🚻22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate | kth

22

---

A/N:

Maaf kerana lama menyepi. Akhirnya, saya boleh update dengan bebas. Zaman belajar dah tamat. T.T ♥

💞

Aku mengikuti jejak langkah Putera Kim menuju ke bilik bacaannya. Riak wajahnya masih kekal serius. Manakala, tangannya pula disilangkan ke dada.

Ceh, pandai ye putera Kim. Acah garang tapi dalam hati mesti berbunga cinta kan?

"Mengutuk aku dalam hati ke Min Jae Yoong?"

Aku laju menggelengkan kepala. Tangannya menarik aku masuk ke dalam bilik bacaan.

Usai pintu ditutup rapat, Taehyung memeluk tubuh kecilku dari arah belakang. Tindakan mengejutnya membuatkan hati aku berdegup pantas.

Sukar untuk aku membuang bayangan si putera yang sudah merampas tempat di dalam hati ini.

"A-aku rindu kau. Berjauhan sesaat pun aku tak boleh tahan. Bila kau nak jadi rakan sebilik aku semula? Kau buat tidur aku tak lena, Jae Yoong."luah Taehyung penuh perasaan.

Jari-jemari aku menggenggam erat pergelangan tangan lelaki itu. Wangian tubuhnya yang berbau harum dan mengasyikkan menyebabkan mulut aku diam tidak berkata apa-apa pun.

"A-aku sayang kau, Jae Yoong."

Perlahan-lahan luahan hatinya meresap masuk ke dalam gegendang telingaku. Aku menahan sebak di dada.

Putera Kim bukan milikku. Dia milik Jae Kyung. Mana mungkin dia dapat memutuskan tali pertunangan dengan mudah bersama jelitawan itu.

Masa yang ada perlu aku hargai sebaik mungkin.

Kerana Taehyung akan menjadi milik wanita lain kelak.

---

Kelakuan Jae Yoong yang hanya membisu sejak dari tadi membuatkan Taehyung tidak mampu duduk diam.

Bibirnya mengucup lembut leher dan dahi Jae Yoong dengan rasa kasih yang menggunung tinggi.

"Kau tak sayang aku ke, Min Jae Yoong?"

Tangan putera raja itu mengangkat dagu Jae Yoong sehingga kedudukan bibir mereka menjadi semakin hampir.

Wajah merah Min Jae Yoong mencetuskan rasa gembira di hati Taehyung.

Senyuman kecil mula terbentuk di bibir Jae Yoong dan ianya mendorong lelaki itu menghapuskan jarak bibirnya dengan Jae Yoon tanpa sebarang izin.

"Kau buat aku mengidam bibir kau setiap masa. Apa rahsia kau Jae Yoong?"

---

"W-weh, apa semua i-ini? Tampar muka aku sekarang Hoseok!"bisik kanda Seokjin kepada rakan baiknya itu.

Hoseok diam tidak terkutik di sebelah Seokjin. Mulut lelaki itu melopong luas. Seokjin segera menumbuk kasar bahu Jung Hoseok.

"T-tak nak. Aku dah rasa macam nak gila tengok semua ni. Kanda, kita tak bermimpi kan? T-tu... Si Taehyung sendiri cium Jae Yoong."

Seokjin meletakkan jari telunjuknya ke bibir Hoseok. Matanya mengisyaratkan agar lelaki itu mendiamkan diri walaupun mereka berdua sudah begitu terkejut.

"D-diam. Kita tunggu mereka habis. Baru kita senyap-senyap keluar."

Pada asalnya Hoseok dan Seokjin hanya ingin mengintip kedua-dua rakan sebilik itu. Namun, satu kejutan yang tidak disangka dialami oleh dua orang lelaki malang itu.

Mata mereka dihiasi pemandangan romantik Putera Kim dan Min Jae Yoong yang asyik berasmaradana di bilik bacaan.

"Aku tak puas, Jae Yoong. Izinkan aku untuk teruskan semula."

Kanda Seokjin terus pengsan tidak sedarkan diri di bahu Hoseok akibat tindakan agresif putera Kim.

Hoseok terkebil-kebil memerhati perlakuan Taehyung dan Jae Yoong di sebalik rak bacaan yang terselindung.

Kanda Seokjin? Sudah tentu dia masih pengsan. Hakikat yang memeranjatkan itu pasti akan menyebabkan kanda Seokjin diserang demam panas keesokkan harinya.

----

Rumah Bangsawan Jung

Cik Muda Jung Jae Kyung berjalan berulang-alik di dalam kamar tidurnya.

Mukanya merah akibat perasaan geram yang bersarang tebal di dalam hati. Kalau boleh, dia ingin mendedahkan rahsia gelap Jae Yoon pada Kim Taehyung.

Jae Kyung mahu bertindak bijak. Tindakannya mungkin akan dilaksanakan pada keesokkan hari. Kipas tangan berada di dalam genggaman tangan dicampakkannya ke atas lantai.

Bibir Jae Kyung tidak berhenti mencaci nama Jae Yoong.

"Kau akan binasa keesokan hari Jae Yoon. Kau akan tanggung malu. Ada gunanya juga aku jadikan putera Jeon sebagai punca kau disalahkan. Bijak kan aku?"

Jae Kyung menepuk tangannya. Hatinya lega apabila rancangan gilanya itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Asalkan matlamatnya untuk menjadi permaisuri Kerajaan Bangtaneul tercapai, dia akan menghapuskan sesiapa sahaja yang menjadi batu penghalang hubungannya bersama Putera Kim.

-TBC-

A/N:

Hai.

Semoga menyukai update yang terbaru ini.

Jemput baca dua cerita terbaru saya.


dan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro