🚻14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

14

---
A/N:

Ada dua/tiga update bergantung kepada mood saya. Jangan lupa tekan bintang oren dan hadiahkan komen untuk cerita ini. ❣

🍵

Kekok. Itulah satu-satunya perkataan yang dapat menggambarkan perasaan utama yang sedang melanda diriku pada waktu ini.

Gelagat kelima orang lelaki tidak berbaju sedang riang bergurau antara satu sama lain. Manakala, aku hanya mampu bersandar di sebelah Namjoon.

Air mandian haruman bunga ros itu disimbahkan sedikit demi sedikit sehingga membasahi keseluruhan wajah dan kawasan leherku.

Apabila aku sedar perlakuanku diperhatikan oleh seseorang, aku merendahkan tubuhku sedikit agar badanku yang sudah basah tidak menjadi perhatian mata nakal lelaki itu.

Iya, lelaki itu adalah Kim Taehyung. Fikiranku laju memutarkan bait-bait dialog berunsurkan gay jadian sewaktu di dalam bilik.

Taehyung, kau makin buatkan bulu roma aku menaik. Cukuplah dengan luahan mengejut kau. Perkara itu pun masih menyebabkan aku kekal Jungshook sehingga ke hari ini.

"Kanda-kanda sekalian, aku dengar khabar dari Pegawai Son. Malam ini malam untuk kita bertemu para gadis dari daerah Yeongu. Katanya lagi sesi pertemuan ni libatkan sesi beramah mesra dan perkongsian ilmu dengan para jelitawan semua ni. Paling menariknya, nak tahu tak?"ulas Seokjin panjang lebar. Bulu matanya dikedipkan begitu manja.

Tangan Seokjin menepuk permukaan air sehingga air itu terpercik kuat ke arah kami semua.

"Kanda cakap jangan tersekat-sekat macam mesin rosak boleh tak? Kanda nakal eeyy."usik Jung Hoseok kerana lelaki berlagak diva itu masih kekal diam. Riak mukanya ditayangkan penuh megah kepada rakan-rakannya.

--

"Perkara paling menarik adalah kita semua akan diberi keizinan untuk memilih pasangan masing-masing. Ini yang buatkan kanda suka. Eh, Jae Yoong. Dah rancang ke cara nak pikat jelitawan dari Yeongu?"soal Seokjin kepada Jae Yoon.

Wanita itu mendekati bulatan kelima-lima orang lelaki itu. Tangannya masih disilang ke dada. Raut wajahnya kelihatan serba salah untuk menuturkan jawapan bersesuaian kepada kanda Seokjin.

"S-sudah tentu. Siapa je yang tak nak berpasangan dengan perempuan cantik? Ini Jae Yoonglah. P-pemikat utama para jelitawan."balas Jae Yoon untuk menutup rasa gugupnya.

Jawapan yang diujarkan oleh Jae Yoon mencetuskan gelak tawa meriah dari kumpulan itu. Namun, ianya tidak bagi Putera Kim dan Putera Jeon.

Kim Taehyung tergelak sinis. Jari telunjuknya dihalakan ke arah Jae Yoong.

"Aku tak rasa dia mampu dapatkan mana-mana perempuan. Siapa je yang terpikat dengan budak lembik ni. Tsk."

Amboi, padu benar perlian dari putera raja itu. Jeon Jungkook yang hanya menjadi pemerhati berdecit halus. Tubuhnya bergerak mendekati Jae Yoong. Sebelum itu, sempat lagi bahunya melanggar bahu abang tirinya.

"Cakap tak serupa bikin. Hati cakap lain. Mulut cakap lain. Dusta semata-mata."bisiknya ke telinga Taehyung.

Taehyung merengus kasar. Lelaki itu terus meminta izin untuk beredar pergi daripada kawasan mandian itu.

Duduk lama-lama di situ makin membuatkan dia panas hati. Lagi pula dengan perlian pedas daripasa adik tirinya.

---
"Min Jae Yoong, kau pasti nak dapatkan pasangan pada malam ini? Kalau kau tak nak, aku boleh teman kau. Hahaha."pelawa Jungkook dengan wajah yang sudah membahang malu.

Berdesing telinga Seokjin tatkala kata-kata berbaur kasih itu jelas kedengaran. Namun, Seokjin tidak ingin mencelah perbualan mereka. Dia memasang telinga dalam diam.

"A-aku mestilah nak cari seorang perempuan. Mana tahu dapat kawan baru ke? Jangan risaulah Putera Jeon. Aku pasti akan dapat peneman. Aku doakan kau akan dapat juga."ujar Jae Yoon dalam nada riang.

Jungkook mengeluh kecewa. Wajahnya cuba dimaniskan kepada Jae Yoong.

"Aku minta diri dulu lah. Kita j-jumpa malam ini."pinta Jungkook secara tergesa-gesa.

Jae Yoon melambai tangan ke arah Jungkook. Gadis itu keliru dengan sikap sahabat baiknya yang sering berubah-ubah.

"Mungkin Jungkook ada hal kut. Tetiba aje minta izin nak undurkan diri. Hurm."

--
Seorang demi seorang sudah melangkah pergi meninggalkan aku di dalam kawasan mandian hangat ini termasuklah kanda Seokjin yang sejak dari tadi tidak henti-henti menyebut nama Jungkook dan Taehyung.

Entah, lelaki itu dilihat sengaja menyebut nama kedua-dua orang lelaki itu sambil matanya tidak terlepas daripada merenung mataku dengan gaya nakal.

Aku perlu berhati-hati dengan si Seokjin ni. Macam ada udang di sebalik mee sahaja.

"Tuan Muda Min nak berendam sampai badan kembang ke? Jomlah naik dan pulang ke bilik. Sejam lagi majlis ramah mesra dengan jelitawan Yeongu dah nak mula."ujar Jimin.

Aku menggelengkan kepala. Kedua-dua tanganku menggenggam erat hanbok putih yang sudah basah lencun dek terkena rendaman air mandian.

Risau pula jika tubuh badan asalku mulai menampakkan bentuk. Si Jimin ni pun satu hal. Tak nak balik lagi ke?

"T-tak nak balik lagi. Tuan Park beredarlah dulu. Nanti aku menyusul di belakang."

Jimin membasahkan wajahnya buat kali terakhir sebelum tubuhnya bergerak merapati tubuh badanku.

Aku terkejut. Lantas, aku berundur laju ke belakang.

Seorang lelaki manusia yang sengaja nak beri aku keseraman level maksimum.

"Jangan lama-lama sangat berendam. Nanti badan masuk angin. Ingat lepas aku pergi, terus kau balik bilik, Jae Yoong. Arasseo (faham) ?"pesan Jimin.

Jimin memanjat tangga kayu itu. Sebelum kakinya bergerak meninggalkan susuk tubuh aku yang masih terendam di dalam air, Jimin meletakkan satu hanbok bersih miliknya di tepi tangga.

"Aku balik bilik dulu ya. Ambil baju ni dan pakai. Taklah kau sampai di bilik dengan baju basah tu."

Kepalaku mengangguk tanda faham. Kata-kata yang dituturkan oleh Jimin menyebabkan hati aku berasa lega.

"Jimin, terima kasih jadi penyelamat aku h-hari ni."bisikku di dalam hati.

-TBC-






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro