Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Annyeong ❤️

"Kalau rasa keseorangan bila nak makan tu jangan lupa ajak bang Jhope, my dear sunshine!"
-Harapan awak-

                         ———————

"Doktor Jeon, ni barang yang doktor nak," salah seorang pekerjanya menghulurkan barang yang Jungkook mahukan. Jungkook mengangguk sahaja.

Pekerja-pekerjanya yang lain sibuk melakukan kerja masing-masing.

Jungkook yang lengkap sarung tangan dan kaca mata keselamatan menuang dengan berhati-hati cecair yang dipegangnya ke dalam bikar itu. Kemudian, dia menuju ke tempat terletaknya mikroskop. Raut wajahnya berubah.

"Jeon, kau dah jumpa belum?"

"Eo? dah tapi..."

Eunwoo menghampiri Jungkook yang sedang mengerutkan dahinya memandang hasil ujikajinya.

"Waeyo?" Eunwoo menyoal dengan hairan.

———————

Yeo Han menolak troli ke arah bahagian makanan. Stok makanan di dapurnya sudah habis jadi, dia mahu re-stock untuk dirinya dari pasaraya.

Kemudian, dia mengatur langkah ke bahagian barang basah. Semasa dia asyik memilih lauk yang akan menjadi santapan dia nanti, Yeo Han terdengar perbualan dua orang yeoja di sebelahnya.

"Weh kau tahu kan Doktor Jeon yang kacak tu akan menyelamatkan negara kita sekali lagi!"

"Jinjja? Aku tahu doktor tu kan pandai, kacak, husband material pulak tu! Dengan adanya doktor yang handsome itu, tak perlulah kita risau lagi!"

"Kannnn! Tak payah lah kita bimbang tentang penyakit pelik yang dihadapi pemandu lori tu!"

Kedua-dua yeoja itu ketawa kecil.

Reaksi Yeo Han pula mahu muntah mendengar perbualan mereka.

'Tch, handsome konon! Menyampah betul!' Bisik hatinya.

Yeo Han terdiam seketika.

'Penyakit pelik?'


———————

"Apa benda tu? Tak pernah pernah aku tengok virus tu sebelum ni," Eunwoo mengerutkan dahinya. Pelik.

"Memang kita tak pernah jumpa virus ni sebab dia asalnya dari badan haiwan yang jarang kita jumpa," ujar Jungkook dengan nada perlahan tetapi boleh didengari Eunwoo.

Eunwoo terkebil-kebil memandang jejaka di hadapannya. "Maksud kau?" soal Eunwoo.

"Kelawar mempunyai pelbagai virus yang hidup dalam badan dia. Tapi kelawar boleh hidup dengan virus tu sebab badan kelawar akan jadi panas bila dia terbang. So, virus dalam badan kelawar tu tak akan affect kat kelawar tu langsung walaupun dia hidup dengan virus."

"Jap jap apa kena mengena dengan kelawar tu? Aku tak faham."

Jungkook menghela nafas dengan berat.

"Anjing yang kita kaji sekarang ni ada virus kan?"

"So?"

"Punca semua tu datangnya dari kelawar."



"Dan kemungkinan anjing tu makan kelawar."



TBC

                   ———————

Keep vote and comment <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro