🌸20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

Amaran Had Umur 15 tahun

Kening Taehyung terjengket perlahan. Dia bawa ibu jari untuk mengesat bibir sendiri yang masih terasa hangat.

Peristiwa malam semalam terbawa kesannya sehingga ke pagi. Taehyung mengurut permukaan dahinya perlahan-lahan.

Anak matanya merenung keadaan diri yang tidak terurus. Dengan rambut yang selekeh, butang baju kemeja yang terbuka hampir separuh, Taehyung menggigit bibir bawah.

"Rahsia aku simpan..tak kantoi kan?"

Kelopak matanya dipejam rapat. Taehyung berusaha gigih untuk mencungkil bait-bait memori yang berbaki. Namun, dia hanya ingat satu insiden kecil.

Insiden yang menyaksikan pengambilan alkohol berlebihan membawa kepada babak panas di dalam bilik tidurnya.

"Gila. Takkan aku tunjuk jelas sangat aku rindu Jae Yoon? Kau gila Taehyung. Kau cari pasal!"monolognya sendirian.

Selimut tebal ditolak kasar ke tepi katil. Taehyung keluar dari bilik. Misinya hanya satu, keadaan Jae Yoon perlu dipastikan terlebih dahulu.

-----
Jae Yoon menguatkan genggaman pada sudip kayu tersebut. Fokusnya untuk mereneh sup untuk Taehyung terbantut apabila dia sedar dirinya menjadi mangsa tenungan seseorang dari arah belakang.

"Jae Yoon, pusing belakang boleh? Aku nak berbual sedikit dengan kau."

Jae Yoon berdecit halus.  Helaian rambut panjang milik diri sendiri ditarik untuk menutupi kawasan leher yang terdedah.

Taehyung nak berbual? Dia dah ingat ke insiden panas malam tadi?

Badannya tetap kaku tanpa sebarang pergerakan sekalipun.

"Maharaja Kim dah ingat perangai nakal semalam? Mabuk dah hilang ke?"ujarnya separuh berbisik.

Sengaja dia membangkitkan gelaran diraja itu. Ada sesuatu yang lelaki itu sorokkan.

Dia dihujani dua persoalan utama. Taehyung masih ingat ataupun memori lelaki itu masih kurang jelas.

"Pandanglah aku..sekarang. Sebelum aku tambah lagi. Nak ke?"

Permintaan nakal Taehyung menyebabkan bulu roma Jae Yoon menegak tajam.

Wanita itu menutup api periuk. Dia hanya mampu memandang lelaki itu untuk beberapa saat sebelum pandangan matanya jatuh ke bawah semula.

"Minta maaf untuk semua bekas-bekas ni. Aku terlalu ikutkan perasaan. Maafkan aku Jae Yoon."tutur Taehyung lembut nada suaranya.

Jari-jemari runcingnya mengelus halus kesan-kesan cinta yang dibuat olehnya di leher jinjang wanita comel itu.

Kedua-dua lengannya mengunci pergerakan Jae Yoon. Bibir Taehyung membentuk sebuah senyuman semanis gula.

"Aku lamar kau untuk jadi milik aku. Jae Yoon, can you be my Mrs Kim?"

Walaupun lamaran itu terlalu awal, Taehyung si maharaja tetap dengan pendiriannya. Lebih baik dia bertindak pantas sebelum semua rancangannya musnah berkecai.

"Aku nak claim kau milik aku seorang. No Jeon, No Jae Kyung. Just me and you.

Jae Yoon bersetuju di dalam hati. Sudah tentu dia gembira dengan lamaran lelaki kesayangan hati sejak dari dahulu lagi.

Wanita itu sengaja ingin mengusik Taehyung. Kepalanya pantas digelengkan. Raut wajah ceria Taehyung berubah dingin.

Bahunya digenggam kemas oleh lelaki itu sehingga sudip kayu tersebut terjatuh ke atas lantai.

"Aku benci penolakan. Aku mahu kau."

Anak mata Taehyung memberi mesej tersirat kepada Jae Yoon.

Dia posesif. Dia hanya mahukan Jae Yoon. Sikap yang sama seperti zaman Joseon dahulu.

Fokus Maharaja Kim hanyalah terhadap Permaisuri Min.

Pandangan mata Taehyung jatuh pula ke kawasan bibir merah Jae Yoon.

"Kalau macam tu, kita rasmikan lamaran ini. Diam..tanda kau setuju."

Setiap sentuhan bibir Taehyung pastikan tiada kekurangannya. Desahan nafas kasar antara dia dan Jae Yoon menyebabkan Taehyung tersenyum kecil.

"M-maharaja Kim..maharaja Kim."

Dia terlalu suka bunyi gelaran Maharaja Kim meniti di bibir wanita itu.

"You like my touch. So, i'm happy with you.. my love."

Taehyung meneruskan adegan mesra itu tika jari-jemari Jae Yoon mula menarik kepalanya agar wajah mereka bersentuhan lagi rapat. Kedua-dua betis Jae Yoon dilingkarkan ke pinggang Taehyung. Tubuh kecil Jae Yoon ditolak perlahan ke dinding dapur.

Fuh, panas. Apa yang bermain di fikiran kau, Kim Tae?

-tbc-

A/N:


Perasaan korang selepas baca bab ini?

Bab-bab selepas ini dah terselit konflik, sediakan diri ya.

❤Done update for today.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro