Bab 2🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARA mundar mandir dikoridor dihadapan dewan kuliahnya. Sementara menunggu kelas bermula, dia kembali memikirkan hal lamaran semalam. Baik dan buruknya jika dia menerima lamaran tersebut.

Tak masalahnya sekarang, macam mana wanita bernama Bae Mina itu mengenalinya? Melalui media sosialkah? Instagram, facebook pun dia tak ada! Haih, manalah Mina pergi cekau maklumat pasal dia ni!

Hara sudah serabut sendirian. Dia gigit bawah bibirnya sebelum rambutnya yang sedia kusut dia kusutkan. Nampak tak kat situ yang Son Hara sedang serabut teruk?

“Hara!”

Sedang elok Hara berperang dengan dirinya, terdengar namanya diseru dari arah belakang. Hara tolehkan kepala, disitu seorang lelaki tinggi lampai sedang berdiri sambil tersenyum lebar. Beg packnya dia tarik apabila hampir melorot kebawah.

Automatik Hara jadi kalut bila lelaki itu mulai melangkah merapatinya. Oh my god, crush i dah mare!

“Erk, Min- Minhyuk..” kalut Hara sebut nama lelaki itu. Siapa je tak kalut kalau Minhyuk yang wajahnya hampir serupa dengan Minhyuk Monsta-X? Mestilah idaman dikampus ni tau! Kacak doh!

“Hara, kenapa tak datang masa kelas Dr.Karl?” soal Minhyuk lembut. Gosh! Hara sudah rasa nak terbang diawang- awangan namun dia kena tahan diri bila pandangan Minhyuk seakan tidak mahu lepas dari wajahnya. Huargh! Lenyapkan aku sekarang!

“Erk, err sa- saya ada hal yang mustahak kelmarin. Memang tak dapat dielakkan langsung. Jadi, kira macam emergency leave lah namanya.” jawab Hara seraya tundukkan wajah memandang hujung kasut Minhyuk yang berkilat tu.

“Kenapa? Ibu awak sakit ke?” soalnya. Hara sudah senyum- senyum sendiri. Amboi, dia risaukan mak mentua dia ke?

“Ehh tak. Bukan ibu saya, em ada something mustahak yang saya tak boleh beritahu awak..” ucap Hara. Minhyuk anggukkan kepala, dia angkat tangan bila kawan lelakinya melambaikan tapak tangan kearahnya.

“Ohh, ya ke? Em. Kalau macam tu saya pergi dululah. Jumpa awak next class.” katanya seraya menyentuh bahu Hara sekilas. Hara sudah kaku, seakan tapak kakinya dipaku pada koridor simen tersebut.

Ya tuhan, Hara. Kenapalah kau ni ketara sangat? Hara memukul kepalanya perlahan. Baru sahaja dia mahu masuk kedalam dewan kuliah, kelibat seorang wanita yang dia kenali buatkan Hara ter-jammed balik.

“P- Puan?”

Bae Mina senyum kecil. Baru sahaja dia mahu melangkah mendapatkan Hara dihujung koridor, dengan pantas Hara sudah berlari mendapatkan Mina.

“Puan buat apa dekat sini?”

“Saya nak jumpa Cik Hara lepas kelas ni boleh, kan?” kata Mina. Hara pandang jam di pergelangan tangannya. Sekejap lagi kelas dia nak bermula, tapi takkanlah dia nak tinggalkan Puan Mina seorang diri selama dua jam?

“Tapi Puan, kelas saya habis pukul 12. Sekarang baru pukul 10. Puan larat ke tunggu saya selama dua jam?” kata Hara, sedikit risau sebenarnya.

“Jangan risaulah, saya boleh tunggu. Kejap lagi saya nak round kampus awak.” katanya dengan senyuman. Hara mendiamkan diri.

“Em, kalau macam tu. Puan tunggulah, ya? Saya janji saya akan cepat- cepat keluar dari kelas bila tamat je kelas. Tunggu tau? Jaga diri!” kata Hara sebelum berlari masuk kedalam dewan kuliahnya.

Mina senyum kecil. Matanya meliar ke sekeliling kampus tempat bakal madunya itu belajar. Not bad, desis Mina dalam hati sebelum melangkah ke koridor.

Bunyi kasut tumit tinggi cukup untuk menarik perhatian pelajar- pelajar yang melepak di koridor tersebut.

.

Hem, Minhyuk tetiba i nak masukkan dalam fanfic ni. Yalah, asyik maknae line je jadi orang ketiga, bagila orang lain gak,kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro