🚻05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate | KTH

05
---

Min Jae Yoon mengemaskan kedudukan pakaian tradisional yang dipakainya. Wajah mendungnya direnung dengan penuh teliti di cermin yang terletak di hujung sudut bilik.

"Baru sehari aku jejak kaki dekat dunia klasik ni. Aku dah rasa macam nak give up. Sampai bila aku akan terperangkap ni?"

Jae Yoon melemparkan pula pandangannya ke arah katil milik Kim Taehyung. Penerimaan lelaki itu ke atas dirinya berakhir secara negatif.

Bibirnya digigit perlahan. Perasaan gelisah telah menyebabkan diri wanita itu tidak tenang. Dia seakan tiada hala tuju di dunia yang ternyata amat berbeza baginya ketika itu.

"Mampukah aku hidup dalam zaman ini dengan jayanya? Sampai bila semua ni akan berlaku?"soalnya seorang diri.

Angin yang menderu laju singgah di permukaan kulit Jae Yoon. Wanita itu hanya mampu mengeluh beberapa kali sebelum lamunannya terhenti akibat ketukan pintu dari luar bilik.

---
"Hai. Kau mesti budak baru kan? Jomlah ikut aku dan Namjoon pergi Dewan Hangang. Orientasi dah nak mula. Aku Jung Hoseok. Kau?"

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, pandangan mata aku bertemu dengan kedua-dua orang lelaki yang sedang tersenyum mesra ke arahku.

Kedua-duanya lengkap berpakaian tradisional hanbok. Lelaki yang bertanyakan soalan itu mengukirkan senyuman mesra. Manakala, seorang lelaki hanya tersenyum malu bersama lesung pipit di pipinya.

"Saya, eh a-aku Min Jae Yoong. Kau Hoseok dan kau?"soalku kepada lelaki berlesung pipit itu. Dia menunduk hormat.

Sempat dia berdehem sebelum suara garau miliknya menerpa masuk ke dalam gegendang telingaku.

"Nama aku Kim Namjoon. Kami gembira dapat bertemu dengan Tuan Muda Min Jae Yoong. Salam perkenalan."ujarnya ringkas namun kedengaran begitu sopan.

Hoseok mendekati aku tanpa sebarang amaran. Lengannya diletakkan di atas bahuku.

Aku hanya mampu membalas dengan senyuman kekok. Bahuku ditepuk olehnya dengan kuat.

"Jangan kau mengelamun, Min Jae Yoong. Orientasi nanti kau juga yang susah. Aku dengar banyak ujian pihak pentadbir nak uji kita semua."tutur Hoseok dalam nada suara separuh berbisik.

"U-ujian apa? Jangan takutkan aku Jung Hoseok. Namjoon, ada apa ya?"ujarku apabila pertanyaanku dibalas dengan renungan aneh lelaki berperwatakan ceria itu.

Namjoon menongkat dagunya sambil matanya tidak terlepas daripada memandang wajahku.

"Aku ada dapat khabar angin. Ujian tu melibatkan aktiviti rendam badan dalam air. Tetapi, aku sendiri tak pasti. Kita tunggu aje nanti. Jangan risaulah Jae Yoong."balas Namjoon.

Aku mengetap gigi. Ah sudah, aku sebenarnya tidak kisah jika aku diminta berendam sekalipun.

Asalkan aku tidak diminta untuk menanggalkan pakaian. Boleh bocor rahsia yang aku baru hendak lindungi ini.

Tuhan, semuanya akan baik-baik sahaja kan?

---
Kim Namjoon dan Jung Hoseok melangkah penuh megah ke Dewan Hangang. Dewan itu kelihatan bingit dengan suara-suara pelajar baru Institut Ilmu Bangtaneul.

Min Jae Yoon tidak terkecuali untuk turut serta dalam majlis orientasi yang baru sahaja hendak bermula itu.

Wanita itu mengikuti jejak langkah kedua-dua rakan barunya ke dalam dewan yang menempatkan puluhan pelajar baru.

"S-semua lelaki. Matilah aku nanti."gumamnya dalam hati. Mata Jae Yoon tertumpu ke arah seorang lelaki yang sedang dikelilingi ramai orang.

Lelaki kedua yang ditemui olehnya sewaktu mula-mula sedar di dalam dunia Joseon ini.

Dia, Jeon Jungkook. Putera Diraja bongsu yang sendiri mengakui bahawa Jae Yoon adalah sahabat baiknya.

Jae Yoon tidak menunggu masa yang lama. Dia terus melangkah pantas untuk bertegur sapa dengan lelaki itu.

Sekurang-kurangnya ada juga orang yang dikenalinya di situ.

---
Langkah kaki Jae Yoon terhenti tatkala matanya tertumpu terhadap tingkah laku Kim Taehyung.

Lelaki itu bergerak menghampiri Putera Jeon bersama senyuman manis di bibir. Lengannya memeluk bahu Jungkook dengan begitu erat.

"Hey, adik. Kau pandang apa? Sini semua lelaki. Takkan dah tukar selera? Aku tengok muka kau gembira benar."tutur Kim Taehyung sekadar ingin mengusik adik tirinya.

Mana tidaknya, riak wajah Jungkook sudah bertukar bahagia apabila matanya bertemu dengan kelibat si Min Jae Yoon.

Jungkook menyiku kasar perut Kim Taehyung. Mulutnya dimuncungkan ke arah hadapan.

"Hyung, sahabat baik aku dah sampai. Aku pergi jumpa Jae Yoong dulu ya?"pinta Jungkook sambil bibirnya mengukirkan senyuman lebar kepada Jae Yoong.

Kim Taehyung menghantar renungan tidak puas hati kepada Jae Yoong. Tangannya sempat menahan bahu Jungkook daripada terus mara ke arah Jae Yoong.

"Lebih baik kau duduk sini. Berbual dengan abang kau ni. Dia tidak penting dan tidak setaraf dengan kita. Kau tak ingat ke wahai Putera Jeon?"

Taehyung menjengketkan kening. Riak mukanya dibiarkan dingin agar si adik terpujuk dengan rayuannya.

Jungkook menggelengkan kepala. Dia menunduk hormat kepada abang tirinya.

Setinggi mana pun status dirajanya, Min Jae Yoon tetap akan dilayannya sama seperti dahulu.

"Ampunkan saya yang hina ini, Putera Kim Taehyung. Saya memilih untuk bertemu dengan Min Jae Yoong. Saya minta diri dulu."

Jungkook merentap pergelangan tangannya daripada genggaman tangan Kim Taehyung.

Dengan wajah yang dimaniskan, Jungkook pergi kepada Min Jae Yoon.

Taehyung hanya menjadi pemerhati. Matanya fokus meneliti wajah suci Jae Yoon.

Fikirannya sudah mengatur rancangan licik untuk melunaskan rasa dendamnya terhadap Min Jae Yoon.

"Kau tak akan hidup tenang, Jae Yoong. Aku jamin semua ini. Segalanya baru bermula."ujar Kim Taehyung.

Bibirnya tersenyum nakal. Matanya memerhati seluruh tubuh kecil milik Jae Yoon.

-TBC-

A/N:

Cerita ini baru nak panas enjin.

Sehari akan ada dua update daripada saya.

Mula-mula ni bosan sikit, bab-bab selepas ini dah boleh bikin korang meroyan.

Harap sukakannya . 💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro