🚻27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate | kth

27

A/N:
Satu update khas untuk semua. Terima kasih sudi beri kata-kata semangat for me. ♥ T.T

--------------------------------

Perjalanan pemerintah baharu itu ke bilik bacaannya disambut oleh kemunculan mengejut Putera Mahkota Jeon.

Satu-satunya adik lelaki Kim Taehyung itu berpaling daripada melihat wajah abang sulungnya.

Tangan Jungkook mengepal penumbuk kecil. Perasaan marah yang disimpan sejak pagi tadi sudah tidak mampu tertahan lagi.

"Maharaja Kim layan Cik Muda Jae Yoon baik-baik sahaja kan?"ujar Jungkook dalam nada suara bergetar.

Jungkook menerpa laju ke arah susuk tubuh Taehyung yang sedang tersenyum sinis kepadanya.

Gerak tubuhnya ingin melancarkan serangan penumbuk kepada abangnya. Namun, apabila Jungkook memikirkan pangkat yang baru diduduki oleh Kim Taehyung, dia berdiri kaku di hadapan maharaja muda tersebut.

Jungkook tidak mampu berbuat apa-apa. Khabar angin yang diterimanya sebelum kedatangan Taehyung ini benar-benar menguji kesabarannya.

"M-maharaja Kim..kau nodai Min Jae Yoon semata-mata nak jadikan dia permaisuri kau. Kau seksa dia dalam diam, Taehyung. Aku tak akan biarkan Jae Yoon diperlakukan sedemikian oleh kau!"

Taehyung merengkuh kasar bahu adiknya itu. Tangannya hampir merosakkan muka adiknya kerana perasaan geram. Kim Taehyung meraup wajahnya. Satu keluhan halus meniti keluar dari bibir.

"Jae Yoon milik aku seorang. Bukan kau Jungkook. Aku dah keluarkan perintah untuk dia menghadap aku sebagai permaisuri kelak. Kau mampu bercakap sahaja. Kasihan kan?"provok Taehyung dengan nada perlian.

Jungkook mengelap air mata kecewa yang lebat mengalir dari tubir mata. Dia kecewa kerana tidak dapat miliki Jae Yoon. Malah, Putera Mahkota ini juga kecewa kerana sikap buruk abang sulungnya.

"Sekali lagi kau buat Jae Yoon macam ini, aku tak akan teragak-agak untuk larikan Jae Yoon dan aku pasti berpaling tadah kepada kerajaan Bangtaneul. Pegang janji aku Maharaja Kim Taehyung."

Jeon Jungkook tidak ingin menunggu lama. Laju dia membawa diri keluar dari bilik bacaan tanpa menghiraukan amukan si maharaja.

---

Jeon Jungkook menolak pintu bilik yang dihuni oleh Min Jae Yoon dan abang sulungnya itu.

Bayang Taehyung tidak kelihatan di seluruh pelusuk bilik. Dalam kegelapan malam dan bilik yang hanya disinari cahaya bulan, mata Jungkook menangkap gelagat Jae Yoon.

Gadis itu memeluk tubuh. Lututnya dirapatkan ke dada. Penampilan Jae Yoon begitu selekeh. Wajah sahabat baiknya itu terlalu pucat.

Jungkook berlari mendekati Jae Yoon. Jari-jemarinya mengelap saki-baki air mata yang melekat di pipi gadis kesayangannya.

"Jae Yoon, tolong berhenti menangis. Demi Kook?"

Jae Yoon menggenggam erat hujung lengan baju hanbok yang dipakai putera Jeon. Wajah ikhlas dan penuh kasih lelaki itu tidak mampu mengurangkan kesedihan yang dipendam oleh gadis malang itu.

"Aku dah kotor, Jungkook. Taehyung pula teramat bencikan aku. Aku tiada gunanya kan? Pergilah. Tinggalkan aku. Aku penipu!"

Jungkook melutut di hadapan Jae Yoon. Kedua-dua lengannya memeluk bahu gadis itu.

Satu kucupan dihadiahkan kepada Min Jae Yoon.

"Kalau Taehyung sakitkan hati kau lagi, kau mahu larikan diri..bersama aku dan tidak berpaling ke belakang lagi?"

Telapak tangannya menggenggam erat tangan Jae Yoon. Sesaat pun Jungkook tidak akan lepaskan sehingga tangisan Jae Yoon berhenti.

-TBC-

A/N:

Jumpa lagi dalam masa beberapa hari. Saya nak fokus story yang lain
Bagaimana bab kali ini? ^.^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro