🌸37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

A/N:

Hopefully no silent readers meh🌸T.T

Aku menyorok di sebalik tubuh tinggi lampai Jeon Jungkook. Aku kecundang pada peringkat awal. Panahan mata Kim Taehyung sentiasa menjadi satu magnet yang setia menarik diri ini untuk tunduk kepadanya.

"Aku serahkan wife kau semula. Maaflah, dia degil sikit. Kau tu jangan garang sangat. Pasal Jae Kyung tu, biar aku yang uruskan. Have fun, hyung."tutur Jungkook selamba sahaja. Lenganku ditarik ke hadapan.

Jungkook menolak tubuh badanku mara ke arah suamiku.

"Saya tak naklah pergi dekat dia. Tak suka. Benci!"nafiku secara terang-terangan. Dalam hati, semuanya dusta semata-mata.

Siapa suruh kau lari dari suami sendiri? Nak pandang wajah Taehyung pun aku dah cuak habis.

"Terima kasih, Jungkook. Aku tahulah nanti nak handle si Jae Yoon ni. Kau pergi balik rehat. Aku nak denda dia cukup-cukup."

Gulp.

Aku telan air liur yang terasa perit di kerongkong. Aku angkat wajah untuk beberapa saat.

Mulutku tergamam luas. Wajah suami sendiri bertukar seksi dan menggoda selepas dia ditinggalkan oleh aku empat bulan yang lepas.

Hebat betul penangan Jung Jae Kyung sampai suami sendiri tampak hangat di pandangan mata.

Boleh luruh jantungku tika bunyi ngauman enjin kereta Jungkook beredar pergi dari kawasan rumah Taehyung.

"Kau larikan diri. Kau salah faham. kau degil. Tanya aku dulu pun tidak? Kau yakin aku dah kahwin dengan perempuan tu?"provoks Taehyung.

Tangannya hampir merayap di kawasan perut aku. Mujur aku memilih pakaian blaus yang agak longgar.

Aku tepis tangan Taehyung sehingga iris mata lelaki itu merenung tajam kepadaku.

Dia daratkan bibir di cuping telingaku. Bibir nakalnya mengucup ringkas sebelum wajahnya disembamkan di bahuku.

"Kau yakin aku sanggup duakan kasih aku terhadap orang lain? Tell me, maharaja Kim di zaman Joseon tergilakan siapa? Jawab sayang."suara Taehyung mendesah halus di corong telingaku.

Aku memautkan tangan di tombol pintu. Ingat Jae Yoon, lelaki ini sengaja menggoda kau supaya kau lemah dengan rayuannya.

"Aku sumpah kesan lebam ungu tu bukan milik Jae Kyung. Aku ada rancangan sendiri. Tunggu masa nak singkirkan perempuan gila tu aje."

Penjelasan Taehyung membuatkan aku tergamam. Nampaknya ada muslihat lain yang sudah dirancang oleh suamiku ke atas Jung Jae Kyung.

-tbc-

A/N:

Hehe saya bagi banyak update even hari ni saya kurang sihat. A lil' bit keracunan makanan. But, i'm okay now.

Enjoy❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro