Bab 67🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sha update awal hari ni sebab busy kenduri kahwin.

Hihihihi, enjoy your reading❤




HARA melangkah menuruni anak tangga dengan penuh berhati- hati. Walaupun angka di jam besar didinding sudah bergerak ke angka 9 malam.

Ruang tamu masih lagi riuh dengan suara saudara mara berbual rancak serta suara kanak- kanak bersuka ria.

Hara hanya menyapa mereka dan terus masuk ke dapur. Jimin tak berapa sihat, jadi dia bercadang hendak masakkan bubur sedikit untuk Jimin.

Hem, entahlah, Jimin tiba- tiba saja demam. Mungkin sebab pembawakan bayi?

Alolololo, siannya Jimin.

Hara yang mengandung, Jimin yang kena tempiasnya. Hohohoho.

“Eh, Hara tak tidur lagi?” soal Puan Park sambil menuang segelas air kedalam cawan.

“Belum lagi, mama. Em, Hara nak masakkan bubur sikit untuk Jimin. Dia tak makan tadi petang. Maaflah kalau menganggu, em. Puan- mama.” balas Hara. Puan Park menggeleng kecil.

“Tak apa, mama faham. Lagipun Jimin tu, kalau dia sakit, dia jadi manja. Mama pun tak fahamlah. Harap Hara sabarlah layan kerenah dia tu.” ucap Puan Park buatkan Hara tersenyum kecil.

Ya ampun Jimin, dia ni memang semula jadi comel ke apa?!

“Mama masuk dalam dulu, Hara buat macam rumah sendiri. Maid kalau malam dia tak ada.” terang Puan Park sebelum menepuk- nepuk lengan Hara. Wanita itu meminta diri untu pergi.

Hara mula menyediakan peralatan untuk membuat bubur. Hanya bubur biasa untuk si manja, Jimin.

So, inilah dia perempuan simpanan Jimin oppa?” teguran itu buatkan Hara menoleh.

Disitu dia lihat seorang gadis berambut perang dengan pakaian yang agak tak cukup kain tengah berpeluk tubuh di hadapan pintu masuk dapur.

Hara mengerut dahi.

“Em.. maafkan saya, apa awak cakap?” soal Hara. Dia cuma mahu mendapatkan kepastian manalah tahu dia salah dengarkan?

“Aku cakap, ni lah dia perempuan simpanan Jimin oppakan?” ulangnya buatkan Hara mengetap bibirnya. Namun, dia tak naklah nampak terburu- buru mahu membalas ucapan gadis itu.

“Kenapa awak cakap macam tu? Saya ni isteri kedua Jimin yang sah. Bukan perempuan simpanan, bukan juga perempuan cadangan.” balas Hara. Gadis itu tersengih sinis.

“Hei, jangan fikir aku tak tahu sebab apa korang kahwinlah! Tak lain tak bukan sebab keluarga Park mahukan keturunan. Tapi Mina tak dapat beri anak, mereka upah kau untuk kahwin dengan Jimin dan beri mereka cucu,kan?!” jerit wanita itu.

Hara terkebil- kebil. Dia tak faham sebenarnya, kalau pun perkara itu betul, tapi itu dulu, sekarang tak lagi. Jimin dan Puan Park dah terima dia dalam keluarga ni.

“Saya minta maaf kalau saya-”

“Sepatutnya aku yang jadi isteri Jimin oppalah! Aku lebih layak dari kau yang entah dari mana datangnya ni. Latar belakang pun tak diketahui. Sebab tulah Puan Park berfikir dua tiga kali untuk terima kau sebagai menantu dia! Dasar perempuan jalang!”

“Apa bising- bising ni?” tegur satu suara serentak buatkan kedua wanita itu terdiam.

Jimin melangkah masuk kedalam dapur dengan wajah yang bingung. Hara tundukkan wajahnya sementara Sihyeon sudah resah disitu.

“Yeon buat apa kat sini? Kenapa cakap macam tu dekat Hara?” soalnya dengan suara yang serak- serak basah kerana selesema.

“Er er.. Yeon cuma nak bawa Hara unnie berbual-”

“Berbual- bual apa sampai libatkan perempuan simpanan segala? Aku dah cakap kan jangan panggil isteri aku ni perempuan simpanan lagi. Kau tak faham bahasa ke?” soal Jimin sedikit keras dan dingin.

Hara menelan liurnya. Lengan Jimin disentuh perlahan untuk tenangkan lelaki itu.

“Yeon.. fine. Yeon takkan faham bahasa. Yeon cuma nak oppa ambil Yeon jadi isteri oppa. Yeon dah lama menunggu, sejak oppa kahwin dengan Mina lagi. Kenapa oppa tak pernah faham semua tu?!” jerit Sihyeon buatkan Jimin menggepal penumbuknya.

“Sebab aku tak sukakan kaulah aku tak nak kahwin dengan kau!” tengking Jimin. Bila dia mahu mara kedepan, Hara menahan lengan lelaki itu agar tak maju lagi.

Kalau tak, mahu lunyai Sitan ni nanti.

“Jimin, biarkanlah dia.”

“Sayang-”

“Yeon nak kahwin dengan oppa!” jerit gadis itu dan serentak seorang wanita masuk kedalam dapur untuk meleraikan pergaduhan.

“Yeon, stop. Apa yang kamu nak buat ni? Mina tak sampai sebulan pergi, kamu dah bukak topik pasal kahwin dengan Jimin. Kamu ni memang tak ada harga diri ke apa?”

“Suka hati Yeonlah! Yang mati biarkan mati! Siapa suruh terlalu malang tak dapat nak berikan anak pada suami sendiri. Itulah padahnya!” jerit Sihyeon dan serentak Jimin menghadiahkan sebuah tamparan yang membuatkan pipi Sihyeon terteleng ke tepi.

Gadis itu jatuh terduduk diatas lantai. Hara terjerit kecil. Terkejut dengan tindakan Jimin.

“Jangan pernah burukkan nama isteri aku Mina dihadapan aku. If you do it again, I'll beat you.” ucap Jimin tegas pada Sihyeon sebelum lengan Hara ditariknya naik ke tingkat atas.

Pintu bilik dihempas kuat. Jimin meraup rambutnya geram.

“Jimin..”

“Apa lagi dia cakap dengan awak?” soal Jimin bengang. Hara menggeleng kecil, tanda tak ada apa-apa. Keluhan berat terlepas dari bibir Jimin sebelum tubuh Hara ditariknya kedalam pelukan.

Wajahnya disembamkan pada leher gadis itu.

“Maafkan saya kalau awak tersinggung.”

Aniya, saya okaylah chimin.” bisik Hara buatkan pelukan Jimin pada pinggang gadis itu makin erat.

“Kalau dia datang lagi dan cakap benda yang sama. Tell me.

“Okeh, chimin.” jawab Hara sedikit mengusik.

“Aww sayang, kenapa comel sangat ni?”

.

Okeh, done.

Sha janji lepas ni tak ada konflik dah. Sekarang ni sha fikir macam mana nak end-kan cerita ni pula.

Wait na kaa.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro