🚻38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

38

A/N:

Saya pasti anda sukakan bab ini.

Jeng jeng jeng.

🏊🏊🏊🏊🏊

Beberapa orang pegawai meluru masuk ke dalam bilik rehat Maharaja Kim. Dalam kiraan tiga saat, pedang yang tersisip di pinggang masing-masing dituju ke arah seorang gundik.

Gundik yang mesra dipanggil Puan Muda Jung Jae Kyung itu tersenyum kelat kepada Kim Taehyung. Tubuh badannya mencicit ketakutan tatkala mata maharaja muda itu merenung tajam wajahnya.

"Cuba beritahu beta. Puan Muda Jung Jae Kyung ada buat apa? Jujurlah. Hukuman kau akan diringankan."titah Maharaja Kim.

Jae Kyung merengus kasar. Tangannya cuba menepis beberapa bilah pedang yang dihalakan ke arahnya.

Lain pula yang dia dapat, hujung pedang salah seorang pegawai istana ditekan lembut di lehernya.

"Tuanku lebih percayakan isteri sampah si Jae Yoon lembik itu? Patik layak untuk peroleh kasih sayang tuanku , bukan dia!"protes Jae Kyung.

Kim Taehyung mencampak beberapa keping surat kiriman putera Jeon yang dijumpai oleh perisik upahannya.

"Terdesak sangat mahukan kasih beta sehingga sanggup sembunyikan surat kiriman adik beta sendiri? J-jae Yoon menderita sebab kau, Jae Kyung. Kau buat beta murka."tutur Taehyung dalam nada suara lantang.

Jae Kyung tunduk merenung lantai. Jari-jemarinya menggenggam kuat hujung baju yang dipakainya.

Disangkanya Taehyung senang diperbodohkan, rupa-rupanya lelaki itu sudah lama bertindak dalam diam untuk membalas dendam kepadanya.

"Patik dengar Jae Yoon tengah menghitung hari untuk mati. Suami jenis apa tuanku ini? Layakkah baginda bergelar seorang maharaja? Cis, munafik kan?"perli Jae Kyung.

Maharaja Kim membaling botol kecil berisi racun yang pernah digunakan Jae Kyung itu ke atas lantai.

"Mulut dah menyakitkan hati beta. Racun kau ni tak ingat atau buat-buat lupa, Jung Jae Kyung?"bidas Kim Taehyung.

Jae Kyung tergelak sinis apabila pegawai-pegawai tersebut bergerak mendekatinya. Kedua-dua lengannya dipegang kemas oleh pegawai yang bertugas kepada Maharaja Kim.

Kim Taehyung menggerakkan berus yang dicalit dakwat berwarna hitam itu di atas sehelai kertas. Keputusan yang dibuat olehnya adalah muktamad. Jae Kyung layak untuk menerima hukuman bersesuaian dengan kesalahan sendiri.

"Beta titahkan perintah hukuman pancung terhadap Puan Muda Jung Jae Kyung dalam anggaran masa tiga hari lagi. Tiada pengampunan dari pihak istana."

Maharaja Kim bangun dari duduk. Wajah Jae Kyung yang merayu belas kasihan dipandang sepi. Hatinya sudah beku sedingin ais.

Isteri sendiri hilangkan diri. Satu-satunya adik yang disayangi dibuang negeri gara-gara tindakan bodohnya.

Kali ini, Maharaja Kim harus cepat bertindak. Jika dihitung hari yang ada, Jae Yoon menunggu masa untuk melahirkan anak.

"B-bawa Jung Jae Kyung pergi dari sini. Sumbat dia di dalam penjara. Hati beta belum puas jika bayang wanita jijik ini masih berkeliaran di dalam kawasan istana. Sekarang!"

Taehyung mengesat air mata kerana desakan hati yang terlalu rindukan kehadiran Jae Yoon dan anak dalam kandungan isterinya.

Seorang pegawai kanan diraja melutut di hadapan pemerintah Bangtaneul tersebut.

Kepalanya disembamkan di atas lantai. Berita tergempar yang baru diterimanya boleh menyebabkan Maharaja Kim menjadi tidak keruan.

"Ampunkan patik yang hina ini, baginda tuanku. Adinda permaisuri selamat lahirkan bayi tuanku. Bayi dalam keadaan sihat. C-cuma, keadaan permaisuri ..tidak mengizinkan. Ampunkan patik, Maharaja Kim."

Suara pegawai itu merayu kemaafan tidak memberi kesan kepada Kim Taehyung lagi.

Telapak tangannya ditekupkan ke wajah. Akal fikirannya hanya berfokus kepada cinta hatinya Min Jae Yoon.

"J-jae Yoon, ampunkan kesalahan beta. Sayang, dimanakah adinda menghilangkan diri bersama adik beta?"monolog Taehyung sendirian.

Tiada erti penat untuk menangis bagi lelaki itu. Perasaannya dilanda satu rasa menyesal.

Sekiranya masa dapat diulang semula, Taehyung mahu memeluk erat wanita itu.

Sesaat pun dia tidak mahu lepaskan.

Menyesal? Sudah terlambat.

-TBC-

A/N:

Doakan saya tergerak hati untuk mengepos satu atau dua bab lagi.

Terima kasih sudi baca bab ini. 💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro