🌸30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

Jae Yoon duduk berteleku di hujung katil. Kepalanya masih ditundukkan ke bawah kerana rasa malu yang masih meninggalkan kesan.

"Ada orang tu mengaku wife aku. Tapi, pandang mata husband sendiri pun tak sudi?"sapa Taehyung dengan nada suara yang manja.

Kenangan beberapa jam lepas tetap segar di dalam ingatan. Sekalipun dia tidak mampu mengingati wanita itu, lelaki itu yakin Jae Yoon di hadapannya ini bercakap benar.

Setiap sentuhan yang diberikan Jae Yoon begitu jelas menunjukkan cinta wanita itu terlalu besar buatnya. Taehyung mengesot rapat ke arah isterinya.

"Berdosa tau tak layan suami sendiri. Kenapa palau aku ni, Jae Yoon?"

Jae Yoon memaksa juga kepalanya untuk memandang raut wajah lelaki kesayangan hati.

Reaksi wajah Taehyung kekal serius. Namun, bibir lelaki itu bergerak ke bahu kanan Jae Yoon.

Dia hadiahkan kucupan hangat itu dalam jangka masa beberapa saat. Mata Jae Yoon berair kerana dia dihantui bebanan rindu yang ditahan sejak sekian lama.

"Terima kasih sudi bawa aku balik rumah walaupun aku banyak kerenah. Doakan ingatan aku pulih semula, Min Jae Yoon."ucap Taehyung setulus hati.

Jari-jemari mereka bertaut erat. Jae Yoon memandang semula jejaka pencuri hatinya itu. Firasatnya mengatakan Taehyung berpura-pura hilang ingatan. Tetapi, dia segera menepis tanggapan negatif tersebut.

Dia ukir senyuman bahagia sebagai balasan kepada ucapan terima kasih yang dizahirkan oleh Kim Taehyung.

-tbc-

A/N:

Hambar tak bab ini? Huhu.

Ada update lagi selepas ini. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro