11 - lost in the dream

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa minggu kemudian

Hari ini hari Sabtu tapi kelab aku ada buat explorace untuk bagi peluang kat student kumpul markah koko. Ha, jangan ingat universiti tak ada kokurikulum!

Sebagai ahli kelab, aku kenalah bertugas jaga checkpoint sorang-sorang. Nasib baik ada shift kalau tidak, kesunyian aku jaga checkpoint belakang bangunan.

Sedang aku bersunyi, aku ternampak seorang lelaki dari jauh menuju ke arah aku. Nak kata peserta, macam bukan je? Sebab ni explorace berkumpulan.

Lelaki tu mula dekat dan aku boleh cam dah tu siapa. Tak lain tak bukan, protagonis cerita ini, Riri!

"Riri?" Aku memastikan.

Dia melambai ke arah aku.

"Kenapa datang sini?" Aku bertanya dia.

Dia menghulurkan kepada aku sehelai kertas yang berkenaan dengan explorace ni.

"La, nak hantar benda ni je? Susah susah je. Terima kasih, Ri."

Dia mengangguk lalu terduduk di atas lantai.

"Rehat dulu, Ri. Sembang dulu." Aku join dia duduk.

Dia mula berbual sambil memandang rumput, "Betul ke kau OK?"

"Ish betullah. Tak payah tanya dah. Penat aku nak menjawab." Ini dah kali keberapa dia tanya soalan sama. Yalah, sebab 2 minggu lepas nenek aku meninggal dan sepanjang 2 minggu tu aku memang tak ada mood nak datang kelab. Bila explorace ni perlukan petugas, aku tiba-tiba volunteer. Itu yang Fahri risau tu.

Comelnya dia risau pasal aku. Bertambah rasa cinta aku terhadap dia.

Cuteness +100 markah!
Love +100 markah!

"Kau rapat ke dengan nenek kau?" Fahri mula curious.

"Rapatlah jugak." Aku mula teringat saat-saat terakhir aku dengan nenek.

"Ni yang nenek kau yang nyanyuk tu ke?" Fahri bertanya.

Aku membesarkan mata, "Eh, macam mana kau tahu? Aku pernah cerita ke?"

Dia mengangguk.

"Tak sangka kau ingat walaupun aku tak ingat." Aku berkata.

"Aku sentiasa ingat setiap benda yang kau cerita kat aku."

Woah, there. Jangan buat aku syok sendiri please.

"Hm. Kau rasa nenek ingat tak yang aku ni cucu dia?"

"Mestilah ingat." Fahri meyakinkan.

Aku tersenyum pahit. "Walaupun—" Kata-kataku terhenti sendiri apabila suara aku tiba-tiba terputus. Air mata aku menuruni pipi.

"Walaupun... Walaupun dia nyanyuk?" Aku berkata dalam tangisan. Aku tak ada niat langsung nak menangis depan Fahri. Aku ingatkan aku dah reda terhadap pemergian nenek aku tapi bila bercerita tentang dia, air mata tu tiba-tiba nak keluar.

Fahri terkejut melihat aku menangis, "Um, Amirah." Dia tidak tahu dia perlu buat apa dalam keadaan sekarang.

"Sorry, Riri. Aku tak berniat nak nangis pun. Tapi—" Suara aku terputus lagi apabila aku tersedu. Aku menutup muka aku, tak mahu bagi Fahri tengok muka aku yang miserable tu.

"Kau nak tukar shift tak?" Fahri menggumam perlahan.

Aku menggeleng. Aku menarik nafas dalam kemudian menghembus. OK. Aku dah tenang sikit sekarang. Air mata aku biarkan kering sendiri. Nasib baiklah maskara aku pakai hari ini kalis air.

"Sorry, weh. Serius tak ada niat pun nak nangis." Aku meminta maaf.

Dia menggeleng sambil menyeluk tangan dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan genggaman.

Dia menghulurkan genggamannya kepada aku lalu menjatuhkan sebiji gula-gula batu perisa strawberi atas telapak tangan aku.

"Sorry. Ini je aku ada." Dia pula meminta maaf.

Aku tergelak, "Terima kasih, Ri. Muka aku OK tak? Makeup OK?" Aku bertanya dia tanpa segan silu.

Dia memerhati wajah aku betul-betul lalu mengangguk, "OK. Cuma hidung kau merah."

Aku mengangguk kemudian menggosok hidung aku. Apalah, buat lagi merah adalah.

Kemudian kami berdua terduduk dalam diam.

"Aku yakin yang kau ni cucu favorite dia." Fahri tiba-tiba menggumam.

"Hm?" Aku tersenyum mendengar pujukan dia.

Fahri berkata tanpa ekspresi, "Kaukan ceria. Semua orang suka."

Dia ni memang suka perangkap diri sendiri ke? "Tapi aku kenal sorang manusia dalam dunia ni yang tak suka kat aku."

Fahri tergelak, macam tahu-tahu je aku tengah cakap pasal dia. Kemudian dia berdehem, "Um, Amirah."

"Ya, saya?"

"Final exam nak dekat dah." Dia bertukar topik secara drastik.

"Lagi 3 minggu." Aku berkata.

Dia mengangguk, "Nanti aku akan graduate. Lepas tu aku nak sambung degree. Tapi bukan kat kampus ni. Mungkin kat mana-mana universiti yang dekat dengan rumah aku." Dia mula memberitahu pasal rancangan hidup dia.

Aku menongkat dagu. Walaupun gue gak mengerti ngapain dia tiba-tiba nak cerita pasal rancangan masa depan dia, tapi aku suka mendengar. "OK, lepas tu?"

"Degree aku mungkin 3 hingga 4 tahun." Dia menyambung.

Aku mengangguk, menyuruh dia untuk meneruskan cerita.

"Aku harap... Kau boleh tunggu aku." Dia menggumam.

Ayat last dia tu buatkan aku mengedip mata beberapa kali.

"Tunggu?" Aku cuba memastikan apa yang aku dengar tu betul.

Dia mengangguk, "Lepas aku habis degree, aku akan cari kerja bagus-bagus." Dia bagitahu lagi.

Oh, dia ni suka buat jantung aku berhenti sekejap. Dia mungkin tengah bercakap pasal nak belanja aku makanan fancy sebab aku dah jadi kawan dia.

Fahri menyambung, "Bila kau ready, aku nak bawak kau jumpa mak ayah aku."

Aku mengerutkan kening, "Mworago?" Tiba-tiba inner Korean aku terkeluar.

"Lepas tu aku pulak jumpa mak ayah kau." Fahri tidak mengendahkan aku.

Aku tak sangka maksud 'kawan' dalam konteks Fahri sampai kena bawak jumpa mak ayah. Macam nak ajak kahwin je.

Eh, kahwin?

"Riri, sekejap." Aku cuba menghentikan dia. Tapi dia tak hiraukan aku.

"Aku akan kerja bersungguh-sungguh. Tapi, kau pun kenalah belajar bersungguh-sungguh supaya senang dapat kerja nanti."

"Fahri, what's your point? Kenapa aku pun kena kerja walaupun kau tengah cakap pasal masa depan kau?" Aku menginginkan jawapan jelas. Jantung aku berdegup macam nak meletup dah ni.

Fahri terdiam kemudian berkata perlahan, "Kalau kau tak nak kerja, tak apa. Biar aku kumpul duit."

"Kumpul duit untuk apa?" Aku mula menaikkan suara.

Dia terdiam.

"Aidan Fahri, jawablah—"

"Amirah." Dia memotong percakapan aku.

Aku mengangkat kening, "Apa?"

Mata Fahri merenung mata aku lalu dia berkata, "Jom kahwin."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro