BAB 9 - Love First Sight

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di saat aku,
perlukan dirinya,
disaat itu juga,
dia menjadi penyelamatku..

🍁🍁🍁

Hari ini persekolahan pertama bagi Shidah dan Farzana. Mereka berdua baru sahaja berpindah ke cyber raya. Itu pun kerana ibu bapa mereka dipindakan ke cyber raya.

Shidah mempunyai seorang kembar lelaki yang bernama Airi. Airi dia agak tenang berbanding Shidah. Farzana dan Shidah memang rapat sejak mereka berumur 6 tahun.

"Airi jaga adik ni elok-elok ye, kamu tu abang. Dan Zana tengok kan si Shidah ni ye" pesan puan Rai kepada anak sulungnya.

"Ha, dengar tu abang. Jaga adik bukan buli adik werk" perli Shidah sambil menjelirkan lidahnya.

"Mana ada abang buli kau. Kau tu yang manja" balas Airi tidak mahu mengalah.

"Ibu tengok abang ni" adu Shidah.

Puan Rai mengeleng-gelengkan kepala apabila melihat keletah anak-anaknya bermacam ragam.

Farzana pula sedari tadi hanya memerhatikan pergaduhan manja antara adik-beradik ini.

"Airi, baru tadi ibu pesan kan? dah pergi masuk sekolah cepat nanti lewat" kata puan Rai bersama senyuman.

Shidah, Airi dan Farzana mengangguk faham. Mereka bertiga melangkah ke sekolah baru dengan ceria sekali.

🍁🍁🍁

Sab dan Fox sedari tadi menunggu mangsa buli mereka. Siapa lagi kalau bukan Ali. Fox sedang bersandar pada dinding. Manakala Sab pula sedang enak menghisap rokok bersebelahan sahabatnya Fox.

"Eh, budak baru ke tu?" soal Fox sambil menunjukkan ke arag tiga orang pelajar itu.

Sab memandang ke arah yang ditunjuk oleh Fox.

"Hm, mungkin. Tak pernah nampak pun sebelum ni" balas Sab pelik.

🍁🍁🍁

Aku melangkah untuk ke kelas namun pergerakan ku seakan terbantut apabila melihat dua makhluk manusia yang sedang menungguku di tangga.

"Alamak" panikku. Aku berharap agar samseng sekolah itu tidak melihat ku.

Di satu sudut yang lain, Sab seakan terlihat kelibat Ali lalu memaklumkan kepada sahabatnya Fox.

"Fox, tu Ali"

Fox senyum sinis. 'Bagus. Hari ini rambut landak tu takde dengan dia. Peluang ni.' desis Fox.

Sab dan Fox mendekati Ali. Wajah Ali usah diceritakan lah. Sah-sah pucat.

"Haha... Mana nak lari? cepat bagi kami duit atau.." belum sempat Fox habis berbicara. Satu suara lain datang menyampuk.

"Atau apa?" soal Rudy. Tangan Ali di raih. Aku terkedu.

Fox mendegus.

"Kau ni sibuklah, aku tak cari pasal dengan kaulah landak. Tapi dengan Ali!" marah Fox. Geram.

Rosak rancangannya gara si landak ni.

"Entahnya, sibuk je landak versi manusia ni" ejek Sab.

Rudy memandang tajam dua orang manusia di hadapannya.

"Sekali lagi aku nampak kau buli Ali. Aku tak teragak-agak buat sesuatu yang korang akan menyesal dan melutut depan aku juga Ali. Ingat!" Kali terakhir Rudy memberi amaran dan peluang kepada Fox dan Sab.

Setelah itu Rudy mengheretku ke tempat biasa kami pergi. Wajahnya jelas marah.

"Rudy, kita nak pergi mana? lepaskan tangan aku boleh?" soalku bertalu.

Rudy memekak kan telinganya.

"Rudy!" jeritku geram akan respon yang diberi oleh si inviso itu.

"Diam dan ikut. Atau aku cium kau depan kolam ni" ugut Rudy.

Aku tersenyap membuntuti langkah Rudy.

🍁🍁🍁

"Jadi nama dia Rudy. Wah, hensemnya. Kenapa jantung aku berdebar-debar ni? takkan lah cinta pandang pertama?" Soal Shidah sendirian. Dirinya disandar ke dinding. Tangannya memegang dada dan tersenyum lebar.

Dia membayangkan masa depannya bersama manusia bernama Rudy itu.

Bermula pandang pertama,
terlihat kamu di depan mata,
terasa debar di dada,
melihat kamu tak tentu arah,

Kau buatku terpaku,
sepertinya diriku,
yang mahu,
diri kamu..

"Shidah! dekat sini kau rupanya. Puas aku dengan Airi cari tadi. Kata nak pergi ambil buku tadi?" soal Farzana risau.

Shidah yang perasan akan kehadiran sahabatnya itu. Terus tersengih-sengih. Baru nak berangan.

"Dah jom pergi kelas" kata Shidah.

"Bukan kau kata nak ambil buku ke?" soal Farzana.

Shidah tidak menjawab persoalan sahabatnya itu malah bibirnya mengukir senyuman lebar.

'Aku yakin ni cinta pandang pertama. Rudy kau buat jantung aku bergerak pantas.' desis Shidah.

Farzana yang pelik akan sikap sahabatnya itu hanya menjongketkan bahu dan mengikuti langkah sahabatnya itu.

TBC..

Evening,
mohon abaikan segala typo
vote jika best and komen bila perlu.

Sorry! part ni ada sikit je RuLi😘 Maaf kalau hambar😭

Jadi akan ada cinta bersegi-segi ya lepasni😂

Next chap will coming soon.
stay tuned!


























































































































































Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro