

"Cantik!" jerit mereka berdua serentak.

"Baik seterusnya, Alicia dan Khai"

"Wargh! aku dengan anak general garang tu" terkejut gila Khai.

"Apa kau kata Khai?" soal Alicia dingin.

"Err.. Heee.. Takde apa.. Takde apa" tergagap-gagap Khai berkata. Takut duh!.

"Yang terakhir, Ali dengan Rudy"

"Ha?!" serentak aku dengan Rudy berkata. Ruin my life! tidak!.

Sumpah, mereka berdua terkejut. Tinggal serumah dengan ejen inviso? Ok, memang gila. Satu kerja paling gila dalam dunia adalah tinggal satu rumah dengan si landak ni!.

TBC..

Re-Edit : 26 november 2019.

Abaikam segala typo :)
Re-edit. check in out!.



















































































































































































































Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro