🎮10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N:

Update mengejut untuk korang. Rinduuuuuuuuu.❤

----

Kim Taehyung mencuri pandang wajah cantik Jae Yoon. Kerenah nakal si cilik Jaehyung dilayan oleh wanita itu dengan penuh kasih.

Wajah kedua-dua anak beranak itu ditenungnya lama. Satu perasaan bahagia yang tidak terungkap besarnya membuatkan senyuman lelaki itu mulai melebar.

"Anak kau comel, Jae Yoon. Aku suka tengok dia dan kau."puji Taehyung sambil dia sempat menekankan perkataan 'kau' yang dituju khas buat Jae Yoon.

Detik-detik panas di ruangan dapur masih segar di dalam ingatan. Taehyung menggigit bibir agar kehendak hati dapat terkawal elok.

Pandang Jae Yoon lama-lama, dia boleh angau bagai nak gila!

"Comel macam appa dia juga lah."Jae Yoon membalas lontaran pertanyaan suaminya dengan nada tenang.

Telapak tangan Taehyung disentuh lembut. Beberapa saat juga Jae Yoon menatap wajah redup Kim Taehyung.

Dia rindu. Alangkah indahnya jika Taehyung pulih ingatan segera. Sudah cukup puas dia menyabarkan hati hubungan cinta mereka akan baik-baik sahaja.

"Saya nak tidurkan Jaengi dulu. Nanti saya tunjukkan bilik. Awak bermalam di sini ya? Jungkook izinkan."

Taehyung spontan menganggukkan kepala. Dia bawa wajah dekat ke arah Jaehyung. Pipi montel anak kecil itu dikucupnya mesra.

Jaehyung pula menjerit gembira. Tangan comel itu disuakan kepada Taehyung.

"Dukung Jaengi! Uncle kena teman eomma dan Jaengi ke bilik. No lari lari!"

Taehyung tergelak kecil. Dia mendukung tubuh anak Jae Yoon. Lalu, atur langkah kakinya dibawa ke bilik budak lelaki itu. Jae Yoon pula hanya mengikuti langkahnya dari arah belakang.

----

Jae Yoon mengeraskan diri di pintu bilik tetamu itu. Dia biarkan tubuh lelaki kesayangannya melangkah masuk ke dalam bilik

Perasaan gementar,takut, suka dan bahagia bercampur-aduk. Himpunan perasaan ini menyebabkan lidah Jae Yoon kelu tanpa sebarang kata.

Dia renung sayu susuk tubuh Taehyung dari arah belakang. Kalaulah situasi semua ini cuma mimpi, Jae Yoon ingin peluk Taehyung dengan erat.

Rindunya perlu dilunas segera.

"Aku..tidur di sini? Kau okay kan?"soal Taehyung. Lelaki itu bertambah risau kerana raut wajah Jae Yoon menjadi mendung.

Jae Yoon ralit memerhati Taehyung sehingga dia tidak sedar bibirnya mengumam lafaz-lafaz cinta seperti biasa.

"Aku rindu kau kau, Taehyung. I love you."dua baris ayat ini menaikkan lagi kadar denyutan jantung Taehyung.

Selimut tebal di atas katil itu diramas kuat. Kim Taehyung sukar menidakkan hasutan suara halus di hati dan fikirannya.

"Kau ada suami , Jeon Jae Yoon. Ingat Jungkook! Aku tak nak digelar perampas, sayang."bidas Taehyung, suaranya menegur lembut tetapi masih terselit ketegasan.

Empangan air mata Jae Yoon pecah saat itu juga. Pedulikan reaksi yang bakal diterimanya nanti. Taehyung perlu didedahkan kebenaran walaupun hanya sedikit.

"Kim Taehyung, i'm in love with you. Why should i stop myself from loving you? Saya terima jika awak tak mampu balas. Saya tahu saya bukan manusia yang sempurna,selamat malam Kim Taehyung. Maaf!"

Jae Yoon jangkakan satu penolakan. Namun, Taehyung pula bertindak sebaliknya.

-----

"Jae Yoon, berhenti di situ. Aku bagi amaran dekat kau."

Aku mengabaikan amaran yang dilaung olehnya. Derapan tapak kakiku bertambah laju. Perkara yang tidak disangka berlaku di situ.

Taehyung menarik semula aku masuk ke dalam bilik. Bunyi selak pintu ditolak melemahkan seluruh anggota tubuh badanku.

"T-taehyung. Please."

Kucupan bibirnya mendarat di dahi, turun di batang hidungku. Kemudian, bibir Taehyung berhenti di lekuk bibir atasku.

"Kau ada sorok apa-apa dari aku? Aku yakin kau memang hak milik aku. Bukan Jeon? Mengaku..mengaku hal yang benar."suara Taehyung berbisik halus seraya bibirnya menghembuskan deruan nafas hangat menyapa pipiku.

"Kim Jae Yoon. Bukan Jeon Jae Yoon kan?"

Taehyung menyatukan pautan jari-jemari aku dan dia. Dia menghimpit rapat tubuh aku di permukaan belakang pintu bilik.

Suamiku menjengketkan kening. Senyuman penuh bermakna dihadiahkan kepada aku.

"Muka Jaehyung memang seratus peratus copy muka aku. Perkara apa lagi yang kau mahu dustakan Jae Yoon? Tell me sweetheart."

Aku bercadang mahu membuka mulut agar soalan Taehyung berbalas.
Lelaki itu berdegil untuk kekal dengan caranya.

"Biar aku lepaskan geram aku dahulu, sayang. Enough for today. Aku dah cukup terseksa. Penjelasan selepas ini. Bersedia Jae Yoon."

Taehyung mencempung tubuhku. Aku biarkan lenganku merangkul leher suamiku tatkala permukaan empuk tilam di bilik tetamu itu sudah terasa di permukaan kulit.

Aku biarkan jari-jemari kasarnya bertindak menghanyutkan aku sekali lagi.

-tbc-

A/N:

Saya tangguh kejap kemunculan Shin Ryujin. Bab selepas ini ya. 😂

Rahsia Jae Yoon dah kantoi. Cuma, Taehyung masih dalam keadaan hilang ingatan. Ahahahahhaa.

Mood menyakai Ryujin sedang loadinggggg...🍹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro