🌸28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

"T-terima kasih Encik Kim. Saya akan hargai masa yang diberi dengan sebaiknya. Saya janji."ujar Jae Yoon menggunakan nada sopan.

Dia terasa cuak kerana renungan tajam Puan Kim tidak berhenti sejak dari awal pertemuan pada hari itu. Setelah puas Jae Yoon merayu agar dia diberi keizinan untuk bertemu si pemilik hati, Encik Kim tetap mempelawa menantunya untuk masuk.

Encik Kim berdegil untuk temukan Taehyung dan Jae Yoon walaupun dia ditentang hebat oleh Puan Kim. Tunang Taehyung pun dipesan agar privasi pasangan suami isteri muda itu tidak terganggu.

"Panggil appa je. Eomma kamu ni biarkan dia mengamuk. Sekejap lagi okay lah tu. Pergi jumpa Taehyung. Cuba ajak dia bercakap. Dah seminggu korang tak berjumpa. Appa risau je. Doktor ada pesan ingatan suami kamu besar kemungkinan terjejas teruk."tutur Encik Kim sambil kudratnya dikerahkan lagi untuk menolak tubuh degil Puan Kim keluar dari bilik yang dihuni anak mereka.

Jae Yoon mengangguk kepala. Dia belum bersedia untuk bertentang mata dengan suaminya. Sudahlah hasrat untuk bertemu Taehyung terbantut seminggu gara-gara amukan Puan Kim.

Wanita itu masih tidak mengetahui keadaan sebenar Kim Taehyung.

"Kim Taehyung, ingat Yoon lagi tak?"

---

Jika aku biarkan emosi menguasai diri, sudah lama aku beri Taehyung satu pelukan rindu. Lidah aku menjadi kelu. Otakku giat menyusun barisan ayat-ayat yang sesuai untuk menyapa suamiku.

"Kim Taehyung, ingat Yoon lagi tak?"soalku untuk kali kedua. Aku menjatuhkan pandangan mata ke arah dahinya yang berbalut. Kesan darah kering masih kelihatan.

"Kau siapa,perempuan? Kau Jae Kyung kan, syaitan tak guna tu?"

Apa maksud Taehyung? Dia sengaja nak usik aku atau dia memang ada masalah sekarang ini?

"Sayang, saya Jae Yoon. Kim Jae Yoon, Taehyung's wife."ujarku satu demi satu. Aura yang dipamerkan oleh lelaki itu ternyata lain daripada yang dulu.

"Kau tipu. Sayang aku, Min Jae Yoon ada dekat luar. Kau Jae Kyung, perempuan sakai yang selalu ganggu hidup aku kan? Mengaku je lah!"bentak Taehyung dalam nada keras.

Bahuku ditolak kasar sehingga tubuh aku terdorong ke hujung katil. Rengekan kecil yang terlepas keluar dari bibir aku gagal mencairkan kedinginan suamiku.

Sakit ditolak agresif oleh suami sendiri hanya tuhan yang tahu. Aku membetulkan postur badanku.

Jae Yoon, kau cuba lagi. Jangan berputus asa!

"Saya bersumpah. Saya Min Jae Yoon. Kita dah kahwin. Cincin tu buktinya. Tolong percayakan Yoon."

Aku lihat kerenah suamiku. Taehyung menarik nafas lama sebelum dia hembuskan kembali bersama bunyi rengusan kasar.

Cincin yang tersarung di jari manis itu dia tenung seperti mahu membunuh seseorang pada saat itu juga.

"Kau tipu. Memori aku takde pun kenangan manis kejadah semua tu dengan kau. Pergi keluar sekarang, aku nak 'Jae Yoon' aku."sinis ayat tersebut diucapkan oleh lelaki yang menjadi kekuatan semangatku ini.

Aku mengabaikan reaksi kurang ajar Kim Taehyung. Satu kucupan sepantas kilat aku hadiahkan di bibir merah menggodanya.

"Gatal sangat sampai nak kiss aku perempuan tak guna?"

Sumpah, hati wanitaku terusik. Aku menahan perasaan berkecil hati agar semangatku tidak luntur.

Aku seka air mata yang terkumpul di tubir mata. Wajah dingin Taehyung mengusutkan fikiran aku.

Dia hilang ingatan. Lengkap dengan pakej memori bercampur macam rojak. Sadisnya, aku...dia anggap sebagai Jung Jae Kyung.

"Tunggu apa lagi? Kau bawa diri kau jauh dari bilik ini. Aku jijik."

Kata-kata pedas yang dituturkan oleh si anak Kim aku malas hendak simpan lama-lama di dalam hati.

Biar dia mengamuk, aku dah dapat lampu hijau dari appa Kim untuk bawa Taehyung balik ke rumah kami pada petang ini.

Bersiap sedialah untuk hadap Kim Taehyung yang baru. Aku akan berusaha keras agar memorinya menjadi baik semula.

-tbc-

A/N:

Taehyung pun sama. Level dia hilang ingatan zzup boleh kasi korang panas hati.

Amacam sinetron okay tak?

💏

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro