🎮04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

A/N:

Siapa rindu update daripada saya?

------

Kim Taehyung memerhati gelagat comel Min Jae Yoon dari dalam rumah. Dia hairan dengan pasangan laki bini terlajak romantis itu. Ada apa di rumah Taehyung sehingga si anak Jeon teringin nak buat lawatan mengejut?

"Kau kena tenang, Taehyung. Bini orang mana boleh sailang. Ingat tu, aku tahu Jae Yoon cantik. Tapi, cukup. Stop it all of this stupid crush. Aku patut hentikan angau aku ni sebelum berubah teruk."monolog lelaki itu sendirian di hadapan cermin.

Bunyi deringan telefon pintar menarik Taehyung supaya berpijak semula ke alam yang nyata. Dia segera bergegas ke pintu rumah apabila panggilan telefon dari Jungkook terpapar di skrin telefon pintar.

----
Jae Yoon berasa gugup dan gementar ketika berhadapan dengan suami sebenarnya. Telapak tangan Jungkook menghangatkan lagi tangannya yang sudah menjadi sejuk.

Belum mula apa-apa tindakan lanjut, Jae Yoon berasa gelisah kerana penampilannya menjadi santapan mata Kim Taehyung.

"Maaflah kalau aku datang melawat kau mengejut macam ni. Rindu pula dekat kawan aku ni. Kau sihat tak hyung? Tak rindu aku dan Jae Yoon ke?"usik Jungkook dalam nada ceria.

Sengaja dia tekankan nama Jae Yoon. Halkum lelaki itu bergerak-gerak. Tanda ketara gelodak perasaan Kim Taehyung mencuit hati Jungkook.

Rasa kasih abangnya masih setia berdiri megah terhadap Jae Yoon. Senyuman lega terhias elok di wajah kacak Jeon Jungkook.

Reaksi Taehyung memudahkan urusannya untuk menyatukan dua insan ini secepat mungkin. Jungkook sanggup berkorban hanya untuk kebahagiaan Jae Yoon dan abangnya.

Anak tunggal pasangan itu, Kim Jaehyung harus bertemu ayah kandung yang sebenar. Dia tidak mahu memisahkan keluarga kecil itu demi kepentingannya semata-mata.

"Aku sakit perut pula. Aku masuk tandas jap. Nak pergi membuang. Hyung boraklah dengan wife Kook dulu."pamit Jungkook sebelum tubuhnya menghilang daripada pandangan mata Jae Yoon dan Kim Taehyung.

----
Jae Yoon mengambil tempat duduk di sofa paling hujung. Tempatnya berhadapan dengan Taehyung.

Wajah suami yang dirindui menjadi mangsa tenungan sepuas hati. Kemain gembira wanita itu apabila Jungkook mengajak dia untuk singgah ke rumah Taehyung.

"Aku ada jus oren je. Harap kau okaylah. Mana Jungkook kau? Pergi membuang ke tidur dalam tandas eo?"soal Taehyung bagi menutup perasaan gusar yang sedang berperang hebat di dalam hati.

Jae Yoon menekup mulut. Gelak tawa comel meletus keluar dari mulutnya. Kedatangannya di rumah agam itu harus dimanfaatkan dalam apa cara sekalipun.

Dia sentiasa berdoa agar ingatan dan memori Taehyung muncul semula.

Jae Yoon menyambut huluran gelas daripada Taehyung.Jae Yoon bertindak nakal. Wanita itu membiarkan telapak tangannya menyentuh jari Taehyung yang masih tersarung cincin perkahwinan mereka.

"Takpe, biarkan Jungkook. Boleh kita kenal-kenal dulu. Sedap air yang awak buat, sengaja eh nak buat saya sayang lebih dekat awak, kanda? Nanti Jungkook marah pula if saya gedik nak curang."ujar Jae Yoon bersama nada suara lunak dan merdu.

Taehyung melarikan pandangan ke arah lain. Peluh dingin merenik halus di kawasan leher dan dahinya. Usikan Jae Yoon menambah getar di dalam jiwa.

"Tolong senyap sebelum aku kiss kau, Jeon Jae Yoon. Minum air jus tu. Kunci mulut sehingga lelaki kau datang semula."ujarnya sinis. Taehyung membuka dua butang kemeja untuk melancarkan pernafasannya.

Dia hantar jelingan tajam kepada Jae Yoon. Wanita itu boleh pula balas dengan muka innocent.

Taehyung menggenggam kuat alat kawalan televisyen yang berada di dalam genggaman tangan. Doanya cukup ringkas pada saat kritikal itu.

Dia merayu di dalam hati. Semoga kedatangan Jungkook ke ruang tamu muncul dalam kadar pantas.

Taehyung bimbang. Dia risau jika dirinya berada di luar kawalan gara-gara digoda oleh Jeon Jae Yoon.

-tbc-

A/N:

Drama akan bermula di bab seterusnya.

Apa pandangan korang sekali lagi tentang watak Shin Ryujin?

🌚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro