[ 22 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mereka berpecah memandangkan tempat Tuan itu mengalahkan dua banglo besar. Padahal tadi sebelum masuk macam hutan je. Tapi bila masuk rasa macam kat bulan. Luas nak mampus tempat ni.

Jae Un dan Uzair ke bahagian Kanan. Alice dan Ara ke Kiri.

"We'll meet at the centre of this place, okies?" ujar Ara memberi arahan.

"Macam mana nak ke tengahnya tu?" Jae Un bertanya dengan menggaru kepalanya.

"Just walk straight no belok-belok. Sebab jalan ni even berpusing pusing, at last akan sampai tengah jugak. Ingat eh, jangan-"

Tiba tiba banyangan Jae Un dan Uzair makin jauh.

"Gerak dulu, pape roger!" suara Jae Un bergema dan semakin menjauh.

"-belok walau sekali. Sebab kau akan sesat." Ara menghabiskan katanya lalu menjongket bahu. Sesat pun sesat lah. Padan muka siapa suruh terus blah macam tu je.

"Jom, Alice." Ara mengajak Alice ke bahagian kiri.

"Jom, kita guna girls' power!" ujar Alice lalu mereka ketawa bersama sama.

-

"Wey, kalau aku nak tanya something boleh?" Jae Un bersuara untuk menghilangkan rasa sunyi. Uzair memandang Jae Un sekilas sambil menaikkan keningnya.

"Kau kerja apa sebenarnya? Kau dengan Ara couple ke?"

Uzair terberhenti. Dia melihat Jae Un dengan kening bertaut dan hidung kembang. (-..-)

"Couple dengan dia? Kalau betul, serius aku tak nak." Uzair menyangkal kata-kata Jae Un.

"Hahaha tak nak? Seriuslah? Dia hot kot. Takkkan tak pernah try?" Jae Un berkata lalu ketawa kecil. Tiba-tiba, Uzair menepuk bahu Jae Un.

"Kau jangan lihat hot body dia tapi kau tgk hot temperature mood dia. Fuh, kalau ada orang jatuh cinta dengan dia serious aku salute dengan orang tu." ujar Uzair lalu menegakkan tangannya dan diletakkan di hujung dahi seperti gaya askar tabik hormat.

"Eh eh kau. Aku bukannya tengok body dia, gila. Kau ni. Aku tak segatal itu okay! By the way, asal kau salute?" ujar Jae Un lalu ketawa kecil.

"Seram siot dia tu. Garang nak mampus! Aku rasa kalau kitorang ada anak nanti mesti dia karate budak tu."

Jae Un terdiam. Hmm, dia ni sedar tak yang dia cakap 'kitorang' tadi? Elleh, kata tak suka tapi guna istilah 'kitorang'

"Lagipun, makhluk yang paling cantik dalam dunia ni ada sorang je. Haih, comelnya dia!" Uzair berkata lalu tersenyum.

"Ha, siapa tu! Bagi tahu lah, Uzair." Jae Un cuba mengorek rahsia.

"Nama dia Baby. Aku dengan dia dah setahun setengah kenal. Pastu kena jalankan misi kat Egypt ni. Haih. Rindunya dengan Baby!"

Jae Un tersentak. Baby? Like, for real? Nama Baby? Tu kalau tersalah sebut memang...

Jae Un tersenyum terbayang Baby bertukar menjadi...

Tiba-tiba Uzair menyiku lengan Jae Un.

"Weh, tadi Ara cakap apa?" Uzair bertanya lalu memandang Jae Un. Jae Un tersedar dari lamunan. Ha?

"Cakap apa?" Jae Un bertanya dengan kening bertaut. Ara ada cakap apa apa ke tadi?

"Ala yang pasal belok belok tu." Uzair berkata.

"Ohhh. Ha, kenapa?" Jae Un terangguk angguk lalu memandang kearah Uzair.

Uzair menunjuk jarinya ke arah depan di mana terdapat banyak laluan. Jae Un mengira laluan tersebut. Ada tujuh laluan!

Jae Un menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, tadi Ara kata apa eh tadi?

"Laluan yang mana?" Uzair bertanya kepada Jae Un.

"Yang ni-"

-kot. Jae Un sambung kata katanya di dalam hati lalu terus masuk ke dalam laluan yang dipilihnya.

"Serious lah weh!" Uzair mengejar Jae Un yang sudah masuk ke dalam laluan itu.

-

"Erm, Alice?" Ara bertanya kepada Alice yang berada disebelahnya. Alice dan Ara berjalan beriringan.

"Ya?" Alice memandang Ara sekilas.

"Masa first time awak tengok Jae Un kan, awak rasa dia macam mana?"

"Macam mana? Hmm, dia tu... handsome tapi tulah. First time jumpa, kan so rasa nak pijak-pijak je dia tu. Yelah, dia dah langgar kita pastu dengan fans dia langgar kita juga lepastu cakap kita ni girlfriend dia. Siapa je tak marah!" Alice bercerita dengan penuh perasaan. Ara mengusap-usap belakang Alice.

"Shhh shh... jangan marah marah. Haha." Mereka ketawa galak.

"Tapi, tulah. Lama lama kalau kenal dia. Dia tu caring orangnya. Baik dan manis perbicaraannya. Tapi dia tu kuat jealous. Semua tak kena."

Alice tersenyum. Tiba-tiba dia baru perasan. Kenapa aku senyum ni? Ara yang melihat muka Alice hanya tersenyum sumbing.

"Eh, saya ni melebih pula. Ara lah pulak cerita macam mana jumpa Uzair." ujar Alice menukar topik.

"First time saya jumpa dia masa saya kecik lagi. Tuan ajar saya cara nak fight orang. Time tu saya dan Tuan just jadi spy tak official. Pastu time tengah lawan orang jahat kat satu tempat ni, tiba-tiba saya terdengar orang menangis. Hahaha. Cuba teka siapa?"

Alice berkerut. Siapa lagi kalau bukan Uzair kan?

"Uzair...?" Alice berkata. Ara mengangguk laju.

"Yep. Dia menangis sambil peluk abang dia yang-"

Kata-kata Ara terhenti. Alice melihat Ara yang sedih.

"-dah meninggal. Abang dia try nak selamatkan dia tapi abang dia yang terkorban. And from that, Tuan ambik dia jdi spy macam saya." ujar Ara panjang lebar. Alice menepuk tangan. Wah, baguslah cerita diorang ni!

"Mesti comel kan korang kalau berlatih sama-sama." Alice berkata. Mereka meneruskan perjalanan. Dalam masa yang sama, Ara menggeleng.

"Tak pernah. Kitorg asyik gaduh je. Dia suka cari pasal dgn saya. I don't know why but dia memang asyik nak menang je! Tak tau ke aku ni memang dah hebat? Ish!" Ara bercerita dalam keadaan yang sangat berperasaan. Kalini, Alice pula yang mengusap belakang Ara.

"Shh, shh jangan marah. Erm, kalau saya nak tanya sesuatu boleh?" Alice memandang Ara. Ara menaikkan keningnya menandakan, 'Tanya lah'

"Erm, awak ada kembar ke?"

Ara berkerut. Kembar?

"Sebab muka awak... macam-"

Baru sahaja Alice ingin menyambung kata-katanya, tiba-tiba ada suara perempuan menjerit.

"Aaaahhhh!"

Ara dan Alice memandang ke ara terowong di sebelah mereka. Ara terus mengambil pistol dibelakang koceknya lalu mengacukan kepada lorong yang mengeluarkan bunyi perempuan itu.

Mereka sudah sedia untuk menembak empunya suara. Semakin lama suara itu semakin mendekat.

"Aaaahhh, jangan dekat!"

Ara dan Alice memandang antara satu sama lain. Jap, macam kenal.

Tiba-tiba Jae Un keluar dri lorong itu sambil di kejar oleh Uzair yang memegang kumbang tanduk.

"Hahaha, padan muka! Siapa suruh ejek aku."

Alice dan Ara saling berpandangan dengan muka yg sangat meluat. Dasar childish! Dah besar panjang pun still main kejar-kejar.

"Eh kau ni memang nak mintak penampar, kan!" Marah Jae Un sambil mengacah hendak menampar Uzair.

"Apa, apa? Nak kumbang? Ha, nah!" Uzair mengacah lagi kumbang tersebut kepada Jae Un lagi.

"Aah!"

Ara dan Alice menjeling. Keluar dah suara perempuan dia.

"Dah, diam! Kita datang sini sebab nak solve the mission. Bukan main main!" Ara memarahi mereka berdua.

Jae Un menyiku Uzair. Uzair menyiku Jae Un balik. Mereka saling menyiku antara satu sama lain. Ara menepuk dahinya. Aduhai, ni ke lelaki yang digilai ramai perempuan Korea tu?

"Okay, jom." Ara berkata. Mereka sambung tersenyum.

Dalam perjalanan, tiba tiba Ara berhenti. Mereka menoleh di hadapan yang terdapat beberapa pintu.

Ara memandang pelik. Pintu? Kenapa sebelum ni tak pernah wujud pintu kat sini? Baru buat ke!

"Kita nak pilih pintu yang mana?"

Jae Un memandang sekeliling. Haah la ada pintu. Tapi... banyak nya! Mereka mendekati pintu pintu tersebut.

"Aku rasa pintu ni." Tiba tiba Alice memandang satu pintu. Mereka mendekati Alice.

"Kenapa?" Uzair bertanya. Alice hanya angkat bahu.

"Entah. Tapi aku rasa pintu ni. Sebab ukiran dia lain dari pintu pintu yang lain. Cuba tengok." ujar Alice lalu menunjuk ukiran pada pintu tersebut. Mereka teliti pintu satu persatu.

"Haah lah weh. Jom masuk." Jae Un ingin memegang pintu tersebut.

"Eh jap. Aku rasa takkan lah sesenang ni dia nak bagi kita masuk. kan?" ujar Alice lalu memandang semua.

"Tapi nampak macam takda apa je. Masuk je la. mungkin dia rasa baik kalini nak bagi kita masuk." Jae Un respond.

"Tapi, kalau nak masuk pun, nak buka kat mana?" Uzair memerhati pintu tersebut.

Seketika, baru mereka tersedar. Tiada tombol mahupun scan scan. Cuma pintu kayu biasa.

"Aku rasa kita kena cari cara nak selesaikan. Cuba try cari clue kt mana-mana." Ara berkata.

Ara memberi cadangan. Mereka mengangguk. Jae Un mencari sekitar tempat. Uzair memerhati tepi pintu. Ara memeriksa pada barang barang tang terdapat di sekitar pintu. Manakala Alice, hanya memerhati.

"Guys, cuba tengok ni. Ada bulatan kat tengah antara pintu-pintu ni. Pastu kat setiap pintu ada satu perkataan yang diukir di sekeliling pintu. Cuma, pintu ni je takde."

Mereka terhenti. Terlihat bulatan kecil di tengah tengah dan terdapat beberapa anak panah menuju ke pintu pintu.

Tiba tiba Alice menjijit sambil menutup mata. Tangannya di ayun lembut di udara sambil bernyanyi :

Ada satu janji dari dahulu
Dilarang untuk disebut sebut
Hanya yang tahu mereka kan mengerti
Dan yang tak kenal berdiamlah diri
Oh, adakah kamu terbilang jua ?
Oh, apa kau rasa ?
'Tuk siapa ku simpan rahsia ?
Ohh, kita berdua

Jae Un, Uzair dan Ara terpaku dengan kelembutan tangan Alice. Dalam masa yang sama Alice menari mendekati pintu tersebut dan menyentuh permukaan pintu tersebut dengan tiga jari.

Tiba-tiba Alice tersedar. Eh, apa yang aku buat ni? Ya Allah, macam tiber je.

"Tarian ni-" Ara bersuara. Dirinya mendekati Alice.

"-tarian kesukaan Tuan. Dia cakap dia jatuh cinta dengan perempuan yang menari tarian ni. Sebenarnya awak ni siapa, Alice?"

Ara memandang anak mata Alice. Alice hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu untuk dibuka. Mereka bersiap sedia untuk menyerang.

Sebaik saja pintu di buka, mereka terus masuk kedalam bilik tersebut.

Terlihat seperti dalam hospital. Banyak barang-barang seperti alat pengepam jantung, mesin MRI dan banyak lagi. Terlihat seorang lelaki tua sedang baring di atas katil sambil di kelilingi dengan pelbagai wayar dan tiub.

"T-tuan!" Ara mendekati Tuan. Air matanya menitis sedikit.

"Tuan!" Ara terus memeluk Tuan. Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba Tuan terbangun.

"Eh, dah sampai?" tanya Tuan lalu perlahan-lahan bangun dari pembaringan dan duduk di birai katilnya. Uzair, Jae Un dan Alice mendekati katil Tuan.

"Kenapa Tuan larikan diri haritu?" Ara bertanya. Tuan hanya tersenyum.

"Saja." ujarnya pendek. Jae Un membuat roll-eyes. Elleh orang tua ni aku sepak kang jawab macam tu. Nasib baik tua.

"Kami terpaksa tangkap Tuan. Sebab kami mesti tahu tentang kotak ni," Alice bersuara. Tuan memandang Alice. Tiba-tiba wajahnya berubah.

"Alice...?" Tuan bertanya lalu memandang Alice. Alice berkerut.

"Macam mana Tuan tahu nama saya?"

Tuan ingin mendekati Alice. Tuan mencabut beberapa wayar dan tiub dari tangannya. Tuan berdiri di hadapan Alice sambil merenung kasayuan.

Tuan mengangkat tangannya untuk membelai Alice. Tetapi di halang oleh Jae Un.

"Erm, sorry sir. You can't touch her. She is my wife." ujar Jae Un tegas. Tuan memandang jelek kepada Jae Un lalu berkata,

"Geunyeoneun nae ttal-ida."

Jae Un terbeliak. What, seriously!

"Tipu!" Jae Un ingin menolak Tuan tapi sempat di elak oleh Tuan. Jae Un hanya menolak angin lalu terjatuh.

Tuan hanya memandang jelek pada JaeUn. Tuan terus duduk di kerusi berdekatan.

"Okay, now I'm arrested. Come on ask me some questions." ujar Tuan dengan nada malas.

"Okay, how to open this door?" Ara menunjukkan kotak kecil itu kepada Tuan.

"The key is just around you. Come on, think out of the box."

Ara membuka kotak itu sehingga menjadi pintu. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Aku rasa kau la Ara. Sebab kau yang paling dekat setakat ni dgn Tuan," Uzair memberi pandangan. Yelah, selama ni Ara yang paling mengetahui Tuan.

Ara cuba meletakkan tangannya pada scanner tersebut. Tiba-tiba bunyi tanda salah dan pintu tersebut berwarna merah.

"Salah? Then, who?" Jae Un berkata.

"Aku nak try," Uzair cuba meletakkan tangannya. Tetapi salah juga. Tiba-tiba semua memandang Alice.

"Erm, kenapa pandang saya ni?" Alice sengaja tanya.

"Come on, Alice. Jangan buat buat bodoh," ujar Uzair pedas. Alice menjegilkan matanya kepada Uzair. Dia kata aku bodoh?!

"But the fact is, aku tak tau apa apa pun tau." kata Alice lalu menyilangkan tangannya. If I say i don't know, it means I don't know.

"Tak tau apa apa? Seriously? Kau kan yang nyanyi mula-mula nak masuk sini pastu kau jugak yang menari sampai pintu bilik ni terbuka," Ara berkata.

Tangannya mengenggam tangan Alice. Mereka merenung Alice dengan renungan mengharap. Alice menggaru kepala.

"Mana la saya tau. Saya buat apa yang saya nak je. Saya pun tak tau apa yang saya buat," Alice berdalih.

"Alah, try je la Alice. Mana tau berjaya." Uzair berkata.

Perlahan, Alice meletakkan tangannya pada scanner tersebut. Dengan beberapa kali imbasan, Pintu tersebut terbuka.

Mereka terpaku dengan isi dalam pintu tersebut. Terdapat banyak buku dan gambar seorang budak perempuan dengan seorang lelaki dewasa.

Alice menapak kedalam. Dan. Terpaku. Bilik yang dipenuhi gambar seorang perempuan dari kecil hingga besar. Gambar seorang gadis kecil yang ria berada dalam dakapan seorang lelaki dewasa menarik minat Alice.

"Ni... siapa?" Alice bertanya.

"My daughter," Tuan menjawab sambil memandang kearah Alice.

"Tapi apa kaitan semua ni dengan saya?" Alice bertanya sambil memandang pandangan Tuan.

"You're my daughter,"

Alice berkerut. Empat perkataan yang boleh mengelirukan dan menyesakkan mindanya. I. Am. His Daughter?

"I'm sorry, Mr. Tuan. But, you have exceeded the limits. My name is Alice Hanafiah binti Tan Sri Kaharuddin. I am his daughter not yours."

Seketika, Tuan terus bangun dari tempat duduknya.

"Kaharuddin Abdul Nizam adik saya dan your real name is Alice Hanafiah Binti Tan Sri Uwais Abdul Nizam. Please mind your language, my dear." Tuan membalas kata-kata Alice. Alice speechless.

Jae Un terkejut. Tuan is a short form of Tan Sri Uwais Abdul Nizam. Oh, shit. Gempak gila!

"Kejap, Tuan. Tuan nak cakap yang Alice ni anak Tuan?" Ara bertanya dan Tuan mengangguk.

"N-no! It can't be!" Alice terduduk. Tiba-tiba kepala nya sakit. Jangan serabutkan lagi kepala aku!

"Yes, It can be." Tuan menjawab dalam senyuman.

"Arghhh, Diam, Diam!" Alice berkeriut di lantai sambil memegang kepalanya yang sangat sakit.

"Alice!" Jae Un mendekati Alice yang tiba-tiba lemah.

"Kalau apa apa jadi kat dia, aku salah kan kau!" Jae Un terus mendukung Alice.

"Kau nak kemana? Ni tempat aku. Tempat ni aku yang bina dan korang takkan terlepas dari sini," ujar Tuan bangga.

"Maaf Tuan, tapi Tuan salah."

Tiba-tiba Ara mengeluarkan pistol nya dri kocek kaki belah kiri. Uzair memperkemaskan riffle nya dan mengacukannya ke arah Tuan. Jae Un membuat muka garang sambil mendukung Alice. Alice melihat keadaan tersebut dengan keadaan yang sangat lemah.

Tuan tersenyum sinis. Tiba-tiba pandangan Alice kelam. Pa, siapa papa yang sebenarnya? Kenapa dia cakap dia ayah Alice?

Perlahan, air matanya mengalir.

-

[ TRANSLATION ]

그녀는 내 딸이다
[Geunyeoneun nae ttal-ida]
= She is my daughter

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro