🚻09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth
09

A/N: Maaf kerana lambat update.

Enjoy.
------------

Punggungku baru hendak mendarat di tempat bersebelahan Taehyung. Namun, perlakuanku dihalang oleh Jung Hoseok.

Lelaki itu tersengih lebar sambil tangannya sudah memaut erat pergelangan tanganku.

"Tuan Muda Min, kau ambil tempat duduk di sebelah aku la. Jangan usik dua orang singa tu. Emosi Putera Kim dan Putera Jeon tak stabil. Nanti kasihan pula kau."ujar Hoseok dengan perlahan.

Soalan yang diutarakan aku sebentar tadi langsung tidak terjawab. Masing-masing mengabaikan soalan itu bersama riak muka yang kurang selesa.

"B-baik. Aku duduk di sebelah kau, Hoseok. Terima kasih."

Hoseok menepuk bahuku sebagai balasan. Selesai mengambil tempat duduk bersebelahan dengannya, mukaku diangkat untuk melihat ke hadapan.

Anak mata Taehyung memandangku tajam. Sekelip mata sahaja semangat berkobar-kobar untuk menyertai perbualan keenam-enam orang lelaki tersebut terus lesap.

Satu perkara yang sedikit menganggu aku adalah riak wajah mendung yang tetap tertampal di wajah Jeon Jungkook.

Sekalipun dia tidak mahu memandang wajahku. Padahal, dia sendiri beria-ria mengakui dialah sahabat baikku ketika awal pertemuan kami.

---

"J-jungkook, kau baik-baik sahaja kan?"soal Jae Yoon kepada lelaki itu. Wajah Jeon Jungkook memandang wajah abang tirinya begitu lama.

"A-aku minta diri dahulu. Badan terasa kurang sihat. Izinkan aku untuk berundur diri."pinta Jungkook dalam nada tergesa-gesa

Susuk tubuh lelaki itu bergerak pantas meninggalkan kumpulan yang sedang sibuk beramah mesra. Hatinya yang sudah sedih dan keliru membuatkan Jungkook tidak betah untuk kekal lama di situ.

Rahsia yang disimpan abang tirinya itu semakin menyebabkan Jungkook tidak mampu duduk diam.

Dia harus bertindak segera sebelum sahabat baiknya jatuh dalam genggaman lelaki itu.

---

Sesi ramah mesra itu berjalan lancar walaupun adakalanya Taehyung sentiasa menghantar renungan tidak puas hati kepada Min Jae Yoong.

Mujur ada dua orang penghibur utama iaitu Kim Seokjin dan Jung Hoseok. Suasana yang dingin itu dapat juga diredakan sedikit.

Suasana malam yang meriah itu menghiburkan hati pelajar baru Institut Ilmu Bangtaneul. Tanpa mereka sedar, masa sudah tamat.

Gendang yang dipalu sekali lagi memberi isyarat agar semua pelajar beredar pulang ke kediaman masing-masing.

"Tuan-tuan sekalian diminta untuk pulang ke kediaman yang ditetapkan. Upacara perasmian sudah tamat. Kita akan bertemu kembali pada selepas terbit matahari pada keesokkan hari untuk upacara angkat sumpah pelajar."

Laungan kuat daripada pegawai bertugas mencetuskan suasana yang bingit dengan sorakan kegembiraan pelajar Bangtaneul.

Perjalanan mereka untuk bergelar pelajar secara rasmi di Institut Bangtaneul sudah semakin dekat.

Begitu juga dengan Min Jae Yoon. Permulaan hidupnya di zaman Joseon semestinya baru hendak mula memanaskan enjin.

---
Aku masuk ke dalam bilik yang dihuni seperti lipas kudung. Mataku meliar memerhati ruang bilik.

Aku dan rakan sebilikku,putera garang bernama Kim Taehyung. Selesai aktiviti perasmian malam tadi, kaki aku berdesup laju meninggalkan mereka terutamanya si Taehyung.

Mengikut pendapatku, lebih baik jika aku sampai dahulu di bilik. Sudahlah aku yakin diriku yang malang ini menjadi tumpuan putera itu.

Aku bimbang. Emosiku ternyata tidak stabil akibat perangai seram Putera Kim dan rajukan yang hadir tiba-tiba daripada Putera Jeon.

Klekk.

Pintu bilik dibuka oleh seseorang dari luar.

Confirm dia tu Putera Kim. Lebih baik kau angkat kaki pergi tidur cepat Min Jae Yoon.

Risau jugalah jika lelaki ini ada niat tak baik. Mati aku dibuatnya nanti.

Berbekalkan keazaman yang begitu tinggi, aku melompat ke atas katil. Selimut tebal aku balut ke badan dan wajahku turut disembunyikan di dalam kain tebal itu.

Gempak kan idea aku?

Mohon putera jahat tu tak gedik nak tarik selimut aku.

--

Kim Taehyung menapak perlahan ke dalam ruang bilik. Mulutnya hampir mengeluarkan suara tetapi matanya terpandang satu tubuh yang sedang berbalut dengan selimut tebal berwarna ungu pudar.

Keningnya terjengket sedikit. Raut wajah dinginnya bertukar dalam sekelip mata.

"B-budak lembik, kau memang tiada gunanya. Kau tetap sama macam dulu. Kau suka bagi aku marah. Kau suka bagi hati aku sawan seorang diri. Ingat bagus?"desis Taehyung.

Fikirnya Jae Yoong sudah lena. Dia seratus peratus yakin lelaki lembik yang dibencinya itu telah hanyut dilamun mimpi.

Dia membawa diri menuju ke tingkap bilik. Matanya asyik merenung keindahan suasana malam yang terhias indah dengan bulan.

Bintang-bintang yang berkelipan tidak mampu menenangkan hati putera raja sulung itu.

Tangannya terketar-ketar memaut sisi tingkap yang separuh terbuka itu. Kelopak matanya ditutup serapat mungkin.

Penumbul kecil terbentuk kemas pada tangan kirinya. Berkali-kali dadanya menjadi mangsa tumbukannya sendiri.

"Aku benci kau dari dulu. Sebab kau seorang sahaja yang buatkan hati aku macam nak pecah. Aku tak mampu bernafas dengan tenang. Lagipun kau lelaki, Jae Yoong. Kau l-lelaki. Menariknya, akulah yang terdesak nak selamatkan kau. Aku jijik kan?"

Telapak tangannya meraup kasar bibirnya. Nafasnya turun naik seperti manusia yang tidak cukup nafas.

Kim Taehyung terdesak untuk meluahkan rasa hatinya pada malam itu secara berseorangan.

Dia tidak sedar. Ada telinga yang mendengarnya dalam diam.

-TBC-

A/N:

Saya rasa bab ni paling sakai.

Rahsia Putera Kim Tae beb!

Hahahahahahahahahahah.

Takpe Tae. Kau sabor jap.

😂♥

Komen korang setakat ini.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro