🚻 01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • KTH

Bab 01
---

Nama aku Jae Yoon. Seorang wanita yang sentiasa hidup dalam kesunyian.

Aku anak tunggal. Parents pun sudah lama tinggalkan aku. Ada sahabat karib tu pun seorang je.

Siapa lagi kalau bukan Park Jimin, si lelaki pendek bermulut pedas itu?

Tetapi , aku kembali berseorangan setelah Jimin membuat keputusan untuk sambung belajar ke luar negara selama beberapa tahun. Janjinya untuk pulang ke Korea terkubur begitu sahaja.

Penantian aku selama dua tahun terhadap kepulangannya dibalas dengan janji kosong.

Aku tepis salji-salji yang mendarat jatuh di bahu aku. Musim salji di kota Seoul baru sahaja bermula. Perasaanku bertambah sunyi. Namun, aku cuba untuk isi masa yang ada melalui aktiviti setiap hujung minggu.

Aktiviti melawat tempat bersejarah. Memang bosan. Aku akuinya. Namun, ianya memberi aku solusi untuk mengurangkan rasa sunyi.

"Muzium Istana Lama. Interesting juga. Aku redah je lah masuk. Bayaran pun murah je kan?"aku bermonolog dengan diri sendiri.

Kaki aku berhenti di hadapan Muzium berbentuk istana lama itu. Bibir aku serta-merta terukir senyuman kecil.

Degupan jantung berdegup pantas secara tiba-tiba menyebabkan aku hampir tergamam.

Sukar aku mahu tafsirkan perasaan yang baru muncul ini. Ada sesuatu dalam istana ini yang membuatkan aku terpaku.

---

Jae Yoon memerhati segenap ruang istana lama yang sudah dijadikan muzium itu. Muzium istana kerabat diraja pada zaman dahulu sangat menarik reka bentuknya.

Ruang istana tersebut lengang tanpa pengunjung. Hanya Jae Yoon sahaja yang masih berjalan sambil matanya meneliti segala ruang yang ada di dalam istana.

"Fuh. Cantik gile rekaan istana ni. Mesti seronok kan hidup zaman klasik? Naik kuda, mandi sungai, duduk dalam istana, jadi permaisuri. Tetapi, satu je tak best. Sebab takde internet. Bosan teruk zaman tu. Kuno betul diorang."bebel Jae Yoon tanpa sedar.

Bahunya disentuh seseorang. Gadis berumur awal 20-an itu memalingkan kepalanya ke arah belakang.

Seorang perempuan tua. Mungkin pekerja yang bertugas membersih muzium istana tersebut menggelengkan kepala.

Sesekali perempuan tua itu mengeluh sambil matanya memandang wajah Jae Yoon.

"Mak cik nak pesan. Mulut tu jaga. Jangan cabul sangat. Muzium ni istana lama yang betul-betul wujud sewaktu zaman Jooseon. Hati-hati adik."

Jae Yoon hanya tersenyum kekok akibat pesanan yang dititip perempuan tua itu. Sikapnya yang tidak ingin bergaul dengan orang lain membuatkan Jae Yoon segera beredar ke ruang istana yang lain.

Matanya tertumpu kepada anjung istana yang terletak di sudut paling hujung.

Hendak sampai ke anjung istana, dia perlu menuruni berbelas anak tangga terlebih dahulu.

Tanpa berfikir panjang, kakinya melangkah laju ingin menuruni tangga.

"Peduli apa aku? Janji dapat jelajah istana ni dan lepas ni, aku nak balik rumah. Aku kalau hidup zaman Jooseon, boleh meraung aku. Bosan, takde teknologi, aircond pun takde. L-lepas tu, asyik kena tunduk aje dengan arahan maharaja. Kau ingat aku nak hadap semua ni? Puih."

Berjela-jela leteran yang keluar dari mulut Jae Yoon. Mulutnya turut mencebik kegeraman akibat ditegur oleh makcik misteri itu.

Kakinya melangkah di atas anak tangga yang pertama. Mulutnya bernyanyi kecil.

Malang tidak berbau, Jae Yoon tersilap langkah hanya sedikit. Kakinya tersadung anak tangga dan dia dapat rasakan tubuh badan kecil miliknya bergolek jatuh menuruni tangga.

Nafasnya terasa semakin terseksa. Pandangan gadis itu mulai kabur.

Kata-kata akhir yang singgah di cuping telinganya hanya satu.

Sebelum matanya tertutup rapat, darah pekat semakin mengalir deras dari kepala sehingga membasahi dahi.

"Kerana mulut kau yang binasa, kau akan singgah di zaman Jooseon. Semoga berjaya, Jae Yoon. Semoga berjaya."

Kelopak matanya tertutup. Nafas yang dihembusnya semakin perlahan.

---
A/N: Zaman Jooseon. Ingat juga. Nama lelaki Jae Yoon adalah Jae Yoong.

Aku dapat rasakan dahiku seakan dilap oleh seseorang. Bunyi suara-suara manusia sedang berbisik halus semakin membuatkan telinga aku menjadi panas.

Pantas aku cuba membuka kelopak mata. Perlahan-lahan aku buka sehingga pemandangan yang aneh menyapa pandangan mata.

"A-aku kat mana ni?"

Aku letak tangan di jari. Kepalaku sudah berbalut. Kelopak mata aku terbuka seluas-luasnya. Bibir aku terketar-ketar menarik nafas yang terasa seakan tersekat di kerongkong.

"Tuan Jae Yoong nampaknya dah bangun. Terima kasih tabib (doktor) Lee."

Mata aku merenung seorang lelaki tua yang sedang sibuk memeriksa denyutan nadi aku. Pakaian yang dipakai lelaki tua tersebut adalah pakaian tradisional.

Dengan gaya rambut panjang yang disanggulkan ke atas kepala. Aku segera menarik tangan dan mengesot ke hujung katil.

"Korang nak prank aku eh? J-jawab!"jeritku.

Aku hampir gila. Mana tidaknya, suasana sekeliling bilik dihiasi dengan rekaan tradisional. Katil yang aku sedang baring pun diperbuat daripada kayu.

"Patik minta Tuan Jae Yoong tenangkan diri. Berehat secukupnya. Patik, tabib Lee sudah selesai berkhidmat. Doa patik agar Tuan cepat sembuh."ujar lelaki tua tersebut kepada aku.

Bahuku dipeluk seseorang dari arah kiri. Aku menoleh ke arahnya pula.

Raut wajah seorang lelaki berkulit cerah pucat sedang memandangku dengan keningnya yang sedikit berkerut.

Jelas terpancar raut wajah penuh kerisauan. Ini satu lagi. Dengan pakaian tradisionalnya, lelaki yang memakai hanbok berwarna hijau itu menepuk dahiku lembut.

"Cik Muda Jae Yoon, kau nakal sangat hari ni. Kalau identiti lelaki kau ni terdedah, kau yang susah nanti. Kenapa jatuh dari tangga? Nasib tabib Lee ada tahu tak?"soal lelaki itu bertalu-talu.

Aku pandang baju yang dipakai aku. Aku nampaknya lengkap berpakaian hanbok tetapi dalam versi lelaki.

"Ergh, m-mimpi ke ni?

Meletus ketawa dari mulut lelaki yang langsung tidak aku kenali. Dia merenung aku dengan tajam.

"Bangun dari sakit. Terus kau bercakap bahasa pelik. Yah, Joo Yeon. Kau sedar tak kau ada dekat mana sekarang? Kau ada di zaman Jooseon. Takkan jatuh tangga, dah hilang ingatan?"

Keanehan apakah semua ini?

"A-aku tak tahu. Sakit kepala. Teramat s-sangat."

Aku memegang kepalanya yang terasa berdenyut hebat. Sekelip mata tanpa sempat menjawab, aku rebah semula tidak sedarkan diri.

Aku mohon. Semua ini mimpi semata-mata.

-TBC-

A/N:

Bab seterusnya sudah mula panas enjin.

Suka tak bab yang pertama?

Harap tidak mengecewakan.

Kisah diorang baru nak start.

🐎

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro