15 - wish on the same sky

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku pun dah jatuh cinta dengan kau, Amirah."

Ah, aku rasa nak nangis. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku tak bermimpi ke? Jantung aku berdegup macam ia boleh meletup bila-bila masa saja.

"Kalau kau bergurau lagi, aku tolak kau jatuh tangga ni sampai kau mampus. Pastu mayat kau nanti aku heret bagi makan buaya." Aku ugut dia dalam nada serius.

Dia membesarkan mata.

"Kau memang betul-betul suka dekat aku?" Aku tanya dia.

Angguk.

"Bukan sebab kau kesiankan aku? Bukan sebab kau nak aku bagi kau berkat senang ulangkaji?"

Dia menggeleng, "Semuanya ikhlas dari hati aku."

Aku mengecilkan mata, "Macam mana aku nak percayakan kau?"

Dia mengeluh, "Aku dah bagitahu mak aku pasal kau."

Nani? Mak dia?

"Huh?" Aku meminta kepastian.

"Kau pernah jumpa mak aku waktu form 2, kan? Dia masih ingat kat kau."

Ya Allah, kenapa hati aku berbunga ni? Aku minat kat mak Fahri pulak ke?

"Aku... Ceritalah kat mama yang aku ada berkenan—"

"OK, stop." Aku menghentikan gumaman dia. Boleh gila aku kalau dia cerita sampai habis.

Ah, critical ni. Boleh tak sesiapa panggilkan ambulans?

"Ehem, sejak bila kau suka aku?" Aku mahu tahu lebih.

Dia mengangkat bahu, "Entah. Tapi sejak Zikri bagitahu yang dia dah try kau, aku rasa macam... Tak senang duduk... Aku rasa, aku nak aku je dipandang sebagai lelaki istimewa di mata kau." Dia menggumam perlahan.

Sudah. Aku tak boleh tahan dah. Siapa sangka Fahri boleh ungkapkan ayat ala-ala keluar dari novel cinta? Dia fikir dia tengah berlakon dalam movie Ayat-Ayat Cinta ke? Ini bukan Fahri yang aku kenal. Tapi bila terfikirkan akulah yang activate side Fahri yang cheesy ni, aku berdiri lalu meninggalkan dia terpinga-pinga.

Aku berjalan beberapa langkah kemudian berhenti menoleh dia, "OK, Fahri. Kita bercakap dalam jarak ni sebab aku rasa aku tak boleh dekat dengan kau sekarang."

Fahri pandang aku dengan muka expressionless dia.

"So, um, nak try lamar aku lagi tak?" Aku demand.

Dia berdiri dan berjalan mendekati aku. Dia ni tak faham bahasa barangkali. Aku dah suruh jauh dari aku.

Dia berdiri betul-betul di hadapan aku, "Aku kena belajar sekarang. Nanti aku habis final paper, aku bagitahu."

Eh, dia nak tinggalkan aku sekarang?

"Ala." Aku merengek.

Dia tersenyum.

Aku memuncungkan bibir. "Kau ada berapa paper? Bila final?"

"2 je. 2 minggu lagi habislah exam aku. Kau?"

"Aku ada 4 paper."

Fahri membesarkan mata, "Pergi study. Bye." Dia berjalan tinggalkan aku.

Aku mencebik. Camnilah dia. Tantah dia confess kat aku betul-betul sebab dia nak dapat keberkatan ilmu masuk otak?

.

.

.

Dia pelajar tahun terakhir. Tak peliklah dia lagi pentingkan pembelajaran dari aku. Aku ni kenapa?

Kelihatan Fahri menoleh belakang dan mendekati aku semula. Dia menyeluk sesuatu dalam totebag kemudian mengeluarkan satu tin kopi. Hm?

"Hadiah minta maaf." Dia menghulurkan pada aku.

Hahaha, aku baru teringat. Adakah ini jodoh? Aku juga mengeluarkan kotak susu strawberi dari beg aku lalu beri dia, "Hadiah minta maaf."

Dia membesarkan mata.

"Yalah, aku dah simbah kau dengan susu hari tu. Sorry, Riri. Aku bertindak tanpa berfikir. Geram sangat waktu tu... Bila fikir balik ni bukan hadiah tapi lebih kepada ganti rugi. Um, ke kau nak aku bagi baju baru?" Aku membebel panjang.

Dia menggeleng kemudian kami bertukar 'hadiah'.

Senyuman lebar tak mampu aku sorokkan, "Kenapa kau belikan aku latte?"

"Aku selalu tengok kau beli kopi kat kafe. Aku tak tahu beza latte, mocha, cappuccino... Jadi aku beli je mana-mana." Dia menggumam.

Aku tersenyum sambil membelek tin kopi itu, "Omo, you're so cute, Ri. Aku tak akan minum air ni sampai bila-bila!" Aku mengangkat muka dan ternampak dia sudah mencucuk straw ke dalam susu kotak yang aku belikan dia.

Senyuman langsung hilang.

"Gerak dulu. Jumpa lagi." Dia cuba nak tinggalkan aku lagi.

"OK, bye. Good luck exam, Fahri! Aku sentiasa doakan kau!" Aku mula melambai dia.

"Kau pun." Dia membalas lambaian.

Semasa dia berjalan membelakangi aku, aku rasa seperti ada benda tak complete.

"Fahri!" Aku jerit nama dia.

Dia menoleh dengan straw dalam mulut dia.

Aku melilau sekeliling. Line clear. "Aku cintakan kau, Fahri!" Aku menjerit dialog dari filem kegemaran aku.

Dia tersenyum tayang gigi.

"I love you!" Aku mula menggedik sambil membuat bentuk heart gergasi dengan tangan aku.

Dia mengangguk-angguk.

"Saranghae!" Aku bagi dia mini heart pulak.

Dia ketawa kecil kemudian menunjukkan sign 'OK' dengan tangan. Dia mula berjalan jauh dari aku.

Aku menarik nafas kemudian menghembus puas. Rasa ringan je diri ni, macam tak ada beban langsung.

Eh, sekejap. Aku kena belajar.

Aku mula mengatur langkah ke hostel perempuan. Rasa nak jalan sambil skipping sebab aku happy sangat. Oh, inikah kuasa cinta? Sebelum aku jumpa Fahri tadi, jalan ni terasa pudar tapi sekarang bunga-bunga mula memancarkan warna ceria. Panas terik matahari tadi kini terasa hangat dan selesa. Udara menjadi lebih segar.

Hahaha, k, over.

Semasa aku berjalan aku menerima mesej daripada Fahri.

i love you too

Langkah aku dihentikan. Oh Tuhan, aku rasa nak melompat je sekarang.

"Aaaaaaaa." Aku menekup muka aku lalu menjerit perlahan.

Aku menarik nafas lalu hembus kemudian melihat semula skrin phone.

Aku baru je bluetick dia, belum sempat aku nak balas, dia dah padam mesej dia.

Aku ternganga. Ah! Apa ni, Fahri?! At least bagilah aku screenshot dulu!

🌼

Beberapa bulan kemudian

"Pointer saya waktu final sem hari tu merosot sikit." Fahri berkata kepada aku. Nampak macam dia tengah mengadu tapi tiada intonasi sedih dalam nada dia.

Suasana di sekeliling kami riuh dan penuh dengan pelajar memakai jubah serta topi graduasi. Ada yang menangkap gambar, ada yang berbual, ada yang memegang jambakan bunga dan coklat. Ya, hari ini merupakan majlis graduasi pelajar diploma bagi batch Fahri.

"Berapa pointer awak?" Aku tanya dia.

"3.91."

Aku menjeling dia. Merosot tu memanglah merosot tapi masih dekan. Dia pikir 3.9 tu senang ke nak dapat?

"Dan saya rasa awak penyebabnya." Dia berkata.

Aku membesarkan mata, "Excuse me?"

"Final sem saya tak berjalan dengan lancar sebab awak."

"Salah sayalah ni pointer awak merosot?"

Dia mengangguk.

Aku pandang muka dia. Nak pastikan yang dia bergurau tapi dia serius. Tak percaya aku.

"Jadi awak nak saya buat apa?" Aku berkata dengan nada rajuk.

"Jangan contact saya sepanjang saya degree. Lepas habis degree, kita kahwin. Boleh?"

Aku membesarkan mata, "Hah?" Aku dengar dengan jelas apa yang dikatakan dia tadi, tapi tak mampu aku nak hadam betul-betul.

Dia tergelak, "Awak boleh tunggu tak?"

"Maksud awak... Kita putus untuk beberapa tahun pastu nanti awak datang kutip saya macam prince charming?"

"Takdelah sampai putus. Contact sekali sekala tu boleh. Tapi mungkin tak selalu. Kita sibukkan diri dengan benda lain, OK?" Fahri bertanya dengan suara dia yang kedengaran prihatin.

Aku mengangguk perlahan. Kemon, aku dah single 20 tahun dah.

OK, sebenarnya aku ada pakwe waktu aku form 1 tapi nama dia pun aku tak ingat. Ada jugak waktu form 4 ni aku minat kat sorang budak ni pastu end up dia pun suka aku jugak tapi rupa-rupanya dia playb— Apa-apa pun, aku boleh single untuk lagi 4 tahun, tak ada hal.

Aku mengetap gigi.

"Kau! Kau janji eh nak cari aku balik?" Aku tanya dia.

"Ehem." Fahri berdehem.

Aku turut sama, "Ehem, awak janji eh nak cari saya balik?" Aku membetulkan ayat aku.

Dia mengangguk laju.

Jangan culture shock tiba-tiba aku dengan Fahri tukar gelaran. Katanya ayah dia tak suka kalau pasangan guna 'kau aku' jadi kami dah mulakan training 'saya awak' sejak aku jumpa family dia hari tu. Eh, bila aku jumpa family dia? Heheh.

"Kalau awak tak cari saya balik, saya ada banyak cable! Akmal dengan Amalia sentiasa saya minta update dari dorang! Kalau awak tak cari saya, saya boleh gunakan kuasa doa saya sebagai orang yang teraniaya." Aku mula mengugut.

Dia mengangguk lagi sambil ketawa, "Awak, jaga diri. Jaga hati. Apa-apa hal saya tanya Rinie."

"What? Macam mana awak dapat nombor Rinie?"

"Jangan lupakan saya." Dia tukar topik.

"Takkan lupakan."

"Walaupun ada mamat Korea nak try awak?" Fahri menguji aku.

Aku mengecilkan mata. Dia ingat aku ni tak setia? "Sudahlah. Awak pun jaga hati! Jangan tiba-tiba ada perempuan rapat sikit, dah jatuh cinta!" Aku tiba-tiba rasa nak tumbuk dia sekarang.

"Jangan risau, Amirah." Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Satu pouch baldu berwarna merah. Hm?

Dia mengeluarkan rantai tangan berwarna silver lalu memberi aku. "Buat masa sekarang ini je yang saya mampu."

OMG, "Ini silver asli ke?" Aku mula meneliti rantai tangan yang dia hulurkan tu. Ada design heart kecil. Eee, cute!

Dia mengangguk. What? Tak mahal ke? Mana dia dapat duit waktu belajar? Dia jual choco jar ke?

"Saya beli guna duit scholarship." Dia menjawab soalan aku tanpa ditanya.

Oh, aku lupa dia top student. Semua orang nak hulur dia duit. Lagipun dia anak orang kaya.

"Cantiklah, Riri. Hehe! Thank you! Pasangkan kat saya boleh?" Aku meminta.

"Pasang sendiri."

Aku membalikkan mata. Tapi last-last dia tolong juga aku cangkukkan rantai tangan itu.

"OMG. Cute!!!" Aku mula mengagungkan rantai tangan itu.

"Riri, saya bukan tak bersyukur. Tapi saja tanya. Kenapa tak beli cincin? Barulah rasa macam saya dah bertunang unofficially." Aku bertanya curious.

"Tak tahu saiz jari awak."

"Tanya jelah saya."

"Malas."

"Ergh."

Dia tersenyum, "Bye."

Aku tersenyum pahit, "Bye. Jumpa lagi."

"4 tahun, Amirah. Tunggu saya tau."

"Yee, saya akan tunggu awak."

"Janji?" Dia mengangkat jari kelingkingnya.

"Janji." Aku turut ikut perbuatan dia.

Dia tersenyum, "Awak sedih ke?"

"Mestilah sedih. Tapi awak bukan segala-galanya dalam hidup saya. Saya ada family, kawan-kawan dan K-Pop, pandai-pandailah saya have fun." Aku meyakinkan dia yang aku sanggup tunggu.

"Kan saya dah cakap, awak ni pandai bawa diri." Dia berkata, nampak macam bangga.

"Heheh. Awak tak sedih ke?" Aku pulak tanya dia.

Dia menggeleng, "Saya tak perlukan perempuan dalam hidup saya."

Aku sepak kaki dia.

"Kecuali awak. Dan mak saya." Dia berkata perlahan.

Aku tergelak, "Goodbye for now."

Dia mengangguk, "Bye. Belajar elok-elok." Dah berapa kali kitorang cakap 'bye'.

"Riri pun. Congrats dah graduate!" Aku menepuk topi graduasi yang dipakainya. Terpaksalah jengket sikit. Rasa bangga pula tengok dia pakai jubah graduasi. Urmph.

Dia mengangguk.

"Love you." Aku berkata.

Dia pandang aku lama, kemudian tersenyum manis.

Hati aku berbunga. Mata aku berkaca. Ah, aku akan rindukan dia.

"Aidan!" Tiba-tiba satu suara mengganggu farewell kami. Kami berdua pandang ke arah suara itu.

"Lah, dating rupanya! Mama cari kau." Akmal berkata. Di sebelahnya ada Amalia. Comellah dua beradik ni. Sokmo berkepit.

Fahri memandang aku, "Jom tangkap gambar dengan family saya."

Aku membesarkan mata. Omo, aku tak ready. Memanglah satu family dia dah kenal aku tapi—

Tangan aku dipeluk Amalia. "Jom tangkap gambar, Kak Mirah!"

Akmal tergelak jahat tengok aku seakan-akan dipaksa, "Welcome to the family."

Aku tersenyum nervous. Berdebar. Nak tangkap gambar je pun, tapi terketar-ketar kaki aku.

Semasa kami berjalan ke pangkuan mak ayah (insert: bakal, mertua), aku mendongak melihat langit biru pada waktu itu.

Ini agak random, tapi kakak aku pernah cakap kat aku waktu aku homesick, sejauh mana pun atau serindu mana pun kita dengan orang tersayang, kita tetap duduk di bawah langit yang sama. Kalau kita lihat langit pada waktu yang sama sambil memikirkan tentang perihal satu sama lain, itu sama je umpama kita sedang berdiri bersebelahan.

This is not goodbye.

This is only the beginning.

Maka bermulalah penantian aku. Penantian menjadi isteri orang!

🌼

double update hari ni sebab esok saya mungkin takleh update. busy angkut barang balik kampus :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro