7 - mohae (what are you doing)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I did it. Aku dah buat benda bodoh.

Selepas habis kelas 10 pagi tadi, keinginan aku untuk berjumpa dengan Fahri membuak-buak. Aku nak jumpa dia. Nak cakap dengan dia. Aku rindu kat crush aku sorang tu.

Oleh sebab itu, sekarang di sinilah berdirinya aku, di atas lantai bangunan fakulti kejuruteraan.

Amirah, kau ni bengap tahap apa? Kau ni sumpah hopeless. Yakinnya kau Fahri ada kelas sekarang ni. Eee, aku geram dengan tindakan tanpa berfikir aku ni.

Kalau Fahri kat bilik hostel dia sekarang, macam mana? Takkanlah aku nak pecah masuk hostel dia kot. Aku tak nak jadi pencetus kes pertama pelajar perempuan ceroboh hostel lelaki.

Ergh, selepas aku sedar yang aku tak layak dan tak patut ada kat situ, aku mula melangkah pulang.

Tapikan, alang-alang aku ada kat sini, lebih baik aku bersiar-siar sekejap. Boleh tengok muka orang-orang pandai. Dan ramai kata budak engineer encem-encem dan lawa-lawa, so amarilah kita mencuci mata.

🌼

Mencuci mata aku bukan biasa-biasa. Sampai ke tingkat 3 aku naik bangunan tu.

Tak sia-sia ya aku cuci mata kat sini. Dengan ini aku mensahihkan khabar angin bahawa pelajar kejuruteraan semua visual belaka.

Aku berjalan seperti biasa di aras 3 tu dengan niat dalam hati yang ini akan menjadi aras terakhir aku kat sini.

NGIK

Pintu salah satu kelas di aras tu berbunyi. Aku berdebar menunggu sambil terfikir siapalah yang bukak pintu sampai menghalang pemandangan aku ni. Agak-agaknya yang bukak daun pintu tu visual jugak ke?

Selepas itu seorang pelajar lelaki keluar dan memandang aku.

Jodoh.

Jodoh weh. Sumpah jodoh.

Dalam ramai-ramai orang, Fahri jugak yang kena bukak pintu tu? Oh my God, memang taklah aku nak fikir yang semua ni kebetulan je!

"Amirah?" Fahri bertanya hairan. Macam mana aku boleh sesat kat sini?

Kemudian pelajar-pelajar lain dalam kelas tu berpusu-pusu keluar dan semua pandang aku. Walao wei inikah balasan aku sebab pecah masuk fakulti orang?

"Hehe, hai Fahri. Em, aku sesat." Aku menipu sambil tergelak nervous.

"Makwe Aidan ke?" Tanya salah seorang classmate lelaki Fahri di belakang.

"Diam-diam berisi kau, Dan!"

"OMG, Aidan ada makwe? Boleh percaya ke?"

Hai semua. Title makwe tu saya belum dapat lagi tapi saya masih dalam proses untuk mencapainya.

"Dia junior kelab photography. Jom, Amirah. Korang gi dulu." Fahri menjawab ringkas lalu membawa aku ke tempat lain.

"Oh, OK. Bye!" Aku melambai kepada classmate Fahri macam aku ni kawan dorang.

Dorang melambai semula.

"Nak pergi bilik apa?" Fahri mula bertanya semasa kami berjalan berdua.

Bilik apa? Alamak macam mana aku nak tipu ni? Aku... Aku nak pergi bilik...

"Nak jumpa lecturer, madam Norlizan." Aku main hentam nama lecturer. Minta maaf kepada mana-mana madam Norlizan di luar sana, saya petik nama madam semata-mata nak luang masa bersama crush saya.

"Oh, kau nak buat apa dengan dia?" Fahri tanya.

Huh? Nak buat apa?

"Kau kenal dia ke, Fahri?" Aku bertanya dengan berdebar.

Fahri mengangguk, "Dia ajar aku sem lepas."

Oh, shoot. Madam Norlizan wujud dalam fakulti ni? Amirah, nampak tak Tuhan nak tunjuk apa? Ni balasan kau sebab buang masa usha orang kat sini. Tambah dosa je!

"B-Bilik dia kat mana?" Aku tanya Fahri.

"Level 4." Jawab dia semasa kami mendekati tangga.

Jantung aku berdebar. Ya Allah, aku tahu ini balasan aku tapi tolonglah aku kali ni. Beri aku second chance, ya Allah.

Aku mengambil nafas dalam dan menghentikan langkah. "Fahri!" Aku menyeru.

Fahri yang berjalan terus ke depan tu turut berhenti dan menoleh belakang melihat aku.

"Fahri, kau ada kelas ke sekarang?"

"Dalam sejam lagi." Dia berkata dengan suara dalamnya.

"O-Oh. Kalau camtu kau pergilah makan breakfast dengan kawan-kawan kau. Aku boleh cari bilik madam tu sendiri. Hihi."

Fahri tenung aku lama. "Kau nak buat apa dengan madam sebenarnya?"

"Nak mintak cop pengesahan untuk dokumen aku je hihuhi." Aku ni bab menipu memang nombor satu.

"Kenapa tak mintak kat lecturer fakulti kau?"

Kenapa tak mintak kat lecturer fakulti aku? Hm, kenapa eh?

Aku mengeluh. Macam dah takde harapan je aku nak tipu lagi. Dia boleh agak aku menipu.

"Fine, aku jujur. Aku pergi sini nak jumpa kau." Aku memberitahu perkara sebenar.

"Kenapa nak jumpa aku?"

Sebab aku nak mintak tips photography. Dikira menipu dan tak ada kerja.

Sebab aku nak usha budak-budak engineer. Ada betulnya tapi tu bukan niat utama.

Sebab aku rindu kau. Terlalu jujur tapi inilah niat paling utama.

"Fahri, aku... Aku nak tahu lebih pasal kau." Aku memilih option paling jujur. Aku dah taubat tak nak menipu dah.

Fahri mengerutkan muka. Hairan dengan pernyataan aku tadi.

Aku mengeluh. Patut ke aku give up dan lari dari sini?

"Aku nak tengok environment belajar kau camne, pastu aku nak tahu makanan favorite kau apa, warna favorite... Benda-benda yang remeh macam tu... Aku nak tahu..." Makin lama aku cakap makin perlahan volume suara aku.

"Kenapa nak tahu?" Fahri tanya.

Duh, maklumat camtu keperluan seorang peminat. Walau seremeh-remeh sekalipun, tetap berharga.

"If you like someone you'll know." Aku pandang lantai.

At this point, aku dah bersiap sedia nak terima kata-kata pedas dari Fahri. Aku baru je confess secara tak langsung tadi. Sama macam waktu aku sekolah. Mungkinkah sejarah akan berulang lagi? Mungkinkah dia akan jadi lagi savage kali ni?

Mind your own business.

Takde kerja ke nak tahu pasal orang lain?

Kenapa busybody sangat?

Jangan kacau hidup aku boleh?

Kau ni annoying. Serabut, tahu tak?

Dalam minda aku terfikir kebarangkalian jawapan dari mulut Fahri. Come at me, bro. Aku dah bersedia secara mental dan emosi ni. Reject-lah aku sedahsyat mungkin.

"Aku suka strawberry." Fahri berkata.

Aku mengangkat kening.

"Warna favorite aku merah, sebab strawberry warna merah." Fahri menyambung.

Aku tergamam. Hah? Mimpi indah jenis apa ni? Jawapan tu langsung tak ada dalam senarai kebarangkalian aku tadi.

"Ada apa-apa lagi kau nak tanya?" Fahri menyoal.

Ya Allah, menyesalnya aku tak buat senarai soalan aku nak tanya kat dia. Ataupun aku buat biodata pastu suruh dia isi, itu pun idea bernas jugak.

"Er, cukuplah dua info tu untuk hari ni." Aku berkata malu.

Dia tergelak kecil kemudian menunjuk jari ke bawah. Dia mengajak aku untuk turun ke aras paling bawah.

"OK, tapi sekejap... Boleh tak betulkan tie kau?" Tiber. Bukan apa tapi tali leher dia macam selekeh sangat je. Geram aku tengok. Dia ada kelas lagikan selepas ni?

Fahri mengerutkan kening, macam sedang bertanya kenapa.

"Macam... Tak kemas..." Aku menerangkan.

"Sorrylah. Aku bangun lambat tadi. Kau betulkan boleh?"

"Bol— eh?! Aku betulkan?"

Dia mengangguk lalu memberi alasan, "Tak ada cermin."

Aku menelan air liur. Aku nak suruh dia masuk toilet tapi pada masa yang sama aku tak mahu lepaskan peluang ni. Peluang untuk fefeeling jadi isteri dia.

Aku kemudian mendekati dia. Sekarang aku bersyukur sangat aku pernah buang masa tengok satu video tutorial tali leher. Ya, video tu tersangat random tapi aku tengok jugak dari mula sampai habis.

Waktu inilah, aku kena manfaatkan masa terbuang aku dulu.

Aku mula membuka simpulan tali leher dia. Wah, sangat dekat ye tangan aku dengan dada dia. Rasa nak raba pun ada tapi aku tahan.

Jantung aku berdegup kencang, aku takut dia boleh rasa je.

Pastu aku bawak belah kanan ke situ. Dan masuk situ. Pastu kemas-kemaskan sikit.

Dah siap!

Wah, bagusnya aku ni! Ciri-ciri isteri mithali +1 markah!

Sekarang, tinggal nak salam tangan dia pastu cium pipi dia.

Aku menghulur tangan kepada dia untuk disalam.

"Huh?" Dia keliru.

"Oops, sorry! Lupa belum kahwin!"

Dia senyum sambil mengerutkan kening. Melayan aje aku mengorat dia.

"OK good! Nak aku tangkap gambar kau?" Aku bertanya dia.

"Buat apa?"

"Nak buat wallpa— eh, silap. Nak tengoklah OK ke tak."

Dia menggeleng.

Aku hampa. Nampaknya taktik aku untuk mendapatkan gambar dia secara legal tak berkesan. Dalam gallery aku banyak je gambar dia, tapi semua ditangkap secara haram.

"Aku percayakan kau." Fahri berkata.

Neomu banjjak banjjak nuni busheo! No no no no no!

Dia percayakan aku? Oh my God. Janganlah camni. Kang aku meletup sebab happy sangat, kau yang bertanggungjawab tau.

Aku tergelak, "Well then, jom turun bawah!"

Semasa berjalan ke aras paling bawah, aku ambil peluang untuk berborak lagi dengan dia.

"Patutlah waktu kelab aku selalu nampak Fahri minum susu strawberry!"

Dia tersenyum kemudian dia mengambil tote bag dia dan tunjuk kat aku keychain strawberry yang dia gantungkan di situ.

Eee, comel! Mesti dapat dari Cameron Highland tu. Confirm. Aku syak mesti dia beli baju cenderamata yang ada gambar strawberry kat tengah-tengah. Mesti punya.

"Sukanya kau dengan strawberry!" Aku tergelak tengok gelagat dia.

Dia mengangguk laju.

Urmph, comel nak mampuih. Aku menutup mulut.

"Kenapa?" Dia hairan tengok aku tutup mulut.

Aku tutup mulut sebab tak nak nampak yang aku excited. Aku menggeleng lalu berkata, "Kalau camtu aku panggil kau strawberi Fahri, nak? Hahaha!" Aku main-main.

Dia menggeleng. Senyuman aku hilang. Aku kena reject gais.

"Sorry, aku gurau je..." Aku berkata.

Fahri menggeleng lagi. Ya Allah, laki ni nak cakap apa sebenarnya?

Aku mengerutkan muka. Cuba sedaya upaya untuk fahami dia.

"Kau suka ke nickname tu?" Tanya aku.

Dia mengangguk.

"Tapi panjang sangat kan nama tu?"

Dia mengangguk laju.

Aku menepuk tangan sekali, "Kalau camtu, aku panggil kau Riri! Short but sweet, kan? Macam strawberry!"

Dia mengangguk sambil tersenyum. Wah, macam bercakap dengan orang bisu.

Aku ketawa riang. Riri, you are the straw to my berry. And you're the one I wanna marry.

🌼

ada rasa deja vu tak baca chapter ni? heheh.

good luck untuk readers yang amik spm! the wait is finally over! may all your hard work pays off!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro