🚻42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

42


Zaman Klasik-Joseon

Hari yang dinantikan oleh Maharaja Jeon sudah tiba. Lelaki itu duduk di kerusi yang dikelilingi oleh pegawai-pegawai Diraja Bangtaneul.

"Hukuman ke atas pesalah Jung Jae Kyung akan bermula dalam jangka masa lima minit lagi."bisik seorang pegawai kanan.

Jungkook menahan air mata yang ingin tumpah apabila bayang Min Jae Yoon tersenyum manis muncul di ruang fikiran.

Dendam kesumatnya ke atas Jung Jae Kyung tidak akan terlupus jika wanita itu masih dapat bernafas dengan tenang.

"Beta titahkan hukuman pancung dilaksanakan sekarang juga."

Senyuman penuh kemenangan dihadiahkan Jeon Jungkook saat pandangan matanya bertemu dengan bekas jelitawan Jeonju itu.

Rayuan yang dikemukakan oleh pihak keluarga Jung Jae Kyung ditolak oleh Jungkook.

Baginya, dia tidak akan mudah memaafkan kesalahan Jung Jae Kyung.

Wanita kejam itulah yang menjadi punca keretakan hubungan Maharaja Kim dan Permaisuri Min Jae Yoon.

Ditambah lagi, kematian sahabat baiknya gara-gara tindakan kejam Jae Kyung menyisihkan wanita malang itu daripada suaminya sendiri.

"Kau mati sekalipun. Aku tetap akan mencaci roh kau sehingga akhir nafas aku. Kau buat aku dan hyung kehilangan satu permata yang sangat berharga."

Hujung bibirnya mengukir senyum sinis. Hayunan pedang untuk pertama kali menamatkan terus riwayat Jung Jae Kyung pada waktu itu juga.

"Tuhan, beginikah sakit hati rindukan orang yang telah tiada? Aku terseksa."keluh Jungkook.

Pegawai yang siap menyelesaikan hukuman pancung melutut hormat kepada Maharaja Jeon.

Hujung pedang yang dibasahi darah Jung Jae Kyung diletakkan di hadapan pandangan mata maharaja muda tersebut.

"Patik selesai menurut perintah. Jung Jae Kyung disahkan meninggal dunia selepas hukuman dijalankan."

Jungkook mendekatkan telapak tangan di permukaan dada. Hatinya bersorak gembira kerana wanita celaka itu akhirnya tunduk menyembah bumi.

"Bawa jasad pesalah itu keluar dari kandang hukuman. Bawa jauh dari tanah Bangtaneul."titah Maharaja Jeon. Suaranya berbunyi tegas. Kakinya melangkah laju beredar dari kawasan hukuman.

Buat apa dia menunggu lama jika dendam lama sudah tercapai?

---

Taehyung memeluk buat kali terakhir baju hanbok milik isteri tercinta. Kuku digigit tanda lelaki itu sedang cemas.

Wajah tidak bermaya Kim Taehyung terpapar pada cermin yang terletak di satu sudut bilik.

"Beta mahu bertemu adinda sebentar lagi. Tunggu kedatangan suamimu ini. Beta gembira."

Bekas tompokan air mata yang sudah kering di permukaan pipi langsung tidak dikesat bersih oleh Kim Taehyung.

Lelaki itu mengemaskan pakaian tradisional hanbok yang dipakai sewaktu kali pertama dia bertemu dengan Min Jae Yoon.

Pintu bilik dibuka perlahan. Dahi Jaengi yang sedang nyenyak tidur dikucupnya lembut.

"Jaga diri. Appa nak bertemu eomma selepas ini. Jaengi dengar cakap ahjussi Jeon baik-baik."bisik Taehyung.

Taehyung sempat menghadiahkan pandangan terakhir kepada anaknya.

Dia layak dilabel kejam dan pentingkan diri. Kim Taehyung pasrah akan ketentuan takdir. Jasadnya hanya bergantung kepada masa. Emosi dan hatinya kosong setelah pemergian Min Jae Yoon.

Ruang sekeliling istana ditenungnya sekilas. Taehyung memulakan larian sehingga kakinya berhenti di hadapan deretan anak tangga yang begitu tinggi.

Sapu tangan Jae Yoon digenggamnya erat dan kemas. Sekurang-kurangnya lelaki itu dapat meneruskan tindakan gilanya.

"Min Jae Yoon, maafkan beta. Beta pentingkan diri semata-mata ingin bertemu adinda yang sudah tiada. Tunggu beta datang. Tunggu.."

Taehyung memejam kelopak mata. Telinganya menangkap bunyi tempikan para pegawai yang sedang sibuk mencari dirinya.

"Maafkan aku Jaengi. Maafkan hyung, Maharaja Jeon. Aku ingin bertemu duhai adinda Min Jae Yoon."

Kakinya diangkat ke udara. Tubuh badannya dibiarkan jatuh tergolek di atas deretan anak tangga yang banyak itu.

Sekelip mata tubuh bekas maharaja itu terdampar kaku di atas lantai yang dingin.

Darah mengalir keluar dari celah bibirnya. Usaha menyelamat tidak lagi berkesan. Telapak tangan kanannya mengenggam sapu tangan Jae Yoon. Telapak tangan kiri pula menggenggam satu botol racun yang kosong tanpa isi.

"Jae Yoon, maafkan aku."

Jeda.

Lafaz terakhir itu terhenti di situ. Tangisan rindu Kim Taehyung beransur pergi.

Ianya diganti pula dengan rintihan sayu maharaja Jeon yang diiringi rasa menyesal kerana dia tinggalkan abangnya walaupun hanya sekejap.

-tbc-

A/N:

Ah.

Saya nak umumkan.

Bab akhir selepas ini.

:)

Terima kasih sudi menyokong karya ini.

Saya dah baca klu. Tapi, saya tak boleh komen apa-apa.

Nantikan kejutan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro