🎮02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate 3 • kth

Jantung Jae Yoon berdegup kencang. Mujur rakan baiknya itu masih ada di sisi. Jika dia dibiarkan keseorang di ruang tamu tersebut, boleh pitam si Jae Yoon.

Raut wajah orang yang dirinduinya itu berada di hadapan mata. Helaan nafas Jae Yoon menjadi berat dan terseksa. Setelah dia sabar menunggu untuk tempoh 4-5 tahun, gerangan suami yang dinanti muncul tanpa amaran.

"Kawal diri kau, Jae Yoon. Rileks. Tarik nafas dan hembus perlahan. Aku tahu kau boleh."bisik Jungkook rapat ke telinga wanita itu.

Walaupun mereka bukan suami isteri yang sah, lakonan ini perlu diteruskan juga. Semuanya demi kebaikan Jae Yoon dan anak mereka.

"Eh, Jeon. Kahwin pun tak jemput aku. Siapa perempuan sebelah kau tu? Malu ke nak kenalkan wife sendiri?"usik lelaki itu sekadar ingin menceriakan reaksi wajah dingin yang dipamerkan oleh isteri Jungkook.

Jungkook tergelak kekok. Dia segera merangkul kemas pinggang wanita itu. Dia akui hatinya menjadi cemas tatkala pandangan anak matanya jatuh ke arah Min Jae Yoon.

"Okay, aku nak perkenalkan wife aku. Dia Jeon Jae Yoon. Puas hati kau Kim Taehyung? Hahaha, wife aku cantik kan..kau jangan rampas."ujar Jungkook sambil mengangkat jari telunjuknya kepada Kim Taehyung.

Taehyung menggelengkan kepala walaupun hatinya mengatakan hal yang sebaliknya.

"Aku belum cukup gila nak jadi perampas isteri kawan baik aku. Ramai lagi calon sedang berbaris nak tackle aku. Kau apa tahu?"balas Taehyung dengan menyelit sedikit gelak tawa kecil.

Semakin lama dia mencuri pandang wajah isteri Jungkook, hatinya berasa tenang. Belum pernah lagi dia rasai perasaan berbunga bahagia seperti ini.

"M-minumlah air teh yang saya bancuh tu, Encik Kim. Saya minta diri dulu. Nak pergi ambil anak dekat sekolah."suara lembut penuh kemanisan itu menggoyahkan sisi dingin Kim Taehyung.

Matanya menghantar pemergian Jeon Jae Yoon sehingga wanita itu menghilang dari kawasan ruang tamu.

Taehyung bangkit daripada lamunan itu kerana perutnya disiku kasar oleh Jeon Jungkook.

"Wife aku cantik sangat ke sampai kau pandang dia tak berkedip? Dia pergi kejap aje. Ambil anak kitorang."

Penjelasan yang tidak dipinta meluncur keluar dari mulut Jungkook. Taehyung mengangguk faham.

Sumpah dia sempat mencuri pandang cincin yang tersarung di jari manis wanita itu. Cincin itu mirip dengan cincin yang sedang dipakainya.

Nama 'Jaehyung' terngiang-ngiang di fikirannya. Hati lelaki itu didesak pula perasaan ingin tahu yang tinggi.

Bagaimana rupa sebenar Jaehyung? Anak pasangan itu sudah berumur berapa tahun?

Taehyung meraup kasar wajahnya. Tangannya memegang kuat bahu Jungkook.

"Anak kau...Jaehyung. Dia umur berapa? A-aku cuma teringin nak tahu je."

Jungkook mengedipkan kelopak mata. Lama dia merenung Taehyung sehingga lelaki itu dilanda perasaan kurang enak.

"Jaehyung berumur 4 tahun. Bulan Disember 30 haribulan ni cukuplah lima tahun. Birthday dia sama tarikh dengan kau. Untung betul appa dia ni."suara Jungkook begitu tenang sewaktu ayat-ayat itu meniti di bibir.

Taehyung menyingkirkan segala suara-suara negatif yang menghambat mindanya. Sisi lain di dalam diri menjerit geram kerana dia hanya mampu melihat wajah Jae Yoon untuk satu tempoh yang singkat.

Bertenang Taehyung. Your favourite girl sentiasa ada.

Rileks, Jae Yoon akan jatuh juga ke dalam genggaman kau.

-tbc-

A/N:

Update!

Btw, lewat malam sikit saya akan publish penpik TxT ❤

Are you ready?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro