5 - secrets

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

what's your secret?

🌸

"Function AE/AF lock ni untuk lock settings yang kau dah set kat focused image kau."

"Oh wow. Aku baru tahu weh." Aku menjawab, memaksa diri aku untuk maintain cool. Jangan buat benda memalukan sebab Fahri ada kat sebelah aku.

Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Macam mana Fahri tiba-tiba ada kat sebelah aku? Dan kenapa dia tiba-tiba ajar aku pasal tips fotografi? Aku tak merungut. Aku sebenarnya bersyukur. Macam takdir pula.

"Terima kasih. Tapi kenapa kau tiba-tiba nak ajar aku?" Aku bertanya Fahri selepas menghulurkan phone aku kepada aku.

"Tanggungjawab." Sepatah dia menjawab.

Oh. Tanggungjawab bakal suami terhadap bakal isteri ke? OK gurau. Mungkin aku nampak macam perlukan bantuan tadi. Huhuhu. Aku tangkap gambar ladybug kat daun je. Pastu aku merungut kamera tak nak fokus kat daun tu. Tak sangka rungutan aku sangat kuat sampai dia datang menyelamatkan hari aku.

Aku mendekatkan jari ke arah ladybug dan membiarkan serangga cute tu merangkak pada jari telunjuk aku.

"Ta-da!" Aku tunjuk kat Fahri.

Fahri tak nampak teruja. Muka dia masih expressionless. Ala, aku ingatkan aku boleh tengok muka dia 'hidup' sikit.

Kelihatan Fahri mendekatkan jari dia pada jari aku. Omo. Dekat betul. Aku rasa nak cuit jari dia. Tapi aku tahan iman aku dari berterabur.

Ladybug tu merangkak ke arah jari dia. Tapi, jarak antara jari aku dan Fahri menghalang dia daripada melintas.

"Aidan, kau kena dekatkan lagi jari kau."

Dia mendekatkan jari dia 0.1cm. Hm, amat berkesan.

Sebenarnya cara paling mudah adalah dengan saling menemukan jari aku dan dia. Tapi takkanlah aku nak lawan hukum-hakam Tuhan semata-mata untuk bantu ladybug pindah dari jari aku ke jari Fahri?

Aku pun meniup ladybug tu. Bukan tiup macam BoBoiBoy angin ke apa. Tiup lembut je.

Hasilnya dia terbang ke jari Fahri. Lah, pandai terbang rupanya! Apasal kau tak terbang tadi?! Kau ni setan bertopengkan ladybug ke?!

Aku mendongak atas, mahu melihat reaksi Fahri.

Dia senyum weh. Tapi senyum sikit je.

Aku rasa nak melompat. Cute!

"Boleh aku tangkap gambar kau?" Aku tanya tanpa berfikir.

Dia menggeleng. Senyumannya langsung hilang.

"Alaa! Gambar kau dengan ladybug ni je! You don't want?"

Dia menggeleng lagi. Dia meletakkan ladybug pada daun semula lalu meninggalkan aku.

"Hei!" Aku berlari anak mengejar dia.

"Aidan, kenapa kau diam sangat?" Aku tanya dia lagi selepas berjaya menyamakan langkah aku dengan dia.

Dia diam. Langkah dia laju. Oh, dia ingat aku tak boleh nak seragamkan langkah aku dengan dia? Kemon. Aku athlete sekolah kot dulu!

Tapi jalan sama-sama pun tak ada guna. Dia tetap diam. Perjalanan sepanjang taman tasik di kampus ini terasa panjang pula. Aku menghayati landskap di sekeliling aku.

"Kat sekolah kenapa panggil aku Fahri?" Fahri tiba-tiba memulakan perbualan.

"Hm?" Aku terkejut bila dia start bercakap. Tapi Fahri diam je.

Bila dia diam tu, aku faham dia tak nak ulang soalan. Jadi aku pun jawab, "Fahri tu nama hero hensem dalam movie Ayat-Ayat Cinta... Bila aku panggil kau macam tu aku rasa macam fefeeling dalam movie sikit."

Fahri diam. Sekarang aku rasa macam nak gali kubur aku sendiri. Memalukannya aku ni.

"Lagipun sedap nama tu. Aku suka. Aku cintakan kau, Fahri." Aku menyambung.

"Hm?" Dia kedengaran terkejut.

"Eh, bukan! Jangan salah faham. Itu dialog Aisha dalam movie tu." Dialog Aisha dan juga dialog aku pada masa akan datang.

"...Siapa Aisha?"

"Ai- Tak kenal ke? OMG, jangan cakap kau tak tengok cerita tu."

Dia menggeleng.

"Aisha tu nama isteri Fahri tulah. Rugi kau tak tengok cerita tu, Aidan. Ergh, sangat menyentuh perasaan dan hati. Pengorbanan seorang isteri walaupun dia sayang suami dia. Oh, cakap pasal cerita tu pun aku rasa nak nangis."

Dia tergelak sikit. Oh my. Ya Allah, aku buat dia gelak ke?! Progress!

Selepas tu kitorang diam hampir satu minit. Selalunya aku ni banyak topik nak cerita, tapi bila dengan orang yang kau pernah suka ni tiba-tiba rasa conscious.

"Sekarang?" Sekali lagi, Fahri memulakan perbualan.

"Sekarang apa?"

"Kenapa tak panggil aku Fahri?"

"Oh, aku... Erm... Orang selalu panggil kau Aidan, kan? Jadi aku rasa aku patut ikut orang lain. Rasa tak layak nak panggil kau Fahri sebab aku bukannya kawan rapat kau pun hihu."

Dia mengangguk. Itu je response kau?

"Kenapa kau tanya?" Kali ini aku pula soal.

"Saja. Curious." Jawabnya sepatah-patah.

Kemudian sunyi sepi lagi.

"Kau... Nak tahu ke kenapa aku senyap sangat?" Buat kali ketiga, dia memulakan perbualan.

OMG, sudah tentu saya nak tahu!

"Nak." Jawab aku.

"Sebab aku ada social anxiety."

"O-Oh..." Alahai tak sangka sedalam itu sebab dia.

Kemudian kami berjalan dalam kesunyian dan kesepian lagi. Selalunya orang penat bercakap, kan? Tapi aku ni penat asyik diam je.

"Kalau aku nak tahu pasal social anxiety kau, boleh?" Aku tak akan mensia-siakan cubaan untuk mengenali dia dengan lebih dalam lagi.

"Kenapa nak tahu?"

"Sebab aku nak kawan dengan kau."

"Kenapa nak kawan dengan aku?"

"Ish, salah ke aku nak kawan dengan sesiapapun?"

"Banyak lagi orang yang lagi menarik dan kelakar kat luar sana. Tak perlu kot nak kawan dengan aku yang bosan ni." Dia ni kalau tak nak kawan dengan aku cakap jelah.

"Benci sangat ke kau kat aku?" Aku memuncungkan bibir.

Dia mengerutkan muka sambil menggelengkan kepala dengan perlahan.

"Dah tu? Kenapa macam nak halau aku je?" Aku bertanya dalam nada rajuk.

Dia diam.

Ah, aku ni dah macam melampaui batas je, "Mhm, sorry, Aidan. Aku mesti buat kau rasa tak selesa."

Dia menggeleng.

"Kalau kau OK, kau ceritalah pasal masalah kau. Aku nak dengar..." Aku mula memujuk dia.

Dia masih diam.

"Kalau tak OK tak apa. Lagi satu, aku rasa kau orang paling menarik kat dunia ni dan aku nak kawan dengan kau." Dah sudah, aku macam tengah melamar pulak.

Dia tersenyum sedikit. Beberapa detik berlalu, kemudian dengan perlahan Fahri membuka cerita, "Family aku, semuanya jenis bercakap. Kau tahu kan aku ada berapa adik-beradik?"

Aku mengangkat empat jari.

Fahri tersenyum sebelum menyambung, "Dorang selalu bercakap apa yang ada dalam minda, suarakan segala pendapat yang dorang ada, bagitahu semua lawak yang dorang tahu."

Betullah tu. Akmal antara orang yang paling open aku pernah kenal.

Tapi, kan? Aku rasa aku sama je macam dorang. Banyak cakap.

"Aku sorang je dalam family yang memang dilahirkan sebagai seorang yang pendiam. Aku lagi suka mendengar dan memerhati." Fahri menyambung.

"Kau takut kena judge ke?" Aku mula meneka.

"Bolehlah. Pastu aku tak suka bila orang tanya banyak soalan. Kau faham tak? Aku ada banyak ayat dalam minda aku, tapi nak keluarkan tu rasa susah. Aku akan rasa stres nak susun ayat." Gulp, dia macam tengah cakap pasal aku je.

"Oh, sorry..." Aku menggumam.

"Kenapa?"

"Sebab aku banyak tanya soalan kat kau."

"Tahu pun."

"Yalah, selepas ini aku tak tanya banyak dah."

Selepas itu kami berjalan dalam kesepian lagi. Dah berapa kilometer dah kitorang berjalan ni heh heh.

Bila fikir balik, aku dengan dia memang berbeza. Aku langsung tak kisah pasal apa yang orang nak cakap pasal aku. Kalau orang pertikaikan aku, aku akan lawan balik.

"Tapi, Aidan-"

"Kalau kau nak panggil aku Fahri, panggil jelah." Dia memotong cakap aku.

"OMG, boleh ke? Can I call you Fahri?" Aku berasa teruja.

Dia mengangguk.

"If I call you mine, can or not?" Aku melebih-lebih.

"Er." Dia tak tahu nak balas apa.

"Ehem, sorry. OK. Fahri, aku faham kau tak suka share apa dalam fikiran kau. Tapi kalau kau nak burst it all out, then just spill it. Tak perlu pendam. Tak elok."

"Tak ada sesiapa nak dengar..."

Aku terkedu mendengar ayat dia. Suaranya yang dalam tu kedengaran normal, tak ada nada sedih atau apa-apa. Tapi kenapa aku rasa sedih?

"Irsyad?" Aku bertanya.

"Dia kat uni lain sekarang. Aku tak boleh nak kacau dia selalu."

"Kat uni ni tak ada ke? Roommate ke? Classmate ke?"

Dia diam sebentar kemudian berkata, "Dorang semua ada life sendiri."

"Tahu, tapi kawan tu wujud ada sebab."

"Mungkin aku tak ada kawan. Mungkin orang di sekeliling aku cuma orang yang aku bersosial je."

Bertambah sedih aku dengar.

"Kalau macam itu, terimalah tawaran aku untuk jadi kawan kau." Aku bercakap sambil memuncungkan bibir.

Dia tersenyum. Take note setiap kali aku cakap Fahri senyum, senyuman dia memang tak lebar langsung. Setakat nak tunjuk lesung pipit dia yang cute tu je.

"Memang kalau nak ajak berkawan, kena tawar diri dulu ke?" Fahri menyoal.

"Tak adalah. Kau ni je special case."

Fahri tergelak kemudian berkata, "Aku ni membosankan. Kau akan bosan dengar cerita aku."

"Kalau aku rasa kau ni kelakar, camne?"

Dia menggeleng. Takkan punya. Mesti dia cakap camtu dalam hati.

Aku mengeluh. Untuk hari ini, aku give up nak ajak dia berkawan. Ajak berkawan macam nak ajak kahwin, huh! Susah bebenor.

"Oh, ya. Aku mintak maaf sebab aku cakap kau pemalas minggu lepas. Aku gurau je." Nasib baik aku tak terlupa pasal insiden ini.

"Kau dah mintak maaf, kan?"

"Dah, tapi nak mintak maaf lagi."

"Hm."

"Aku rasa amazed sebab kau ada minat terhadap sesuatu. Aku adore betul dengan orang yang ada hobi ni."

"Kau tak ada ke?"

Aku menggeleng. "Kalau kau ada tips fotografi lagi, kau bagitahulah aku, boleh?"

Kelihatan dia sedang berfikir sejenak sebelum mengangguk, "Zikri lagi pro."

"Wha? Siapa Zikri?"

"..." Dia diam.

"Oh, OK. Ingat dah. Kawan kau. Dia ke yang suruh kau jadi AJK?"

Fahri mengangguk.

And then, bam bam bam, sunyi lagi! Aku dah kehabisan topik. Penatlah bercakap dengan Fahri ni. Penat sebab berfikir nak cakap pasal apa je. Aku ni dahlah jarang guna otak. Bila bercakap dengan Fahri rasa macam tengah jawab ujian Matematik.

"Jom jadi kawan." Tiba-tiba Fahri berkata.

Aku membesarkan mata kemudian mendongak pandang dia. "OMG, are you sure?" Aku berkata dengan teruja. Rasa nak melompat pun ada.

Dia mengangguk.

"Kau takkan rasa annoyed?" Aku meminta kepastian.

"Tengoklah."

"Heh! OK, Fahri. Kalau kau rasa aku melebihi batas keselesaan kau, cakap je tau!"

Dia mengangguk.

"Janji?" Aku mengangkat jari kelingking.

Dia pandang tangan aku pelik.

"Angkat jari kelingking kau, pastu cakap 'janji'." Sempat aku beri dia arahan.

Dia mengangkat jari kelingking dan hanya mengangguk. OKlah, sebab kau cute, diterimalah walaupun tak cakap 'janji'.

Begitulah ceritanya. Cerita bagaimana aku dengan dia dapat jadi kawan. Agak awkward tapi tidak mengapa. One step at a time choo choo!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro