• S I X •

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kaki melangkah ke bangunan blok A yang menempatkan pejabat, bilik guru lelaki dan perempuan, prefect room, bilik disiplin, A.A privacy room, principal room.

Gadis itu mendaki tangga ke tingkat 2 lalu berjalan sehingga tiba di hadapan principal room. Bibir mengukir senyuman yang tersirat.

Tok tok tok

Pintu diketuk Ardell.

"come in!" sahut seseorang dari dalam. Ardell membuka pintu tersebut lalu senyuman yang amat manis ditayangkan.

Dia berjalan ke arah seorang wanita yang terdiam melihatnya.

"An-" Ardell meletakkan jari ke bibirnya untuk menyuruh wanita itu diam sebentar lalu memandang ke arah seorang jejaka yang daripada tadi memandangnya. Wajah berubah datar.

"kau, keluar" ujar Ardell datar. Lelaki itu memandangnya toya.

"kau siapa nak arah-arah aku?" soal lelaki itu. Ardell mengukir senyuman sinis.

'seriously mamat ni tak tahu...'

"oh ya? Tengku Lee Aaden Farhan. Kau tanya aku siapa nak arah-arah kau? Kau betul-betul tak tahu atau kau buat-buat tak tahu?" sinis Ardell menyoal lelaki itu. Riak wajah lelaki itu terkejut tetapi tidak jelas kelihatan.

"kamu boleh keluar Aaden. Dia pemilik baru sekolah ni, harap maaf. Nanti kita bincang lagi..." sampuk wanita yang hanya sedari tadi berdiam diri melihat perbualan tegang Ardell dan Aaden.

"baik Puan. Saya minta diri dulu, assalamualaikum..."

Aaden melangkah keluar. Sempat dia melirik ke arah wajah Ardell yang tiada perasaan itu.

Pintu ditutup rapat.

"maksu. Bahayalah!" jerit Ardell. Wanita yang 'digelar' maksu itu mengerut kening.

Bilik itu kalis bunyi, so kalau menjerit takkan jadi apa-apa dan tak mengganggu.

"dia yang masuk sini. Dia nak marah maksu pulak?" soal wanita itu.

"wahai Puan Anyn Sofea, saya manalah tau ada mamat tu kat sini..." ujar Ardell selamba. Dah salah tu mengaku je lah. Ardell..Ardell...

"ikut kamu lah Nysa. You win..." ujar Puan Anyn pasrah. Anak sedara dia yang sorang ni kalau tak menang tak sah lah. Asyik dia je hah.

"maksu..."

Ardell tersengih-sengih memanggil maksunya itu.

"apa kamu nak?" soal Puan Anyn malas.

"alahh, maksu merajuk lagi ke?"

"tak" jawapan maksu membuatkan Ardell ketawa kecil.

"maksu tak boleh mengandung lagilah kalau macam tu" ujar Ardell. Sengaja ingin menguji ibu saudaranya itu.

"kenapa pulak?" soal Puan Anyn hairan.

"maksu kuat merajuk. Nanti paksu tak larat nak jaga maksu lepastu baby lagi. Lepastu anak maksu semua suka buat mulut muncung ii macam maksu" ujar Ardell lalu ketawa terbahak-bahak.

Puan Anyn menjengilkan matanya.

"Nysa gurau je. Nysa nak ajak Amylia, Amar dan Amir pergi shopping sebenarnya. Tu Anysa datang sini nak minta izin" sambung Ardell. Amylia tu sepupu sebaya Anys dan Amir Amar tu anak kembar bongsu maksunya yang baru berumur 1 tahun 6 bulan.

"hah. Boleh jugak, nanti ambik Amir dan Amar dekat rumah pengasuh dia. Maksu pun banyak kerja harini..." ujar Puan Anyn. Ardell tersenyum lebar. Yuhuu! Tak sabar nak bawak budak kecik tu.

"thanks maksu! Love u!" ujar Ardell girang.

"ye la sama ii. Ni maksu ada sesuatu nak bagitau kamu..."

"apa tu?" soal Ardell.

"miss Sofea nak kamu jadi pengawas tahun ni..." ujar Puan Anyn.

Ardell terdiam.

Fikirannya mengingati ugutan seseorang.

Di dalam prefect room 2 tahun yang lepas...

"Ardell. Kamu terpilih untuk jadi pengawas untuk tahun ni sebab saya nak kamu jadi penolong pengawas bila kamu dah masuk 16 tahun nanti..." ujar miss Sofea. Semua senior Ardell tercengang.

"dia baru form 1 kot, miss. Takkan boleh jadi pengawas terus!" ujar seorang pengawas perempuan tanda protes tidak setuju. Ardell hanya terdiam sambil menunduk. Dia malu.

"takde-takde. Ini keputusan saya, muktamad!" ujar miss Sofea. Masing-masing merengus tidak puas hati.

"sepatutnya El yang dapat jawatan tu nanti..." ujar seseorang. Masing-masing berbisik-bisik.

"kamu biarkan je diorang tu Del. Semua, bersurai!" arah miss Sofea. Semua termasuk Ardell keluar daripada PR.

Ardell berjalan sendirian untuk menuju ke kelasnya di blok D. Tiba-tiba tangannya ditarik seseorang sehingga ke belakang bangunan blok C.

Ardell menunduk takut pada senior form 2 itu.

"hey budak gemuk. Kau tak layak jadi penolong pengawas! Hanya El sahaja! Tolak tawaran tu!" ujar seorang gadis daripada 4 orang gadis itu. Ardell hanya senyap.

"kau jangan berangan dapat jadi pengawas sebab aku je yang layak. Tolak tawaran tu, kalau tak, mak bapak kau takkan hidup, gemuk!" ujar gadis bernama 'El' itu lalu mereka meninggalkan Ardell yang menangis teresak-esak.

End flashback...

Ardell mengukir senyuman sinis. Inilah masanya untuk dia membalas dendam. Tak kiralah dia senior ataupun tak. Dendam tetap dendam!

"Nysa setuju" ujar Ardell. Puan Anyn menggelengkan kepala. Bukan dia tak tahu senyuman Ardell itu. Pasti ada sahaja rancangan yang bermain dikepala gadis itu.

"macam-macamlah kamu ni..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro