Bab 57🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Untuk pembaca tersayang I, ini dia satu lagi chap❤


DUA hari selepas pemergian Hara, rumah mereka menjadi sunyi sepi. Wanita itu sudah kembali ke rumah ibunya untuk menenangkan diri.

Walaupun Jimin masih belum memberi kata putus, tapi dia dalam proses untuk mengurus fail penceraiannya dengan Hara.

Dia sudah nekad.

“Jimin? Awak buat apa dekat sini?” tegur Mina, pelik bila Jimin duduk termenung di balkoni bilik. Tak sejuk ke, dahlah malam. Pakai baju sleeveless lagi tu. Hish!

I'm just thinking, sayang. Macam mana hidup saya tanpa awak nanti. Mesti gelap macam malam, kan?” ucap Jimin seraya menarik Mina untuk duduk diatas ribanya. Wanita itu tersenyum kecil.

“Kenapa fikir macam tu? Kalau saya tak ada, Hara ada untuk awak.” jawab Mina.

Jimin senyum kelat, ya. Mina masih tak tahu soal penceraian yang bakal berlaku antara Jimin dengan madunya itu.

“Tak samalah, sayang.” bisik Jimin, wajah disembabkan pada leher Mina.

“Samalah, Jimin. Dia wanita, saya juga wanita. Hati hara ada pada awak dan hati saya pun ada pada awak.” kata Mina.

“Sayang.. boleh tak awak bagitau saya, apa maksud awak? Berkali- kali awak cakap awak akan pergi, awak akan pergi. Awak nak pergi mana sebenarnya? Tolong jangan berahsia dengan saya, boleh tak?” desak Jimin.

Mina cuma tersenyum, senyuman yang bagi Jimin agak hambar. Tak manis seperti yang dulu- dulu. Bibir wanita itu juga sudah mula pucat, tak merah lagi seperti dulu.

Kenapa sayang?

Apa yang awak cuba sampaikan pada saya sebenarnya, Mina?

What's wrong Mina? Kenapa senyap? Saya ada buat silap ke sampai awak kena rahsiakan perkara yang saya perlu tahu?”

“Kenapa sayang? Apa yang awak rahsiakan dari saya?” soal Jimin bertubi- tubi.

Senyuman Mina perlahan- lahan memudar. Wajah wanita itu berubah sayu dan matanya mula dipenuhi dengan air mata yang hampir mengalir keluar.

“Awak tak perlu tahu, Jimin. Kalau awak tahu.. a- awak akan terluka. Saya tak nak-”

“Jadi awak nak tanggung sakit ni seorang diri? Awak biarkan diri awak yang terluka? Come on, sayang. Tell me, what happen? Kenapa sayang berahsia? Kenapa? Saya tak berhak untuk tahu ke?” soal Jimin.

Bahu Mina dicengkamnya. Tangisan wanita itu buatkan dia rasa geram tambahan lagi dengan soalannya yang tak berjawab.

Apa yang Mina cuba sampaikan?

I love you, Mina. Why can't you see it?

I know, Jimin. Tapi hubungan kita, cinta kita, semuanya tentang kita takkan selamanya akan kekal macam ini. Saya Mina, wanita yang tak sempurna buat lelaki seperti awak.” ujar Mina sambil tersedu- sedan.

“Dan.. saya nak tebus ketidaksempurnaan saya ni dengan carikan peneman hidup baru untuk awak. Saya jadikan Hara isteri kedua awak, sebab saya tak nak awak sunyi bila saya tak ada nanti. Saya belum cukup baik ke Jimin?”

“Tolonglah.. jangan tanya saya apa yang saya sedang sembunyikan. Lambat laun awak akan tahu juga, dan.. akan kurang rasa sakit dalam hati awak.”

“Jimin.. saya tahu hati awak sudah sepenuhnya milik Hara. Tapi ego lelaki awak menghalang, tolong jangan sia- siakan dia. Dia perempuan yang baik.. dan mampu jadi ibu yang baik untuk anak- anak awak nanti.” kata Mina sambil tersenguk- senguk.

Pipi Jimin yang masih terpana itu dia tekup dengan kedua tapak tangan.

“Lepas saya pergi nanti, tolong jaga Hara baik- baik.”

“Cintai dia, macam awak cintakan saya..” bisik Mina. Dahi Jimin diciumnya lembut.

“Sayang..”

Please..” rayu Mina.

Tuhan, kalau memang Hara yang tertulis untuk Jimin. Tolong jadikan wanita itu yang terbaik buat Jimin.

Itu saja yang saya minta, Jimin.. jaga diri tau?

.

Hey, awak nangis ke?
Nah tisu👻

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro