Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jarakkan diri awak dengan orang lain 1 meter tapi kalau dengan saya, jarakkan sebanyak 1 cm sahaja, sayang"
-Taetae Kim-

———————

Doktor Rowoon keluar dari wad pesakitnya. Isteri kepada pemandu lori itu segera berlari mendapatkan doktor itu.

"Doktor macam mana keadaan suami saya? Dia tak apa-apakan?" Jelas pada raut wajahnya begitu berharap yang suaminya hanya baik-baik sahaja.

Doktor itu memaparkan senyuman kelat. "Keadaan dia stabil tapi..."

Doktor Rowoon mengerutkan dahinya. Dia pelik.

"Tapi apa Doktor? Dia okey je kan?" Ibu mertua wanita itu menepuk perlahan bahu milik menantunya.

"Kami tak pernah tengok penyakit yang dihidapi suami puan dan kami pun masih tercari-cari penyakit pelik ni."

Si isteri itu terkejut dengan pernyataan daripada doktor itu seraya menutup mulut.

"Tapi jangan risau Doktor Jeon akan selesaikan masalah ni."


        ———————


Jungkook menyuntik vaksin pada tangan mangsa. "Rowoon, pastikan dia dijaga dengan rapi dan bagitahu aku keadaan pesakit ni."

Setelah itu, dia keluar dari wad itu. Doktor Rowoon menapak ke arah Jungkook.

"Sebenarnya penyakit apa tu? Aku tak pernah tengok pun."

"Aku pun tak pernah tengok jugak Rowoon. First time aku kendalikan kes pelik macam ni."

"Oh ya cakap kat isteri dia suami dia akan pulih seperti biasa."


———————


Beberapa hari kemudian

Pesakit itu makin pulih. Isterinya masuk ke dalam ruangan wad suaminya.

"Yeobo, hari ni yeobo boleh keluar," ucap isterinya dengan senyuman penuh lebar. Suaminya, Lee Do Hwa tersenyum melihat isterinya, Lee Hye min.

"Amboi, suka sangat dia," terkekeh Do Hwa ketawakan isterinya.

UHUK! UHUK!

"Yeobo yeobo gwenchana?!" Hye Min gelabah melihat suaminya lalu menghulurkan air kosong. Do Hwa segera minum air kosong dengan rakus. Dia mengukirkan senyuman manisnya sehingga lesung pipit terbentuk.

"Nae gwenchana jangan risau."

Doktor Rowoon masuk ke dalam wad Do Hwa. "Apa-apa perkembangan tentang Encik Do Hwa?" Soal Rowoon.

"Dia batuk doktor. Setahu saya dia jarang terkena penyakit batuk."

Rowoon mengangguk.

Dia segera memeriksa kesihatan Do Hwa.

"Mungkin ni kesan sampingan vaksin tu. Tapi takpe saya akan bekalkan ubat batuk, antibiotik dan ubat selesema."

"Tapi suami saya tak selesema."

"In case kalau dia ada selesema. Sebagai langkah berjaga-jaga saja," Rowoon mengukirkan senyuman.

"Kamsahamnida doktor," ucap pasangan itu.




TBC

———————

Siapa tengok extraordinary you? 😆 Kat sini ada tak stan Rowoon and Do Hwa? XD

2 chapters to go!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro