+1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aduhaiii panasnyaaa !!"

Aku mengipas ngipas muka aku yang dah basah lencun ni.

"Itu la pasal. Cikgu ni gila ke apa nak buat merentas desa time matahari terik ni ? Aku ni dah la allergic sunburn. Habisla camne aku nak ngorat taehyung nanti ?"

Aku geleng. Hmm Hana kalau tak cakap pasal taehyung tak sah.

Siapa tak kenal mamat hot lagikan ohsemm tu ? Nak nak pulak dia tu kingka sekolah dengan member dia yang lain.

Ape bende tah nama grup dia. Ban.. Bantal ? Banana ? Bangtan ?

Haaa bangtan.

"Okeyy semua, harini seperti yang kita tahu kita akan buat latihan merentas desa."

Aku hanya dengar tak dengar je apa yang cikgu cakap. Sbb matahari terlampau terik. Padahal baru pukul 9 pagi. Hisshh gamaknya banyak dosa kut aku ni. Eh ??

"Seperti yang kita tahu juga, tahun lepas pemenang kita masih orang yang sama."

Semua pelajar 'woo~' and tepuk tangan. Yela, tak lain tak bukan banana tu la.

Eh silap.

Bangtan.

"Kali ni kalau boleh saya nak pemenang yang baru. Kamu semua tak bosan ke kalau tiap tahun asyik muka sama je naik pentas ?"

"Bosannn cikguuu."

Habis satu padang bergema.

Hamboii ini nak tunjuk perasaan ke camne ?

"Weii Hyun. Kau nak lari tak?"

Hana bisik kat aku.

"Cuba kau tgk muka aku ? Ade nampak aku mcm bersemangat nak lari ke ?"

Hana sengih. "Heheh takdee."

Hana pandang beg yang dari tadi aku pegang.

"Let me guess, dalam tu mesti first aid kit kan ?"

Aku sengih.

"Pandaii jugakk kau ni ehh."

"Hmm aku dah agak dah. Kau an jenia yang mana pegi nak kene bawak bende alah tu."

Hana meng'roll' kan mata dia.

"Okey semua, kita akan mula dengan pelajar lelaki dulu. Kemudian nanti diikuti pelajar perempuan."

Selepas wisel dibunyi semua org berlari. Tapi aku berjalan.

Macam dekat shopping mall.

Aku ni jenis yg mmg pemalas bab bab lari ni. Almaklumla aku bukan budak budak athelete.

Hana dah lari tinggalkan aku. Biasala tu. Dia tu one of the atlet sekolah. Mesti la lari laju. Cakap pun laju.

Tengah aku menikmati keindahan hari ini walaupun panas terik, lagipun keluar sekolah mmg konfem aku amik peluang pergi marayau.

Tengah aku jalan jalan tu, tetibe aku dengar org jerit.

"Weii panggil cikgu weii !! Kaki dia teruk ni lukaa !!"

Aku cari dari mana datang suara tu.

"Ehh, tu bukan ke..."

tbc.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro