Bab 10🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUASANA hening memenuhi ruang kereta tersebut. Jimin dan Hara cuma mendiamkan diri. Selepas mendengar taklimat dari Puan Park bakal ibu mentuanya buatkan mood Hara pada malam itu menjadi jatuh serta merta.

Entahlah, dia rasakan yang bakal ibu mentuanya itu sudah kelihatan sangat kejam. Yalah, ini baru 'bakal', belum betul- betul lagi. Kalau dah 'bakal' pun menyakitkan hati, macam mana kalau yang betul- betul?

“Kau sakit hati?”

“Ehh taklah, saya happy je, Encik Jimin.” jawab Hara seraya buat muka pura- pura gembira dihadapan Jimin. Lelaki itu menjelingnya. Hara kembali mendiamkan diri, dis berpeluk tubuh. Siapa je tak sakit hati kalau dia serta darjatnya diperlekehkan?

“Mama memang macam tu. Dia tak suka orang yang tak setaraf dengan dia-”

“Tapi itu tak bermakna dia boleh hina saya depan keluarga Encik yang lain. Saya pun ada hati dan hati saya tengah sakit.” terus terluah apa yang terbuku didalam hati Hara jadinya. Dia memang tak suka memedam. Salah ke jadi orang miskin? Orang tak setaraf dengan keluarga mereka tu?

“Aku tak boleh buat apa- apa untuk selamatkan kau.”

“Kalau dah begini gaya Encik, macam mana lepas kita kahwin nanti? Tentu saya terus dilupakan, kan? Encik tak akan selamatkan saya dari kata hinaan ibu Encik. Yalah, orang tak setaraf dengan keluarga Encik macam saya ni ni, kena pandang sebelah mata je.” kata Hara, dia geram sebenarnya. Punyalah sopan dia depan mentua dia tu tadi, wanita itu masih lagi menyindirnya. Entahlah dimana salah dia.

“Saya tahu saya tak setanding, Puan Mina, tapi tolonglah respect saya.”

“Mama aku buat macam tu, sebab dia tak nak kau gunakan perkahwinan ni untuk tujuan lain, dia percayakan Mina, lebih dari sesiapapun-”

“Encik, jujur saya cakap. Saya memang tak ada niat nak ambil harta keluarga Encik.” kata Hara jujur. Mahu berasap dia didalam rumah tadi bila wanita itu menuduhnya mahu merampas harta. Hello? Dia taklah desperate sangat nak kaya, wokay.

“Tak boleh ke kalau kita tak payah kahwin? Saya dah tawar hati-”

Terdiam Hara bila Jimin merenungnya tajam. Hara kembali tundukkan wajahnya, gerun dengan wajah dingin milik Jimin. Jarinya dibelek. Kereta Jimin berhenti dihadapan rumah sewa Hara. Hara keluar tanpa mengucapkan sepatah dan Jimin terus memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

Cis.. tak padan dengan rupa. Kacak, tapi dingin nak mampus!

Hara?” tegur satu suara dan serentak Hara menoleh. Automatik bibirnya melengkung dengan senyuman bila melihat Minhyuk disebalik tembok.

“Minhyuk- ssi” sapa Hara, lelaki itu tersenyum. Dia pandang Hara atas bawa sebelum memasukkan kedua tapak tangannya kedalam hoodie.

“Hara dari mana cantik- cantik macam ni?” soalnya, Hara sudah senyum- senyum sendiri. Ecing! Cantik sangat ke Minhyuk oi!

“Ahh, Hara temankan kawan tadi. Em.. pergi majlis kahwin.” aip, aip, bohong sunat!

“Lelaki?” soalnya lagi. Hara cuma tersengih kecil. Minhyuk ikut senyum.

“Buat apa dekat sini?” soal Hara seraya membuka gate lalu dia melangkah masuk kedalam kawasan rumah namun Minhyuk masih diluar. Yalah, tak baik masuk dalam rumah orang tanpa diteman orang yang lebih tua. Anak dara orang pulak tu!

“Mama minta saya tengok- tengokkan Hara. Bila saya cakap Hara tinggal seorang diri kat rumah, terus mama minta saya ke sini. Dia risau katanya” terang Minhyuk.

Mereka terpisah antara gate. Melihatkan senyuma manis Minhyuk buatkan hati Hara berbunga- bunga. Argh!

Ouh, em. Awak baliklah, kan dah malam?

Ya, kejap lagi. Hara masuklah dulu.ujar Minhyuk selimut helmet motorbikenya dia capai lalu pakai.

“Jaga diri” katanya, sempat lagi dia senyum lalu lambaikan tapak tangannya ke Hara yang sudah berdiri dihadapan pintu. Hara membalasnya dengan lambaian tangan juga sebelum motor Minhyuk hilang digelapan malam.

“Huh..”

Kalau Jimin macam ni kan, bagus.. Hish! Berhenti fikir pasal suami orang, Hara!

.

Author ada crush, tapi.. em. Crush author sangat hanat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro