13 - love killa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hello, sayang!"

Fahri dan Badrul menurut pandangan ke arah punca suara itu. Kelihatan Amirah sedang berjalan dengan penuh berkarisma ke arah mereka.

"Hai, makwe Aidan." Badrul mengusik.

"Eh, kitorang dah bertunanglah." Amirah membetulkan.

Badrul membesarkan mata. Fahri pun.

"Aidan, seriuslah?" Badrul meminta kepastian.

Fahri mengeluh kemudian dia menarik cebisan baju kurung dipakai Amirah lalu mengheretnya ke tempat yang menyumbang lebih privasi. Sempat dia mengangkat tangan kepada Badrul untuk meminta diri.

"Kau kenapa?" Fahri mula berbicara selepas mereka berduaan.

"Betullah. Kau dah lamar aku, pastu aku terima. Kita dah bertunang." Selamba Amirah menerangkan.

Fahri menyapu muka. "Kau gila."

"Aku ke kau yang gila?"

"Aku dah cakap aku gurau, kan?" Dah mula bertengking.

"Ya, dan aku terasa dengan 'gurauan' kau tu! Kau dah tinggikan harapan aku pastu hancurkan camtu je. I deserve an apology!" Amirah menuntut.

Fahri mengeluh, "OK, aku sorry."

Amirah mengecilkan matanya, "Tak ikhlas."

Fahri menjeling dia.

"Aku akan maafkan kau kalau kau cakap kau suka aku jugak secara jujurnya."

Fahri terdiam seketika kemudian berkata, "Macam mana aku nak jujur kalau aku tak suka pun dekat kau?"

"Well, good luck then. Kau kena usaha untuk suka dekat aku." Amirah tersenyum jahat.

Fahri tidak percaya dengan kata-kata perempuan di hadapannya itu. Susu strawberi di tangannya langsung tiada selera untuk diminum.

"Kenapa diam je?" Amirah bertanya.

Fahri mengalihkan pandangan dari dia. Rambutnya disikat menggunakan tangan. Dia mengeluh kemudian kembali pandang Amirah.

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?" Fahri menukar topik.

"Berkat pertolongan adik ipar."

Fahri mengerutkan kening, "Akmal?"

Amirah menggeleng.

"Amalia?" Fahri menyoal walaupun itu sajalah jawapan yang tinggal.

Amirah mengangguk, "Adik beradik kau semua dah approve aku. Nak tunggu approval mak ayah kau je, Fahri."

Fahri speechless. Sekarang barulah dia tahu kenapa semalam Amalia tiba-tiba meminta jadual kelasnya melalui Whatsapp. Fahri pun bagi saja tanpa tanya banyak. Rupa-rupanya Amirah udang di sebalik batu.

"Kau dah ceroboh privasi aku." Fahri menggumam.

Amirah tergelak jahat, "Omo, kau nak saman aku ke?"

Fahri mendengus kasar, "Aku dah minta maaf, kan? Kenapa kau tak nak lepaskan aku lagi?"

"Aku tak rasa keikhlasan kau, Fahri."

"Dah tu camne? Nak aku kahwin dengan kau?"

Amirah mengangguk.

"Walaupun aku tak cintakan kau?" Fahri bertanya.

Amirah mengeluh, "Kenapa kau ni ego sangat, eh? Obvious sangatlah kau suka kat aku jugak. Kenapa kau masih tak nak mengaku?"

Fahri mengerutkan kening. Sejujurnya ini perbualan paling tak berfaedah yang pernah dia libatkan diri. Bergaduh pasal perasaan? Sangat tidak matang.

Amirah dengan sabar menunggu jawapan dari Fahri tetapi dia dikecewakan sekali lagi apabila Fahri mula berjalan jauh dari dia.

"Where are you going, sayang?" Amirah bertanya tanpa mengejar dia.

"Aku ada kelas." Fahri menjawab selamba.

"Wah, beraninya kau. Jangan lupa final exam nak start dah."

Fahri terhenti kemudian menoleh belakang, "Apa kena mengena?"

"Selagi aku tak maafkan kau, jangan harap kau boleh fokus belajar." Amirah mula menggunakan senjatanya sebagai insan yang dizalimi.

Fahri mengetap gigi lalu mula mendekatkan dirinya ke arah Amirah, "Kau dah melebih."

"Aku cuma nak tolong kau je."

Fahri mengerutkan kening.

"Tolong kau acknowledge perasaan kau supaya kau tak seksa diri kau dari dalam." Amirah berkata dengan tenang.

"Maksud kau, kau nak tolong diri kau supaya tak nampak macam perigi cari timba?" Fahri membalas balik secara sarkastik.

Amirah tergelak kuat. Fahri tersenyum sinis. Baguslah tu dua-dua dah jadi psiko.

Tiba-tiba kotak susu strawberi di tangan Fahri dirampas oleh Amirah. Amirah menghalakan penyedut minuman itu menghala wajah Fahri lalu dipicitnya kotak itu. Hasilnya, cecair berwarna merah jambu lembut tersembur ke atas muka Fahri, kemudian menitis ke atas bajunya yang berwarna hitam.

Splash!

Amirah membaling kotak itu ke atas lantai. "Kutip pastu buang dalam tong sampah." Sempat dia mengajar Fahri menjadi rakyat yang bersivik.

Fahri ingin mencarut tapi ditahannya. Dia sudah berjanji pada dirinya satu masa dahulu, yang dia tak akan berkata kasar dengan seorang perempuan. Kerana dia tahu, dia akan menyesal selepas itu.

Fahri terpaksa menunduk apabila tali lehernya ditarik Amirah, mengurangkan beza ketinggian antara mereka berdua sekaligus mendekatkan wajah mereka berdua, "Kalau kau rasa macam ilmu memang tak nak masuk dalam otak, dipersilakan untuk cari aku. Hit me up anytime." Amirah tersenyum manis kemudian tali leher dilepaskan. Dia mula beredar dari situ. Ktak ktak ktak bunyi tapak kasut tingginya.

Fahri menarik nafas dalam lalu menghembus. Dia mengutip kotak susu strawberi di atas lantai. Memang kosong. Gigih betul Amirah picit tadi sampai habis susu yang baru dibuka itu. Geram betul dia.

Fahri mengatur langkah ke dalam bilik air untuk membasuh muka yang berbau manis itu. Nasib baik dipakainya baju berwarna hitam pada hari itu.

Selepas itu dia masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat duduk di sebelah Badrul.

Badrul menghidu udara di sekelilingnya, "Aidan, aku tahulah kau suka minum susu strawberi, tapi sekarang kau pun dah bau macam susu strawberi. Asal do?"

Fahri malas mahu menjawab. Dia mengeluarkan pen, buku dan kalkulator lalu dia mula cuba untuk fokus pada pensyarahnya. Tetapi dia tak dapat nak berfikir dengan tenang sekarang.

Jantungnya mula berdebar. Mungkinkah kata-kata Amirah sudah membawa kesan?

🌼

lagu love killa sesuai betul dengan chapter ni :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro